Ads

Isteri Berhutang Bantu Bisnes Suami, Berjaya Tuntut 50% Harta Sepencarian Selepas Suami Kahwin Lain

harta sepencarian
Isteri berhutang bantu bisnes  suami, berjaya tuntut 50% harta sepencarian selepas suami kahwin lain.

Ketika susah, isteri sanggup berkorban apa sahaja demi melihat suami berjaya termasuk berhutang untuk membantu membangunkan perniagaan. Namun, setelah kejayaan dikecapi ada lelaki yang sanggup berkahwin lain sekaligus melukai hati isteri.

Di sebalik pengorbanan yang pernah dicurahkan, isteri ini berjaya membuktikan di mahkamah dan dapat menuntut 50 peratus daripada nilai harta sepencarian di mahkamah syariah.

Harta Sepencarian
Menurut Fahmi Ramli, mahkamah turut mengambil kira keseluruhan nilai hutang yang dibuat oleh isteri bagi membantu perniagaan suami dalam menentukan pembahagian harta sepencarian.
Berjaya Tuntut 50% Harta Sepencarian Selepas Suami Kahwin Lain

Kisah tersebut dikongsikan Peguam Syarie, Fahmi Ramli berdasarkan satu kes yang pernah dikendalikannya di Mahkamah Syariah. Menurut beliau, mahkamah turut mengambil kira keseluruhan nilai hutang yang dibuat oleh isteri bagi membantu perniagaan suami dalam menentukan pembahagian harta sepencarian.

“Saya nak kongsikan sedikit tentang satu kes harta sepencarian yang pernah saya kendalikan di Mahkamah Syariah.

“Kes ini melibatkan seorang isteri yang suaminya berpoligami. Sepanjang perkahwinan, isteri bukan sahaja menyumbang kepada keluarga, malah pernah membuat hutang untuk membantu perniagaan suami.

Ads

Alhamdulillah, selepas perbicaraan, Mahkamah memutuskan bahawa isteri berhak mendapat 50% daripada nilai harta sepencarian yang dituntut. Mahkamah juga mengambil kira keseluruhan nilai hutang yang dibuat oleh isteri untuk perniagaan suami dalam menentukan pembahagian harta.

Kes ini menunjukkan betapa pentingnya sumbangan isteri dibuktikan di Mahkamah.

Beliau turut mengajar wanita di luar sana yang mungkin banyak berkorban membantu perniagaan suami namun akhirnya cinta dikhianati dengan berpoligami.

Harta Sepencarian
Wanita bertudung tersenyum selepas berjaya menuntut harta sepencarian di mahkamah
APA DOKUMEN YANG ISTERI PERLU SIMPAN?

Jika ada kemungkinan untuk membuat tuntutan harta sepencarian, antara dokumen yang penting ialah:

Ads

1. Dokumen pemilikan harta :- Geran rumah, tanah, perjanjian jual beli (SPA), dokumen pinjaman perumahan dan dokumen aset lain yang diperoleh sepanjang perkahwinan.

2. Penyata bank dan bukti pembayaran :- Bukti bayaran deposit, ansuran rumah, pindahan wang kepada suami serta perbelanjaan yang berkaitan dengan pembelian atau penambahbaikan harta.

3. Resit renovation dan penambahbaikan rumah :- Contohnya kabinet dapur, extension rumah, wiring atau kerja pengubahsuaian yang menggunakan wang isteri.

Ads

4. Dokumen pinjaman atau hutang untuk perniagaan suami :- Perjanjian pinjaman, penyata pembiayaan, rekod bayaran balik dan bukti wang pinjaman tersebut digunakan untuk perniagaan suami.

Anda mungkin berminat dengan

5. Bukti sumbangan lain sepanjang perkahwinan :- Rekod perbelanjaan keluarga, penjagaan anak dan dokumen lain yang boleh membantu menunjukkan sumbangan langsung atau tidak langsung isteri terhadap pemerolehan harta.

Jelasnya, “jangan tunggu sehingga berlaku pertikaian baru mula mencari dokumen. Ada isteri yang sudah bertahun-tahun membantu suami membina harta dan perniagaan tetapi apabila tiba masa untuk menuntut, bukti kewangan sudah sukar diperoleh.

Katanya lagi, dalam tuntutan harta sepencarian, bukan sekadar persoalan siapa yang mempunyai nama pada geran.

“Apa yang disumbangkan dan apa yang boleh dibuktikan juga sangat penting. Bagi isteri yang sedang berdepan isu poligami dan mempunyai harta atau komitmen kewangan bersama suami, fahami kedudukan harta tersebut lebih awal. Setiap kes bergantung kepada fakta, bukti dan undang-undang negeri yang terpakai. Keputusan pembahagian juga tidak semestinya sama bagi semua kes,” tegasnya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

meninggal mengejut

Suami Meninggal Mengejut & Ex-Gratia Kematian Ditolak JPA, Balu Terkilan Tidak...

Suami meninggal mengejut, Hamidah Rapaee terkilan apabila tuntutan Ex-Gratia arwah suaminya tidak dipertimbangkan JPA kerana tiada laporan bedah siasat. Lebih menyedihkan, beliau mendakwa tidak dimaklumkan tentang kepentingan prosedur tersebut ketika berdepan kehilangan suami tercinta.