Gambar hiasan.

Bila tengah angau mabuk bercinta macam-macam alasan boleh diberikan untuk kahwin lain apabila berjumpa perempuan lain. Isteri yang berbelas tahun dikahwini dan dikurniakan anak berderet bukan lagi ‘cinta’ selama ini.

Suami Temui Cinta Sebenar

Seorang wanita berdepan ujian apabila suaminya yang dikahwini sejak belasan tahun dahulu atas pilihan orang tua, mahu berkahwin lain dengan alasan sudah menemui cinta sebenar.

Bukan itu sahaja, suaminya juga tidak kisah berpisah dengannya sekiranya wanita itu tidak menerima poligami tersebut biarpun pasangan itu telah dikurniakan tujuh anak.

Kisah itu diceritakan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali pada Facebook Bersama Suzana Ghazali berhubung luahan diterima daripada wanita tersebut.

IKLAN

“Kata suami, dulu dia kahwin dengan saya kerana mengikut kata orang tua. Sekarang ni dia dah jumpa cinta yang sebenar. Kalau saya tak nak terima, dia tak kisah pun kalau perlu berpisah.

“Saya tanya, apa salah saya tapi kata suami, saya tak ada salah apa pun cuma dia dah jumpa cinta yang selama ini dia cari,” katanya menceritakan luahan wanita tersebut.

Beliau berkata, pasangan itu berkahwin atas jodoh dicadangkan ibu bapa sejak 18 tahun yang lalu dan wanita itu mencintai suami sepenuh hati, mendambakan diri sebaiknya sebagai isteri dan ibu kepada tujuh cahaya mata.

“Soalan ditanyakan kepada saya, ‘apakah kerana wanita tak boleh berpoligami maka isteri masih boleh kekal mencintai suami walau berkahwin atas pilihan orang tua.

IKLAN

“Dalam masa sama si suami pun bukanlah lelaki yang melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya. Tak bolehkah lelaki juga menerima jodoh itu adalah cinta yang sebenarnya,” katanya.

Mesti Baca:Lelaki Diuji Saat Senang, Isteri Tuntut Cerai Dari Pakar Motivasi Juga Youtuber Terkenal Berpoligami Dalam Diam
Baca Lagi Di Sini:“Nak Poligami Kekuatan Bukan Letak Di Poket Semata Tapi Terletak Pada Iman Di Dada”

Mingguan Wanita: Aduhai, bila dah curang jumpa wanita lain, macam-macam alasan diberikan untuk kahwin lain. Pengorbanan selama 18 tahun menjadi isteri dan melahirkan anak-anak tak dihargai.

IKLAN

Sumber: Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI