
Kereta baru jadi tempat maksiat, lelaki 21 tahun & remaja 17 tahun dicekup JAINJ.
Hasrat seorang lelaki berusia 21 tahun menjadikan kereta baharu miliknya sebagai tempat persediaan melakukan zina bersama kekasih berusia 17 tahun tidak kesampaian apabila pasangan ini dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam keadaan tidak berpakaian lengkap di Taman Pura Kencana, Batu Pahat malam semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 11.20 malam, pasangan remaja ini dicekup JAINJ ketika menjalankan rondaan berkala di kawasan tempat letak kereta berkenaan.
Kenderaan baru yang diparkir dalam cahaya agar samar dilihat memadamkan lampu bagi mengelak dikesan namun enjin masih dihidupkan. Dalam memastikan pelaku maksiat tidak melarikan diri, sepasukan anggota JAINJ bertindak mengepung kenderaan baru berkenaan menggunakan van.
Lelaki 21 Tahun & Remaja 17 Tahun Dicekup JAINJ

Lelaki Tidak Sempat Memakai Seluar, Remaja Perempuan Ditemui Di Tempat Duduk Belakang
Dalam operasi pencegahan maksiat ini, anggota penguatkuasa kemudian mengetuk cermin kereta sambil menunjukkan vest pengenalan JAINJ.
Bagaimanapun, kereta tersebut tiba-tiba bergerak mengundur sebelum berhenti apabila pemandunya dipercayai menyedari terdapat van yang menghalang laluan belakang.
Kira-kira seminit kemudian, seorang lelaki yang berada di tempat duduk penumpang hadapan membuka pintu kereta dalam keadaan hanya memakai baju-T tanpa seluar.
“Lelaki hanya sempat menutup kemaluannya tetapi tak sempat memakainya. Nasib baik yang melihat aksi itu adalah penguatkuasa lelaki saja.”
Pemeriksaan seterusnya menemukan seorang remaja perempuan di tempat duduk belakang sebelum penguat kuasa wanita menjalankan pemeriksaan lanjut.
“Wanita itu rupa-rupanya hanya berseluar panjang belang-belang dan tidak memakai baju. Baju wanita serta seluar dalam ditemui di atas kerusi dan tidak sempat pakai semula.”
Kedua-duanya kemudian diarahkan memakai pakaian lengkap sebelum pemeriksaan diteruskan.
Menurut perkongsian tersebut, pasangan berkenaan kelihatan terpinga-pinga dan mengakui mereka bukan suami isteri.
“Mereka mengaku hanya berendut saja dan bukan suami isteri.”
Lelaki Berusia 21 Tahun, Kekasih 17 Tahun Masih Belajar
Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit berusia 21 tahun, masih bujang dan bekerja di Batu Pahat. Sementara itu, pasangannya merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih belajar.
“Lelaki ini berumur 21 tahun, masih bujang dan bekerja di Batu Pahat. Wanita pula berumur 17 tahun atas kertas dan dalam sistem berstatus dara sunti serta masih belajar.
Kereta yang digunakan merupakan kenderaan baharu milik lelaki berkenaan yang dibeli menerusi pinjaman bank dan mempunyai jaminan selama lima tahun.
Anda mungkin berminat dengan
Pasangan yang dicekup JAINJ itu dilaporkan bukan suami isteri. Berdasarkan perkongsian asal, lelaki terbabit menjemput remaja berkenaan sebelum mereka keluar bersiar-siar dan mencari tempat untuk berhenti di kawasan Pura Kencana.
Pasangan itu kemudian berada bersama di tempat duduk belakang kereta sebelum kehadiran penguat kuasa JAINJ menyebabkan pertemuan mereka terbongkar.
Pasangan Ditahan Di Bawah Seksyen 24
Menurut perkongsian tersebut, penguat kuasa JAINJ sememangnya aktif menjalankan operasi di seluruh Johor.
Pejabat Exco Agama Johor juga dilaporkan menerima aduan berkaitan kegiatan maksiat yang disalurkan secara terus. Pasangan berkenaan akhirnya ditahan di bawah Seksyen 24 berkaitan persediaan kepada persetubuhan luar nikah.
“Pasangan ini ditangkap di bawah seksyen 24 iaitu persediaan kepada persetubuhan luar nikah. Ibu bapa lelaki dan wanita ini dipanggil sebagai penjamin.”
Ibu bapa kedua-dua individu berkenaan dipanggil untuk bertindak sebagai penjamin susulan penahanan tersebut. Kredit FB :- Kisah Lampu Suluh.

download sekarang!
