
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sempena Deepavali menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.
Sangat menghargai dengan pengumuman tersebut, ini memudahkan para ibu bapa untuk menguruskan hal anak-anak pada waktu cuti nanti dan bergerak ke destinasi masing-masing.
KPM Umum Cuti Tambahan Sempena Deepavali

Pemberian cuti tambahan berkenaan adalah untuk memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan pelajar bersempena cuti perayaan Hari Deepavali.
Bagi Kumpulan A melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan diberikan cuti tambahan pada 9 November 2026 (Isnin) sahaja.

Sementara Kumpulan B pula melibatkan negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diberikan cuti tambahan satu hari pada 10 November 2026 (Selasa) kecuali Sarawak.
Ini bermakna sekolah Kumpulan B berkenaan bercuti pada 9 dan 10 November, namun hanya 10 November merupakan cuti tambahan KPM, manakala 9 November ialah cuti ganti perayaan.
Manakala Negeri Sarawak hanya diberikan cuti pada 9 November 2026 (Isnin).
Mak Ayah Boleh Plan Awal Uruskan Hal Anak-anak

Anda mungkin berminat dengan
Haaa.. buat ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak ke mana-mana tempat bagi pengisian yang berilmu atau balik kampungm boleh lah selesaikan awal-awal dengan berita ini.
Semoga mak-mak gembira dan mudah untuk merancang hal anak-anak pada waktu cuti Deepavali nanti, selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut Hindu.

download sekarang!
