Ads

JAWI Laksana Kubur Bertingkat Di KL, Satu Liang Dua Jenazah Tanpa Waris

kubur bertingkat

JAWI laksana kubur bertingkat di KL, satu liang dua jenazah tanpa waris.

Kaedah kubur bertingkat mula dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur menerusi projek perintis yang membolehkan dua jenazah tanpa waris dikebumikan dalam satu liang kubur pada kedalaman berbeza.

Pelaksanaan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Kepong itu memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengurusan pengebumian Islam khususnya bagi mengoptimumkan penggunaan ruang tanah perkuburan yang semakin terhad di ibu negara.

Menerusi rakaman video proses pengebumian, jenazah pertama diturunkan ke dalam liang kubur sedalam lapan kaki menggunakan mesin takal khas sebelum tanah dikambus sehingga paras kira-kira lima kaki.

Jenazah kedua kemudiannya dikebumikan pada lapisan lebih atas sebelum liang kubur dikambus sepenuhnya seperti proses pengebumian biasa.

Ads


Kaedah ini mungkin masih asing bagi sesetengah masyarakat kerana dua jenazah ditempatkan pada kedalaman berbeza dalam satu liang kubur berbanding pengebumian secara berasingan yang lazim dilakukan.

Mesin Takal Khas Bantu Turunkan Jenazah Sedalam Lapan Kaki

Menerusi kenyataan bertarikh 27 Oktober 2026, JAWI memaklumkan projek perintis berkenaan dilaksanakan melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur.

Pelaksanaan tersebut turut mencatatkan pencapaian penting apabila JKR Kuala Lumpur memperkenalkan inovasi mesin takal penurun jenazah bagi memudahkan proses pengendalian dan penurunan jenazah pada kedalaman lapan kaki.

Ads
kubur bertingkat
JAWI melaksanakan kaedah kubur bertingkat bagi dua jenazah tanpa waris di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kepong.
kubur bertingkat
Jenazah pertama diturunkan menggunakan mesin takal khas hasil inovasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur bagi memudahkan proses pengebumian pada kedalaman lapan kaki.

Bagi memastikan keselamatan petugas, penghadang runtuhan tanah atau trench box turut digunakan sepanjang proses pengebumian bagi mengurangkan risiko runtuhan tanah.

Pengarah JAWI, Tuan Haji Hanifuddin Roslan turut hadir menyaksikan sendiri proses pengebumian serta penggunaan mesin takal berkenaan.

Ads
kubur bertingkat
Petugas menguruskan jenazah kedua di dalam liang kubur sebelum menutupnya menggunakan papan lahad.
Kubur Bertingkat, Usaha Optimumkan Ruang Tanah Perkuburan

Menurut JAWI, inisiatif kubur bertingkat merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan pengurusan tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, khususnya ketika ruang tanah perkuburan semakin terhad.

Anda mungkin berminat dengan

Selain memanfaatkan penggunaan tanah secara lebih optimum, inovasi berkenaan turut diharap dapat membantu meningkatkan kecekapan proses pengebumian serta memudahkan tugas petugas yang terlibat.

kubur bertingkat
Petugas menadah doa selepas menyempurnakan proses pengebumian jenazah tanpa waris menerusi kaedah kubur bertingkat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kepong.

JAWI berharap projek perintis itu menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan tanah perkuburan Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Pada masa sama, jabatan itu menegaskan komitmen untuk memastikan setiap urusan pengebumian dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tertib serta penghormatan selaras dengan tuntutan syarak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Kutip Botol Plastik

Kutip Botol Plastik, Besi & Kotak, S Manjula Ubah Barang Terpakai...

Mungkin bagi sesetengah orang kutip botol plastik, kotak dan barang terpakai ini perkara biasa. Sekadar membersihkan ruang persekitaran daripada sampah yang mahu dibuang.