Ads

Sakit Tapi Tiada Pilihan, Mangsa Simbahan Cuka Getah Cuba Bertahan Pulihkan Wajah

Simbahan Cuka Getah
Simbahan Cuka Getah

Masih ingat dengan kisah mangsa simbahan cuka getah, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan? Wanita berusia 24 tahun ini akan menjalani pembedahan kali kelima bagi memulihkan wajahnya yang melecur teruk dalam kejadian pada 2010.

Sakit Tapi Tiada Pilihan

Sakit Tapi Tiada Pilihan, Mangsa Simbahan Cuka Getah Cuba Bertahan Pulihkan Wajah

Pembedahan selama lima jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 17 September lalu dilakukan bagi membuang parut pada hidung, dahi dan dagu yang melecur dalam insiden kira-kira 16 tahun lalu.

Menurut Nurul Dahyatul, pasukan perubatan mengambil kulit daripada bahagian paha untuk ditampal pada dahi dan dagu, manakala kulit di belakang telinga digunakan bagi membentuk kulit hidung baharu.

“Kalau ikutkan memang sakit, namun saya tiada pilihan dan perlu mengikuti proses pembedahan yang dijadualkan bagi mengurangkan kesan regangan pada wajah.

“Saya difahamkan selepas ini proses mengambil tulang rawan juga akan dilakukan untuk membentuk tulang hidung baharu,” katanya.

Ads

Gadis itu berkata, pembedahan membentuk tulang hidung baharu itu bertujuan membolehkan saluran pernafasan berfungsi dengan lebih baik.

Menurut Nurul Dahyatul, proses rawatan itu tidak terhenti setakat itu kerana masih terdapat banyak prosedur yang perlu dilalui bagi memulihkan wajahnya yang melecur.

“Saya masih menunggu untuk menjalani proses membuang jahitan pada pembedahan yang dilakukan sebelum dibenarkan pulang,” katanya lagi.

Ads

Mangsa Simbahan Cuka Getah Cuba Bertahan Pulihkan Wajahnya

Sakit Tapi Tiada Pilihan, Mangsa Simbahan Cuka Getah Cuba Bertahan Pulihkan Wajah

Sebelum ini Nurul Dahyatul menjalani empat kali pembedahan di HKL sejak tahun 2023.

Katanya, kejadian pada 2010 itu menyebabkan pernafasannya terganggu pada waktu tertentu, selain menyukarkan dia melakukan aktiviti seperti bekerja tetap kerana perlu menjalani pelbagai proses rawatan susulan.

Ads

Sakit Tapi Tiada Pilihan, Mangsa Simbahan Cuka Getah Cuba Bertahan Pulihkan Wajah

Anda mungkin berminat dengan

“Saya pasrah dengan takdir kerana Allah SWT memilih saya untuk melalui ujian ini dan saya berharap selepas ini wajah saya setidak-tidaknya kembali pulih walaupun tidak seperti dahulu.

“Bukan hendak sempurna, namun cukup sekadar dapat bernafas dengan sempurna selain parut pada wajah dapat dikurangkan,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

perempuan obses

7 Tahun Diganggu Perempuan Obses Terlampau, Lelaki Ini Bakal Ambil Tindakan...

Baru-baru ini kisah seorang perempuan obses terhadap terhadap lelaki bernama Zulhilmi kembali panas di media sosial. Malahan wanita yang bernama Abidatul secara tidak langsung 'glamour' dari tahun 2025 disebabkan mengganggu kehidupan seorang guru.