Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha dilakukan oleh ahli perniagaan untuk memastikan jenama mereka kekal relevan di pasaran meskipun terdapat banyak persaingan yang sihat dalam sesebuah perniagaan yang diceburi.
Antara cabang mengembangkan bisnes adalah dengan memperkenalkan sistem ejen yang amat popular suatu ketika dahulu. Jika ada beranggapan sistem menghargai ejen itu sudah tidak relevan dalam dunia perniagaan, hal itu sebaliknya ditepis kuat oleh ahli perniagaan popular, Said Saiful Fazli.
Said Saiful Fazli
Said yang menjalankan empayar syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab itu tegas dengan pendiriannya tetap melihat ejen sebagai harta berharga.
Malah Said berkata, melihat kejayaan ahli perniagaan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencipta jaya dan fenomena dengan menjaga hati pelanggan, dia juga enggan mempersiakan ejennya.
Justeru, tidak pelik kesungguhannya itu melayakkan Said dilabel sebagai ‘founder berhati ejen’.
“Kalau ada menganggap sistem ejen sudah tak relevan, mereka itu barangkali tidak berfikir panjang dalam berkata-kata. Tak apa, itu cara orang lain. Tapi saya tetap melihat ejen sebagai lubuk penting dunia niaga.
Ads
“Jadi tradisi menghargai ejen melancong sebagai penyuntik semangat tetap diteruskan. Setiap tahun lebih empat kali kita raikan ejen dengan bercuti sebagai terapi diri.
Terdahulu jenama ini antara yang kerap membakar semangat ejen dengan bawa mereka makan angin dalam dan luar negara. Antara lokasi yang pernah dijejaki meraikan ejen termasuk Singapura, Dubai dan Club Med Cherating.
Terbaharu, seramai 130 ejen termasuk staf syarikat ini dibawa ke Pulau Langkawi selama 3 hari dua malam awal Februari lalu.
“Menariknya, kami ‘tapau’ satu penerbangan ke sana. Malah pramugari bertugas siap mengalu-alukan keberadaan kami dengan pembesar suara.
Ads
“Mungkin ada beranggapan, ala setakat pergi Langkawi saja. Tak kisahlah, dalam atau luar negara, momen dicipta itu sangat istimewa. Tapi saya dimaklumkan ramai ejen yang dirai kali ini tak pernah berkunjung ke pulau yang mengangkat lagenda Mahsuri ini.
“Jadi saya tumpang gembira dengan kunjungan sulung hampir kebanyakan ejen kali ini. Seperti mana takkan hilang jejak sejarah seperti Mahsuri di Langkawi, sebegitu juga saya mahu jenama ChocoAlbab terus beraja di hati ejen dan peminat,” katanya.
Kata Said lagi, sepanjang berada di sana pelbagai aktiviti menarik dilangsungkan.
“Kami melawat kilang gamat dan kilang batik. Kami menaiki kereta kabel. Lawatan ke situ tentunya tak lengkap tak berkunjung ke Pekan Kuah dan Dataran Helang.
Ads
“Aktiviti di hotel juga tak dilupakan. Malah makan malam bertemakan Melayu Klasik turut diadakan,” katanya.
Dalam pada itu, Said bersyukur jenama yang diperkenal sejak April 2021 itu juga terus diterima ramai.
“Syukur, masuk kedai serbaneka dan premis makanan, banyak produk kami ada dijual di kaunter. Pendek kata, produk ini boleh didapati dengan mudah di hampir semua kedai berhampiran anda.
“Kami guna sistem ‘reseller’ dan ia sekali gus membantu ramai usahawan menjana pendapatan,” katanya.
Program Malaysia #QuranHour yang sudah memasuki edisi ke-11 disyor untuk dimasukkan dalam kalendar rasmi pelancongan negara pada tahun-tahun mendatang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda tersebut perlu diangkat sebagai usaha mempromosikan pelancongan Islamik di Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, cadangan berkenaan akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk dipertimbangkan.
“Penganjur telah mencadangkan kepada saya supaya pada tahun-tahun mendatang ia dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kabinet, Insya-ALLAH akan membawa perkara ini dan sebenarnya tidak ada masalah besar untuk dimasukkan.
“Ia adalah sebahagian daripada Islamic tourism yang akan kita promosikan bersama-sama dengan beberapa acara lain sempena Maulidur Rasul dan peristiwa Islam lain di negara ini,” katanya selepas Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara.
Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu mengetengahkan misi #ResetRasa selari dengan tema besar iaitu “Merdeka Dengan Rasa” berpandukan tiga surah utama: surah al-Saff, surah al-Balad dan surah Ali’ Imran.
Malaysia #QuranHour 2025 menyeru pemimpin membina dasar dengan jiwa, penjawat awam melaksanakan amanah dengan rasa, manakala rakyat bangkit membela yang tertindas.
Dengan berpaksikan al-Quran, ia menjadi jalan menuju sebuah negara Madani yang benar-benar merdeka dengan rasa, membentuk bangsa berakhlak luhur, berempati tinggi dan meletakkan ALLAH SWT sebagai pusat perjuangan.
Mengulas tema “Merdeka Dengan Rasa”, Ahmad Zahid berkata, ia selari dengan sambutan kemerdekaan negara ke-68 dan menjelang Hari Malaysia ke-62.
“Kemerdekaan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak harus melayani perbezaan warna politik, budaya, bangsa atau agama sehingga menjejaskan perpaduan dalam meraikan kemerdekaan.
“Insya-ALLAH hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, serta kepelbagaian keturunan di negara ini harus mencerminkan penyatuan pemikiran dan hati nurani agar kita benar-benar bertindak sebagai bangsa Malaysia,” tegas beliau.
“Percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin”.
Sejak beberapa hari yang lalu, spekulasi mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkahwin dua mula bertebaran di media sosial. Namun perkara tersebut telah disahkan oleh beliau yang kini beristeri dua.
Memetik laporan Sinar Harian, tanpa berselindung lagi, Sanusi mengiyakan majlis meminang isteri keduanya dilakukan sendiri oleh isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan lalu.
Majlis meminang isteri kedua Menteri Besar Kedah itu telah dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan yang lalu.
Kahwini Ibu Tunggal Seorang Anggota Polis
Menurutnya, isteri keduanya merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki seorang anak dan keluarga isterinya berasal dari Kedah.
“Saya kahwin dengan anggota polis. Proses meminang dibuat oleh isteri saya berbulan dulu. Alhamdulillah, semua proses sempurna dan teratur.
“Pada hari peminangan dan perkahwinan, isteri saya (Jusmalailani) ada, anak saya pun hadir. Semua proses mengikut prosedur dan dipatuhi. Jadi tak ada isu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran tanah di Felcra Belimbing, Tualak, dekat sini pada Rabu.
Tambah Menteri Besar Kedah itu lagi, perkahwinan keduanya tidak diumumkan kerana tidak suka menghebahkan hal keluarga.
“Ini hal peribadi, jarang saya cakap, rumah tangga orang pun saya tak kacau tapi saya tak tahu pasal apa orang minat sangat dengan hal saya.
“Saya tak suka hal peribadi keluarga dihebahkan, banyak orang buat spekulasi kata saya kena tangkap khalwat lah, tak patut sungguh. Benda-benda seperti ini tak patut jadi sensasi, masyarakat harus dididik. Sensasi ni mesti ada isi kena ada ilmu,” ujarnya.
Sanusi jelaskan, apabila ramai yang keterlaluan membuat pelbagai spekulasi menyebabkan beliau tampil menjernihkan keadaan dan status perkahwinan kedua.
“Isteri saya bukan pegawai penyiasat kes unsur nadir bumi (REE), dia penyiasat kes bahan letupan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon. Itulah kali pertama dan kali terakhir jumpa dia atas siasatan kes bom berkenaan.
“Selepas itu, dia jadi kawan isteri saya sebab dia rajin mengaji dan pergi kuliah dan mereka berkawan. Saya dan dia tak ada jumpa, tak berkawan dan tak bercinta. Lepas kahwin kami bercinta,” ujarnya.
Menurutnya lagi, diharap selepas pengumuman ini, tiada lagi spekulasi berkaitan hal peribadi dan rumah tangga beliau dicanang pihak tertentu.
“Percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin”.
“Tak eloklah diheret merata-rata, hormati privasi saya dan keluarga. Perkahwinan merupakan sunnah utama, ada sampai peringkat wajib ada peringkat sunat, jaja rumah tangga orang atau keruhkan keadaan pun haram juga,” katanya.
Sebelum ini, Sanusi dilaporkan menafikan dakwaan telah berkahwin baharu dengan seorang anggota pasukan penyiasat yang menyiasat kecurian REE di Bukit Enggang, Sik Kedah, seperti diperkatakan menerusi laman sosial.
Untuk rekod, Sanusi mendirikan rumah tangga dengan Tok Puan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan dikurniakan lima cahaya mata.
Dari haruman keanggunan hingga seni warisan, Sugarbomb sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila menjadi satu-satunya wakil ASEAN dalam pameran kecantikan terbesar dunia, Beautyworld Middle East 2025, yang berlangsung di Dubai World Trade Centre dari 27 hingga 29 Oktober lalu.
Tampil Identiti Tradisi
Ini merupakan penyertaan tahun kedua berturut-turut bagi jenama wangian tempatan itu, namun kali ini Sugarbomb tampil lebih berani dan beridentiti apabila memperkenalkan koleksi eksklusif terbaharu, Sugarbomb Heritage Collection — lima wangian ikonik yang diinspirasikan oleh jiwa Melayu moden: Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam, dan Gemersik Sutera.
Menariknya, koleksi ini bukan sekadar mewah pada aroma, tetapi turut membawa cerita budaya Malaysia ke peringkat global. Setiap botol dihasilkan hasil kolaborasi bersama Givaudan, salah satu pembekal minyak pati terbesar dunia, sekaligus meletakkan jenama ini setaraf dengan rumah-rumah wangian antarabangsa.
Kerjasama Pengilang Batik Tempatan
Bagi memperkukuh nilai warisan, Sugarbomb turut bekerjasama dengan pengilang batik ternama dari Kelantan, Tinta Sutera, untuk mencanting motif batik eksklusif pada penutup botol setiap perfume.
Hasilnya, setiap rekaan menjadi unik, berjiwa seni dan tidak akan sama antara satu sama lain.
“Kami bangga membawa warisan Malaysia ke pentas dunia melalui seni batik dan wangian. Ini lebih daripada sekadar produk ia adalah kisah tentang budaya, identiti dan inovasi,” ujar jurucakap Sugarbomb.
Lebarkan Sayap
Penyertaan di Dubai ini bukan sahaja menandakan kejayaan, tetapi juga memperkukuh kedudukan Sugarbomb sebagai jenama tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Kini, jenama ini telah melebarkan sayap ke Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan India, sambil menyasarkan pasaran Eropah, Argentina dan Amerika Utara pula selepas ini.
Dari baunya yang eksklusif hingga maknanya yang mendalam, Sugarbomb bukan sekadar jenama. Ia adalah simbol keanggunan Malaysia yang diterjemahkan melalui seni, cita rasa dan keberanian menawan dunia.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.