
Betapa hancurnya hati seorang ibu apabila jeritan kecemasan yang kedengaran ketika dirinya sedang membuat siaran langsung di kedai makan miliknya rupa-rupanya membawa berita paling menyedihkan dalam hidupnya apabila anak kandungnya, Nur Tasnim Deandra, terlibat dalam nahas jalan raya.
Hancur Hati Ibu

Bayangkan perasaan seorang ibu bernama Puan Nurul Amira Amiruddin apabila pada awalnya dia hanya terdengar kekecohan yang memaklumkan tentang satu kemalangan. Pastinya ketika itu dia tidak menyangka bahawa berita yang didengarinya bakal meragut ketenangan hidupnya.
Namun, alangkah luluhnya hati apabila mengetahui mangsa yang terlibat dalam nahas itu ialah anaknya sendiri, Nur Tasnim Deandra.

Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan seorang ibu yang terpaksa menerima kenyataan bahawa anak yang dilahirkan, dibesarkan dan disayangi sepenuh jiwa mungkin pergi terlebih dahulu meninggalkan dirinya. Detik yang tidak pernah terlintas dalam fikiran mana-mana ibu bapa.
Lebih menyedihkan, Nur Tasnim Deandra bukan sekadar seorang anak kesayangan keluarga. Dia juga merupakan atlet sofbol muda Kedah yang aktif dalam bidang sukan dan pernah membawa nama negeri ke peringkat kebangsaan.
Jeritan Kecemasan Kemalangan Yang Didengar Rupanya Libatkan Anak Sendiri

Di sebalik usaha, semangat dan impian yang masih panjang, pemergiannya meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga serta mereka yang mengenalinya.
Pemergian Allahyarhamah yang merupakan permata sukan negeri Kedah ini satu kehilangan besar buat arena sukan sofbol negeri. Ahli keluarganya pula terpaksa menanggung kehilangan yang tidak mungkin dapat digantikan dengan apa-apa pun.
Tulisnya ibunya:
“Sekiranya sepanjang perkenalan kalian dengan Tasnim ada kata-katanya yang mengguris hati, perbuatannya yang menyinggung perasaan atau kesilapannya yang tidak disengajakan, saya memohon ampun dan maaf bagi pihaknya. Saya juga memohon agar dihalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan dan segala kebaikan yang telah diberikan kepadanya.
Anda mungkin berminat dengan
“Dan andai ada sebarang hutang atau urusan Tasnim yang masih belum diselesaikan, mohon hubungi saya secara peribadi agar dapat saya uruskan sebaiknya.
“Terima kasih kerana pernah hadir dalam kehidupan Tasnim dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya. Segala jasa, kebaikan dan kenangan kalian akan sentiasa saya hargai…”

Semoga Puan Nurul sekeluarga diberikan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi ujian yang amat berat ini dan dipermudahkan urusan serta dikurniakan ketenangan.

download sekarang!
