Ads

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Makanan Kaum India
Makanan Kaum India

Ketahui makanan kaum India menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut dalam beberapa hari lagi, mungkin anda sendiri akan ‘jatuh cinta’ bila sudah merasa sendiri beberapa menu ini.

Lebih-lebih lagi, ramai yang sudah mula bergerak pulang ke kampung halaman. Bagi rakan-rakan yang berketurunan India pastinya sibuk melakukan pelbagai persiapan terakhir bagi menyambut hari istimewa ini.

Seperti perayaan lain, Deepavali disambut bukan sahaja mengenakan pakaian baharu, dekorasi indah atau amalan berkunjung mesra.

Apatah lagi, tak lengkap jika hari penuh istimewa ini tidak dihidangkan dengan pelbagai hidangan tradisional India.

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali

Bersempena dengan perayaan Deepavali nanti, ini antara sajian menarik yang biasanya dijumpai dan wajib cuba:

1. Tosai

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Sebut pasal Tosai, hidangan ini sudah tidak asing dalam masakan India. Ia merupakan sejenis lempeng nipis yang diperbuat daripada adunan beras dan dhal yang ditapai.

Rasanya bertambah ‘kick’ apabila dimakan bersama pelbagai jenis kari dan chutney.

Walaupun dinikmati sepanjang tahun, tosai tetap menjadi sajian utama ketika perayaan Deepavali.

2. Putu Mayam

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Dikenali dengan mi halus yang berasaskan tepung beras, putu mayam biasanya dihidangkan bersama kelapa parut segar dan gula melaka.

Gabungan rasanya yang berlemak dan manis menjadikannya pilihan popular untuk sarapan ringan atau minum petang

3. Vadai

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Selain itu, Vadai pula ialah sejenis kuih goreng tradisional India yang dibuat daripada kacang dhal atau kacang urad dhal.

Ads

Lazimnya, bahagian luar vadai rangup manakala dalamnya lembut, menjadikannya lebih enak apabila dinikmati bersama chutney kelapa.

4. Uttapam

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Uttapam boleh dianggap sebagai pankek versi India dengan tekstur yang lebih tebal berbanding tosai.

Ia biasanya dihiasi dengan hirisan bawang, tomato atau cili hijau, dan sering dihidangkan sebagai sarapan atau hidangan ringan.

5. Murukku

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Sebut sahaja Murukku, ia antara kudapan paling sinonim dengan Deepavali. Menu ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur rempah ratus, kemudian digoreng sehingga rangup berwarna keemasan.

Ia jajan ‘wajib ada’ di setiap rumah semasa perayaan ini berlangsung.

6. Panipuri

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Panipuri merupakan salah satu hidangan popular dari India. Ia terdiri daripada bebola rangup kecil yang diisi dengan campuran kentang, kacang, bawang serta kuah manis-pedas.

Ads

Panipuri bukan sahaja digemari di India, malah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

7. Laddu

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Manisan berbentuk bulat seakan bebola ini diperbuat daripada tepung, gula dan lemak sapi (ghee).

Teksturnya lembut dan rasanya manis berlemak, menjadikan laddu hidangan istimewa dalam majlis keagamaan dan perayaan.

8. Teh Masala

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Tak perlu dinafikan lagi, minuman yang satu ini sememangnya antara pilihan ramai.

Rasa berempah dan beraroma, berasal dari campuran susu, teh hitam serta campuran rempah seperti kayu manis, halia, buah pelaga dan cengkih.

Teh masala biasanya dinikmati terutama selepas menikmati hidangan berat.

Ads
9. Nasi Daun Pisang

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Anda mungkin berminat dengan

Keunikan hidangan kali ini adalah dihidangkan di atas daun pisang, yang diletakkan nas bersama pelbagai lauk seperti kari ikan, kari daging, sayur berkuah, jeruk dan papadom.

Hidangan ini bukan sahaja lazat, tetapi turut melambangkan keaslian budaya India Selatan.

10. Ayam Varuval

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Seterusnya, ayam varuval merupakan hidangan ayam masak kering berempah. Uniknya menu ini, ia menggunakan bahan seperti serbuk ketumbar, cili kering dan daun kari.

Tanpa menggunakan santan, masakan ini tetap kaya rasa pekat, pedas dan wangi, menjadikannya antara lauk kegemaran ramai.

11. Rasam

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Rasam ialah sup berempah tradisional India yang diperbuat daripada campuran asam jawa, lada hitam, cili dan pelbagai rempah lain.

Selain menjadi pembuka selera, ia juga dipercayai membantu pencernaan makanan dan sesuai untuk mereka yang kurang sihat.

12. Idli

12 Makanan Kaum India Yang Popular Masa Perayaan Deepavali, Wajib Cuba!

Idli ialah kuih kukus lembut yang dihasilkan daripada adunan nasi dan vigna mungo (kacang urad dhal) yang ditapai.

Hidangan ini biasanya disajikan bersama sambal atau chutney, dan sesuai dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan sihat.

Haaa… nampak tak, banyak sangat menu yang menarik patut anda rasa bila perayaan Deepavali? Semoga perkongsian ini membantu anda untuk lebih mengenali juadah sempena perayaan Deepavali dan berani untuk mencuba!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

kubur bertingkat

JAWI Laksana Kubur Bertingkat Di KL, Satu Liang Dua Jenazah Tanpa...

JAWI memperkenalkan kaedah kubur bertingkat di Kepong, Kuala Lumpur, khusus bagi jenazah tanpa waris. Dua jenazah dikebumikan dalam satu liang kubur pada aras kedalaman berbeza.