Sungguh ajal dan maut ketentuan tuhan. Bukan mudah untuk menerima kehilangan suami dan anak-anak tersayang yang ‘pergi’ serentak dalam kemalangan.
Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan menerima ujian berat apabila suami dan dua anak lelakinya maut dalam kemalangan di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran persimpangan Cheneh-Mak Lagam di sini kelmarin.
Terbabas Akibat Kegagalan Brek
Dalam kemalangan pada pukul 2 petang itu, kenderaan pelbagai guna, Naza Citra dinaiki Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan empat ahli keluarga dirempuh sebuah lori yang terbabas ekoran mengalami kegagalan brek.
Suaminya, Ammir Hussein Mohamad, 38, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua anak mereka, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1, menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman
Ads
Tambah memilukan peniaga terbabit, anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Trauma Kemalangan
Ibu mentua Norhafizah Sazwa, Noriah Ismail, 60, berkata, menantu perempuannya masih trauma dengan kemalangan itu.
Dia berkata, ujian kehilangan tiga insan tersayang sekaligus itu amat perit buat mereka apatah lagi Norhafizah Sazwa.
Ads
“Sewaktu menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini, dia (Norhafizah Sazwa) sempat memeluk dan mencium jenazah ketiga-tiga arwah.
“Katanya, ujian ini amat berat, namun dia reda. Saya faham kerana hanya dua bulan lagi, dia mahu melahirkan zuriat ketiga,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabur Kubur di sini semalam.
Jenazah Ammir Hussein dan dua anak lelakinya selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu dalam suasana pilu pada pukul 1.30 pagi.
Kandungan Selamat
Noriah berkata, walaupun mengalami kecederaan pada bahagian perut, kandungan Norhafizah Sazwa disahkan selamat, namun masih memerlukan pemantauan doktor.
Tambahnya, sewaktu kejadian, Norhafizah Sazwa yang memandu kenderaan Naza Citra itu bersama empat ahli keluarga dalam perjalanan mahu menghantar sabun pakaian jualan langsung kepada pelanggan di Cheneh dari rumah mereka di Taman Suteramas, Mak Chili di sini.
“Sewaktu kejadian, saya berada di rumah seorang anak lain di Kuala Terengganu sebelum bergegas ke Hospital Kemaman selepas dimaklumkan kemalangan itu oleh Norhafizah Sazwa sendiri,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kenderaan Naza Citra dinaiki lima mangsa dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
“Lori dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang dalam perjalanan ke Ladang Perwira, Cheneh di sini, itu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan kerana mengalami masalah brek.
“Pemandu lori yang berasal dari Simpang Ampat, Perlis itu ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa ini (lusa) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurutnya, ujian urin mendapati lelaki itu bebas pengaruh dadah dan tiada rekod jenayah.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. Memang bukan mudah untuk menerima kenyataan kehilangan ahli keluarga tersayang. Namun segalanya adalah takdir ketentuan tuhan.
Jangan pandang sebelah mata ya, nak buat sambal pun kena tahu rahsianya! Barulah rasa ‘ummpphh’ dan tak cepat basi. Dan lagi menarik, Puan Rahila Laila dedah tip macam mana nak pilih bawang tertentu buat sambal cili.
Nah, jemput godek resepi sambal daripada wanita yang pernah berniaga ini…
Sambal Cili Power
Muncul lagi sambal versi arwah mak saya, tak pernah tukar pada yang lain. Dulu buat berniaga, alhmdulillah tak pernah mengecewakan. Kalau nak cuba, silakan renyah tapi in sya Allah berbaloi. Nak hasil sedap memang kena susah dulu, halal dunia akhirat.
Bawang besar (lagi banyak lagi sedap)
Belacan
Kisar kasar dengan air mineral, tapis dan ketepikan air bawangnya. Boleh tengok hasil digambar.
Banyaknya air, sebab tu kita tapis. Air bawang ni guna sikit atau banyak terpulang pada citarasa yang nak bau bawang banyak mana. Akak guna bawang besar yang merah bukan bawang yang Oren tu ya sebab yang tu cepat basi. Memang manis tapi kalau nak masak kuantiti sikit boleh je guna bawang Oren tu.
Cili kering (gunting, rendam air panas, tos)
Ikan bilis
Kisar cili Kering sampai lumat dengan air mineral baru masukkan ikan bilis dan kisar kasar.
Kiub ikan bilis
Garam
Gula perang
Gula batu tumbuk (sambal berkilat)
Buah keras tumbuk jangan halus sangat
Daun pandan
Kismis
Panaskan minyak, mula-mula masukkan daun pandan dulu bagi harum dan baru masukkan bawang yang dah ditapis tadi. Tumis bawang sampai garing sikit baru masukkan cili, terpulang pada pedas yang kita nak. Macam akak 10 biji bawang besar, akak guna cili 3 senduk. Kalau tak nak pedas, akak blend cili dengan lada basah merah ini semua ikut selera masing-masing. No problem.
Masukkn kiub ikan bilis dan buah keras, tuang air bawang sikit. Kacau smpai cili masak baru masukkan kismis (akak letak 1/4 cawan) guna api kecik sepanjang masa yea. Memang lambat, jadi kena sabar.
Biar sambal sampai kering, tambah garam dan gula perang dan gula batu, sebatikan. Biar lagi sampai sambal kering macam yang kita suka, sesuaikan rasa.
Boleh padam api, biar sebentar sampai terpisah minyak dan sambal asingkan minyaknya dan siap!
Lagi sedap makan esok hari, lagi lama lagi yummy! Akak masak sambal ni dengan api kecik selalunya dalam sejam ke atas tengok pada kuantiti sambal. Api memang kecil, nak cepat?
Boleh je, nanti rasa smokey tak sedap bagi tekak akak yang tua ni.
Renyah kan? Ini versi ku, try dulu baru komen ya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tersebarnya mesej dilaman sosial arahan perintah berkurung bagi remaja bawah 18 tahun keluar rumah pada waktu malam.Ia menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang menyambut baik saranan ini, terutamannya golongan mak ayah dan ada yang sebaliknya.
Namun penyebaran mesej dan arahan tersebut sebenarnya adalah PALSU!.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam.
Tidak Keluarkan Arahan
Kementerian itu dalam satu kenyataan di Facebook berkata, maklumat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini seperti yang didakwa.
“KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berkaitan maklumat berhubung perkara tersebut. Pihak kementerian memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya.
Henti Sebar Maklumat Palsu
Sementara itu, KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.
“Pihak kementerian turut meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara,” katanya.
Sebelum ini, satu mesej tular di aplikasi Whatsapp berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam berkuat kuasa serta merta.
Dalam mesej itu, kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun (13 hingga 16 tahun) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi pukul 10 malam, manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi pukul 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan.
MW: Peringatan buat kita, agar semak dahulu setiap maklumat yang diperolehi. Pastikan benar-benar sahih sebelum disebarkan. Apa-apa pun, jika saranan menghalang remaja bawah 18 tahun ini keluar malam berjaya dilakukan ia satu tindakan wajar yang harus disambut baik oleh mak ayah.
“Kami berserah pada Allah apa yang terbaik.” Jahidah sudah lama bertahan. Jelas adik Jahidah di akaun TikToknya. Ternyata buat masa sekarang, keluarga mereka menyerahkan segalanya pada Allah.
Bertahan hingga ke tahap ini iaitu sehingga melahirkan anaknya Nufail, bukan satu tempoh yang singkat. Jika telah tiba masanya dan itu adalah yang terbaik untuk Jahidah, mereka redha.
Keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.
Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Menurutnya, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.
“Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah di Facebook (FB).
Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.
“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...