Ads

Syed Saddiq Tak Pernah Sangka Akan Jatuh Cinta Pada Sabah Dan Bella Astillah

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Siapa sangka, pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sabah, menjadi detik bermulanya bibit percintaan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Syed Saddiq Tak Pernah Sangka

Syed Saddiq Tak Pernah Sangka Akan Jatuh Cinta Pada Sabah Dan Bella Astillah

Syed Saddiq, 33, mengakui tidak pernah menyangka akan jatuh cinta dengan keistimewaan negeri di bawah bayu itu ketika menjalani penggambaran di pelbagai lokasi sebelum ini.

“Selepas dua hingga tiga bulan pergi ke pelbagai negeri, apabila datang ke bumi Sabah saya rasa sesuatu yang luar biasa. Bila ‘touch down’ sahaja, terus bermula rasa cinta.

“Ketika pergi dari pulau ke pulau, saya dapat mengenali Bella dan keluarganya dengan lebih rapat.

Ads

“Sejak itu saya nampak sisi berbeza Bella, bukan sekadar pelakon dan penyanyi, tetapi kasih sayangnya terhadap anak-anak serta ketulusan hatinya menyantuni masyarakat dari kampung ke kampung,” kata Syed Saddiq ketika berucap pada majlis resepsi di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.

Akan Jatuh Cinta Pada Sabah Dan Bella Astillah

Syed Saddiq Tak Pernah Sangka Akan Jatuh Cinta Pada Sabah Dan Bella Astillah

Ads

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut merakamkan penghargaan kepada Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah yang disifatkan banyak mengajar dirinya mengenai erti kematangan sebagai seorang suami dan bapa.

“Bila pergi ke Parlimen sekarang, orang cakap saya selalu senyum. Mana tidaknya, sudah berkahwin dan isteri pula Bella Astillah. Saya harap tempoh bulan madu ini akan berkekalan sampai bila-bila,” selorohnya.

Ads

Syed Saddiq Tak Pernah Sangka Akan Jatuh Cinta Pada Sabah Dan Bella Astillah

Anda mungkin berminat dengan

Mengulas peranannya sebagai ketua keluarga baharu buat dua anak tirinya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, Syed Saddiq teruja dan berjanji akan menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin meskipun akui agak tegas dari segi disiplin.

Majlis Kenduri Rakyat di Kota Kinabalu itu disambut meriah dengan kehadiran puluhan ribu penduduk tempatan, menyusuli majlis resepsi di Muar minggu lalu.

Terdahulu, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur sebelum meraikan majlis resepsi utama di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Shariffah Mahani

Ibarat Lima Jari, Shariffah Mahani Jelaskan Kenapa Setiap Anak Perlu Didikan...

Baru-baru ini, Shariffah Mahani iaitu ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi caranya membesarkan anak-anaknya. Menurutnya, anak-anak ini umpama lima jari yang kita ada, berbeza saiznya dan apa yang akan muat bila disarung nanti.