
Baru-baru ini, Shariffah Mahani iaitu ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi caranya membesarkan anak-anaknya. Menurutnya, anak-anak ini umpama lima jari yang kita ada, berbeza saiznya dan apa yang akan muat bila disarung nanti.
Ibarat Lima Jari

Jadi, ibu bapa tidak boleh memberikan didikan yang sama secara mutlak kepada semua anak kerana setiap daripada mereka mempunyai karakter, emosi dan keperluan yang berbeza.
“Setiap anak-anak dia orang dididik dengan cara yang berlainan. Kita tidak boleh samakan, contoh kita ada lima jari di tangan.
“Kelima-lima jari semua bentuknya berlainan, ukurannya berlainan. Jadi, sama dengan anak-anak.
“Kalau kita ada mempunyai lima anak, tak semestinya kita mesti beri didikan kepada mereka penjagaan yang sama rata saja, tidak. Jadi, kita kena pandai tackle setiap satu daripada mereka,” katanya.
Shariffah Mahani Jelaskan Kenapa Setiap Anak Perlu Didikan Berbeza

Mengulas lanjut, Mahani turut mendedahkan ada antara anak-anaknya yang pernah menyuarakan pandangan bahawa dirinya seolah-olah bersikap pilih kasih terhadap adik-beradik yang lain.
Bagaimanapun, menurut Mahani ada anak yang boleh ditegur secara terus apabila melakukan kesalahan, manakala ada juga yang perlu didekati dengan kata-kata pujian dan kasih sayang terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dibincangkan.
“Ada di antara anak-anak Mama kata, ‘Mama, sometimes you look that you are biased towards A, you look biased towards B. Tidak, sebab kita kena tackle cara yang lain.
“Ada setengah anak kita boleh tegur, ‘Kamu ni kenapa nakal sangat.’ Ada yang kita kena puji dulu, ‘Mama sayang, Mama tahu kamu anak yang baik, anak yang soleh.’

Anda mungkin berminat dengan
“Tapi lepas itu, kadangkala kemusykilan timbul atas kenakalan kamu, kenapa? Jadi, setiap orang semua cara berlainan. Tapi yang penting, keikhlasan kita sebagai ibu, jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat kerana itu akan balik kepada diri kita,” tambahnya.
Malah, ibu Syed Saddiq juga menegaskan betapa pentingnya keikhlasan sebagai ibu dan mengelakkan perkataan kesat dalam mendidik anak-anak.

download sekarang!
