
Tip berpantang sesuai untuk ibu bersalin caesar, ikut betul-betul badan boleh kembali langsing
Ibu yang bersalin secara caeser atau pembedahan memang tak merasai sakit sebagaimana ibu bersalin normal. Kadang itu, siap boleh jalan laju masa dalam pantang. Satu seksaan ibu bersalin caeser ini nak dapatkan balik perut kempis macam sebelum mengandung. Seksa oii..
Silap hari bulan, makan bertahun kadang langsung tak kempis pun. Masa itu, nak cari baju pun tak best sebab tang perut buatkan confidence level ibu menurun.
Ramai berkongsi tip berpantang dan sebenarnya ianya tak la susah mana asal berdisiplin. Inilah ilmu diamalkan mak-mak kita dahulu.
Tip berpantang tradisional boleh dijadikan panduan namun bukan semua petua sesuai diamalkan selepas pembedahan. Menurut panduan National Health Service (NHS), ibu yang bersalin secara caesar memerlukan masa untuk pulih dan perlu mengelakkan aktiviti berat sehingga tubuh benar-benar bersedia.
Tip Berpantang Ibu Bersalin Caesar Sesuai Amalkan
1. Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala
2. Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening, migrain dan paling teruk meroyan.
3. Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari (minimumkan)
4. Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!
5. Sila minum air kopi sekali sehari.
6. Air kosong 1 gelas sehari.
7. Balance minum air akar traditional ini untuk memastikan segala darah kotor. Apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.
8. Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu boleh amalkan teh herba yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan. Susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit yang penting perut cepat je kempis.
9. Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok untuk rahim, miss V dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.

10. Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Boleh amalkan oren sunquick.
11. Bagi yang sembelit. Sila dapatkan ubat cair najis. Dapatkan nasihat doktor pakar dulu.
12. Amalkan ikan haruan hidup, pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim dan luka yang dipotong sewaktu di dalam bilik bedah.
13. Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.
14. Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah!! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.
15. Makanlah biskus kosong.
16. Jauhkan diri anda dari terkena angin luar kerana bulu roma sedang terbuka selepas bersalin.
17. Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
18. Urusan anak sebaiknya serahkan pada keluarga. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.
19. Jangan menyapu / vacuum
20. Jangan basuh pinggan
21. Jangan sidai baju
22. Jangan angkat bath tub anak
23. Jangan kemas rumah
24. Jangan langgar pantang makan minum
Anda mungkin berminat dengan
25. Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari berpantang wajib ini.
26. Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.
27. Berbengkung selepas setahun bersalin.
28. Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.
29. Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin
Utamakan Kesihatan Sepanjang Tempoh Berpantang
Tip berpantang yang diamalkan selepas bersalin secara caesar perlu disesuaikan dengan keadaan tubuh setiap ibu. Walaupun ramai wanita berharap perut kembali kempis dan bentuk badan kembali langsing, proses pemulihan selepas pembedahan memerlukan masa. Ibu tidak sepatutnya terlalu mengejar perubahan fizikal sehingga mengabaikan kesihatan dan penyembuhan luka.
Selain mendapatkan rehat secukupnya, ibu juga perlu mengambil makanan berkhasiat, minum air yang mencukupi dan bergerak secara perlahan mengikut kemampuan.
Tip berpantang tradisional boleh dijadikan rujukan budaya namun bukan semua petua sesuai diamalkan. Pengambilan herba, penggunaan bengkung dan aktiviti fizikal selepas pembedahan sebaiknya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Paling penting, jangan membandingkan kadar pemulihan diri dengan wanita lain kerana setiap tubuh mempunyai keperluan berbeza.

download sekarang!
