Kehidupan berumahtangga perlu ada sikap tolak ansur. Zaman ekonomi sekarang kebanyakan suami dan isteri perlu bekerja untuk menampung ekonomi keluarga. Namun seringkali masalah timbul apabila gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Isteri akan cenderung untuk menanggung keluarga serba serbi hingga suami culas dengan tanggungjawabnya sebagai suami.
Apabila berada dalam situasi sebegini sebenarnya perlu cari penyelesaian yang wajar. Suami isteri kedua-duanya perlu sedar diri dan mainkan peranan masing-masing.
Isteri perlu ingat setinggi mana pangkat di tempat kerja dan sebesar mana pun gaji yang diperolehi, apabila di rumah dia masih seorang isteri. Begitu juga suami, walaupun bergaji kecil namun tetap perlu memberi nafkah dan pikul tanggungjawab sebagai suami iaitu ketua rumahtangga.
Hadamkan nasihat daripada Kaunselor, Puan Normaliza Mahadi ini sebagai panduan.
Saya selalu jumpa pasangan yang isteri mempunyai gaji lebih tinggi daripada suami.
Di sini ada 2 masalah:
1. Isteri terdorong untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga.
2. Suami rendah diri tak sudah.
Dua-dua ni akan menimbulkan masalah.
Saya bagi cadangan percuma aje di sini;
1. Suami mesti menanggung semua perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung seperti rumah, makanan, pakaian dan lain-lain yang berkaitan.
Hanya begini.
A. Rumah yang suami mampu bayar RM750 sebulan. Tapi isteri fikir dengan pendapatan yang dia ada, patutnya dapat tinggal rumah harga RM2000.
Tak apa. Suami akan membayar RM750 sebulan dan isteri bayar selebihnya. Isteri kena redhalah. Kalau tak kenalah tinggal rumah yang harganya RM750.
Tak apa jika tak jadi kahwin dari awal. Elok dari dah kahwin asyik bertengkar sebab rumah. Bising, nanti jiran komplain dan anak pun pening.
B. Kemampuan suami beli vacum corvan masa tengah sales. Isteri pulak memang kepingin nak beli dyson.
Suami bagi peruntukan yang dia mampu, isteri tambah.
Ini contoh kelengkapan rumah.
C. Bab makan.
Makanlah seadanya mengikut kemampuan suami. Jika kekurangan, isteri boleh tambah sebagai sedekah kepada keluarga.
D. Pakaian
Suami boleh bagi isteri budget ikut gajinya, isteri pula tambah ikut jenama handbagnya.
Suami pulak janganlah sikit-sikit
Yelah abang ni tak sekolah tinggi.
Abang sedar diri abang ni sapa.
Mentanglah abang ni tak mampu.
Abang tahu abang ni melukut tepi gantang.
Hari tu kedua pihak dah setuju nak kahwin. Dari dating dah tahu bakal isteri pakai kasut Prada dan bakal suami pakai Bata!
Jadi carilah penyelesaian yang siuman.
Masing-masing kena sedar diri.
Ada gaji besar masih pangkat isteri.
Ada gaji kecil perlu pikul tanggungjawab suami.
by NM
Jangan tapi tapi tapi lagi.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Pakai Duit Bini “Tak Semua Orang Bernasib Baik Dapat Suami Bergaji Tinggi Daripada Isteri”
Baca Lagi Di Sini: Walaupun Isteri ‘Gaji Besar’, Tanggungjawab Sara Keluarga TETAP Di Bahu Suami, Usah Pertikaikan!
Artikel Menarik: Walau Isteri Ada Duit Gaji Sendiri, Suami Jangan Culas Bagi Nafkah
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini memberi panduan buat isteri yang mempunyai gaji lebih besar daripada suami dalam rumahtangga.
Sumber: Normaliza Mahadi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI