
Ain Edruce kongsi cara jaga hubungan dengan suami, “jangan cepat terasa dengan pasangan…
Lazim peminat tahu, setiap kali video barunya muncul, Ain Edruce yang juga seorang pengacara, pelakon, model dan pencipta kandungan (content creator) akan “membahan” suaminya, Mirul.
Usikan spontan dan gurauan bersahaja itu seakan-akan menjadi identiti pasangan ini di media sosial. Namun, di sebalik gelagat lucu mereka, Ain mempunyai pendekatan tersendiri dalam melayari kehidupan berumah tangga termasuk tidak mudah berkecil hati dengan pasangan.
“Jangan cepat terasa dengan suami. Apa Ain kongsikan ini adalah pendekatan hubungan rumahtangga Ain dan Mirul. Mana yang baik bagi pasangan lain boleh la gunakan.
“Kita isteri ni, tak dinafikan akan banyak terasa hati. Kejap-kejap merajuk. Kejap-kejap nak terasa dan simpan di dalam hati. Tak boleh macam tu. Tak dinafikan mana ada orang tak berselisih pendapat, tak gaduh tapi Ain ambil pendekatan tak cepat terasa hati.
Ain Edruce Pilih Tidak Cepat Terasa Hati Dengan Suami

“Bagi Ain, kalau kita nak rumah tangga kita bahagia tak boleh cepat terasa dengan pasangan. Sebab bila terus simpan, lama-lama akan meletup,”katanya ketika ditemui.
Jelas Ain, jika mudah terasa hati namun masa yang sama dapat suami yang tak reti memujuk, lebih baik jangan cepat merajuk. Nanti kita akan rasa suami tak sayang aku, tak reti nak pujuk aku. Semua benda-benda ni akan jadi toksid.
“Masa tu mulalah kepala ni fikir macam-macam. Ada hasutan-hasutan lah dan segala macam masalah lagi. Jadi nak elakkan benda tu terjadi, jangan cepat terasa dengan pasangan. Mirul juga gunakan keadah sama. Itulah tip rumahtangga yang selalu Ain guna dalam perkahwinan kami,” katanya memaklumkan kalau Mirul kuat merajuk, ia sesuatu yang pelik.
Di sebalik selalu “membahan” suami kesayangan di dalam kontennya, Ain Edruce yang baru saja memenangi memenangi kategori Keluarga Selebriti Terhangat Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) memaklumkan kejadian “membahan” Mirul hanya berlaku di depan kamera.
Anda mungkin berminat dengan
“Masa depan kamera sajalah Ain dapat “bahan” Mirul ya. Lepas saja off kamera, Ain lah selalu jadi mangsanya. Orang saja tak nampak,” katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Ain turut memaklumkan, walau usia mereka berbeza dua tahun di mana Mirul lebih muda namun Mirul bersifat seperti “orang tua”.
“Mirul banyak nasihati Ain tentang simpan duit. Ada duit simpan di ASB, Tabung Haji dan sebagainya sebagai simpanan masa depan. Dulu Ain tak fikir semua tu tapi Mirul banyak menasihati Ain,” katanya mengakhiri perbualan.

download sekarang!

