Ads

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Himpunkan Jenama Media Dalam Satu Ekosistem

seeNI

Nu Ideaktiv Sdn Bhd kini menggunakan identiti baharu, seeNI, dalam usaha memperluas peluang pertumbuhan perniagaan menerusi kandungan, bakat kreatif dan kerjasama komersial.

Peralihan ini menandakan langkah baharu buat syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf itu dalam menyatukan portfolio jenama medianya di bawah satu identiti.

Syarikat berhasrat membangunkan ekosistem media yang lebih bersepadu, sekali gus memudahkan pengiklan dan agensi mengakses pelbagai platform, komuniti serta kepakaran kreatif yang tersedia.

Baca artikel: seeNI Creator Academy Buka Peluang Jadi Content Creator, Semua Orang Boleh Bermula

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Himpunkan Jenama Media Dalam Satu Ekosistem

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, perubahan tersebut bukan sekadar penjenamaan semula, sebaliknya mencerminkan aspirasi syarikat untuk mewujudkan nilai lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial.

“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama, sebaliknya ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem lebih bersepadu sekali gus mewujudkan nilai lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan berteraskan komuniti, kandungan dan komersial turut membuka peluang kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak menerusi kandungan relevan, bakat serta penglibatan yang lebih bermakna, bukan hanya melalui penempatan iklan secara berasingan.

Ads

Mingguan Wanita Antara Jenama Media Di Bawah seeNI

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Himpunkan Jenama Media Dalam Satu Ekosistem

Antara jenama media yang kini berada di bawah portfolio seeNI ialah Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma.

Portfolio itu turut merangkumi seeNI Creator Academy, yang menjadi sebahagian daripada usaha memperluas peluang dalam ekosistem kandungan dan bakat kreatif.

Bagi seeNI, penyatuan portfolio ini memberi ruang untuk meneroka potensi kerjasama merentas jenama dan platform. Ia juga membolehkan pengiklan mempertimbangkan pendekatan yang lebih menyeluruh berdasarkan kandungan serta komuniti yang ingin didekati.

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Himpunkan Jenama Media Dalam Satu Ekosistem

Ads

Hala tuju baharu tersebut diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara itu turut mengetengahkan barisan kandungan untuk tahun hadapan, bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri.

Berpandukan slogan More Begins Here, syarikat media ini berhasrat menjadi platform bersepadu yang menawarkan lebih banyak pilihan kandungan dan membuka ruang pertumbuhan perniagaan melalui kerjasama merentas pelbagai platform.

Baca artikel: Borak SeeNI Kini Bersiaran di Astro Prima: Bual Bicara Penuh Inspirasi!

Kerjasama Strategik Buka Peluang Baharu

Dalam fasa baharu ini, keutamaan syarikat adalah memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan.

Ads

Menerusi seeNI Collective, syarikat itu turut menjalin kerjasama dengan TVS dan Novel Karangkraf dalam bidang penerbitan serta adaptasi kandungan.

Anda mungkin berminat dengan

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Himpunkan Jenama Media Dalam Satu Ekosistem

Kerjasama dengan Komet Productions pula memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab. Sementara itu, kolaborasi bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) meliputi bidang fesyen serta gaya hidup.

Selain itu, syarikat media ini turut memperkenalkan seeNI Talent bagi memadankan bakat dengan keperluan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial. Pemilihan bakat mengambil kira rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan mereka untuk terlibat.

Secara keseluruhan, ia membawa pendekatan yang meletakkan kandungan, komuniti dan kerjasama komersial dalam satu ekosistem. Langkah ini menjadi sebahagian daripada usaha syarikat untuk meneroka peluang pertumbuhan baharu dalam industri media dan kreatif.

Bagi jenama di bawah portfolio tersebut, termasuk Mingguan Wanita, identiti baharu ini mengekalkan kedudukan mereka dalam rangkaian media yang sama, sambil membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama dan penglibatan khalayak merentas platform.

Baca juga artikel: Gaji Median Malaysia Cecah RM3,000, Lelaki Terima RM36 Lebih Tinggi Berbanding Wanita

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

harta sepencarian

Isteri Berhutang Bantu Bisnes Suami, Berjaya Tuntut 50% Harta Sepencarian Selepas...

Sanggup berhutang membantu perniagaan suami, seorang isteri berjaya menuntut 50 peratus nilai harta sepencarian selepas suami berpoligami. Peguam Syarie Fahmi Ramli berkongsi kepentingan bukti sumbangan isteri.