Ads

Diana Aleesa Bergerlar Juara Dunia, Usia Lapan Tahun Sudah Harumkan Nama Malaysia Ke Itali

Diana Aleesa
Diana Aleesa

Kanak-kanak perempuan Malaysia berusia lapan tahun, Diana Aleesa Fareez Shahfiqar, mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara dunia kategori Baby Hippo dalam pertandingan HIPPO English Without Borders World Finals 2026 di Spoleto, Itali, dengan markah 99.19 peratus, mengatasi 27 finalis lain dari seluruh dunia.

Diana Aleesa Fareez Shahfiqar

Diana Aleesa Bergerlar Juara Dunia, Usia Lapan Tahun Sudah Harumkan Nama Malaysia Ke Itali

Lebih menarik, Diana pernah gagal melepasi pusingan awal pertandingan sama pada 2025. Dia kembali mencuba tahun ini, namun tidak memperoleh kelayakan terus ke peringkat akhir dunia menerusi pusingan kebangsaan.

Diana kemudian menyertai Play-Off Qualifier di Cluj-Napoca, Romania dan berjaya meraih tempat pertama sebelum meneruskan perjuangan ke Itali.

Menurut perkongsian bersama CAYA Academy, kejayaan Diana turut didorong pendekatan pembelajaran menyeronokkan yang diterapkan ibu bapanya, Fareez Shahfiqar dan Nurulhidayah.

Kanak-kanak yang dilahirkan pada 31 Ogos itu juga berpegang pada prinsip memperbaiki diri satu peratus setiap hari. “Don’t give up just because you didn’t win the first time,” katanya ketika berkongsi nasihat kepada kanak-kanak lain.

Ads

Apa Itu Baby Hippo?

Diana Aleesa Bergerlar Juara Dunia, Usia Lapan Tahun Sudah Harumkan Nama Malaysia Ke Itali

 

Ini sebenarnya salah satu kategori dalam pertandingan HIPPO English Without Borders. Pertandingan antarabangsa yang menguji penguasaan bahasa Inggeris pelajar.

Peserta bukan sekadar kena pandai bercakap atau hafal ucapan. Ada ujian membaca, menulis, mendengar, bertutur serta penggunaan bahasa.

Ads

Pertandingan ini memang level international, jadi peserta kena lepasi dulu beberapa pusingan sebelum sampai ke final dunia.
Dalam final kategorinya di Spoleto, Itali, Diana Aleesa Fareez Shahfiqar muncul nombor SATU. Ya, Juara!

Peserta dari Moldova, Arab Saudi dan Romania masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Di sebalik kejayaan tersebut, keluarganya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat mempertimbangkan pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian Diana.

Mereka percaya kejayaan dalam pertandingan akademik antarabangsa juga wajar diraikan bagi menyuntik semangat lebih ramai murid Malaysia untuk berani mencuba dan tidak mudah berputus asa.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Kejayaan Anak Ada Ibu Ayah Yang Hebat Mendidik

Diana Aleesa Bergerlar Juara Dunia, Usia Lapan Tahun Sudah Harumkan Nama Malaysia Ke Itali

 

Menurut perkongsian keluarga Diana, dia suka membaca satu atau dua buah buku sebelum tidur. Di rumah, ibu bapanya membiasakan dia berbual menggunakan ayat penuh dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Kadang-kadang, kegagalan di awal langkah bukanlah penanda aras untuk kita berhenti mencuba. Malah memang benar, anak yang luar biasa hasil dari didikan keluarga yang hebat!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

thule

Thule Perkenal 3 Model Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Dari Bayi Hingga Anak...

Thule memperkenalkan tiga model kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu Maple, Elm dan Palm di Thule Expo 2026, dengan ciri berbeza mengikut peringkat usia.