Bila makan sup mamak, pastinya terbayang kuah supnya yang sedap dan pekat likat. Aromanya cukup istimewa dengan taburan bawang goreng dan hirisan daun sup cukup membangkit selera. Dinikmati pula dengan nasi putih atau cicah dengan roti.
Ada caranya untuk membuatkan kuah sup mamak ini sedap, pekat secukup rasa. Malah cukup mudah, tak perlu tumis pun.
Ikut resipi dan tip untuk buat Sup Mamak seperti yang dikongsikan oleh Emee Sham ini sebagai panduan;
Ada yang minta resepi sup mamak saya aritu, jadi saya kongsikan resepinya ye.
Bahan Kisar:
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
halia
ciliapi merah
Cara Membuat:
1. Rebus Ayam kampung dengan bersama rempah 4 sekawan sehingga mendidih.
2. Apabila rebusan ayam dah mendidih masukkan bahan kisar dahulu. Kacau rata, biar mereneh.
3. Dah ok, masukkan rempah sup (rempah serbuk kering) dan rempah kurma. Lebur je dalam rebusan tu..kacau rata dalam api sederhana.
Ads
4. Masukan sebiji tomato yang dipotong dadu. Biar mereneh lagi dan perasakan dengan garam.
5. Masukan bawang goreng dan hirisan daun sup kacau.
6. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.
7. Kepekatan dah cantik, rasa dah ok,tutup api.
Ads
Nak makan, potong kecik ayam tadi, boh dalam mangkok, tuangkan sup, hias dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Awalan rebus nak masuk carrot pon ok. Bior carrot tu hancur, akan pekat kuah sup tu. Untuk saya, untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering terpulang cara memasing.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sup Mamak, pekat likat secukup rasa. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Memang mudah tak perlu nak tumis-tumis, renehkan je semua bahan.
Bayangkan makan somtam seafood mabeles ini dengan nasi panas-panas. Fuh! tengok gambar pun dah kecur, lagi suruh bayangkan. Resepi ini asalnya dari Thailand dan dipanggil juga Kerabu Seafood.
Silalah hadam resepi yang dikongsikan Puan Rohani Ahmad (ciknie) ini ya. Sebabnya, mudah saja, bahannya pun senang nak jumpa. Boleh buat terus dan jadi juadah berbuka puasa yang membuka selera lagi sedap.
“Dah lama ciknie tak share resepi. Hari ni teringin nak berkongsi resepi kerabu seafood atau biasa selalu kita sebut somtam seafood sebab makanan ni pun ciknie cedok dari seberang sana.”
“Okay tak mo cakap banyak. Resepi ni ciknie tak ada sukatan. Kalau tengok memang banyak, macam biasa la keluarga ramai. Buat sikit tak cukup makan so pandai pandai la awak sukat sendiri eh.”
Bahan Bahan Somtam Seafood Mabeles
+ Bawang putih
+ Cili api merah
+ Limau nipis
+ Gula atau nise (Ciknie guna nise)
+ Sedikit Ajinomoto
+ Sos ikan
+ Sotong yg dah di rebus
+ Udang dah siap kopek dan rebus
+ Kerang yg siap rebus
+ Kacang panjang
+ Baby tomato
+ Daun bawang potong pendek
Cara Cara
+ Tumbuk bawang putih dengan cili api bagi lumat. Masukkan gula @ nise, sedikit aji, sos ikan dan tumbuk manja supaya tak terpercik sos ikan tu.
+ Masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek dan baby tomato gaul rata dan masukkan jus perahan limau
+ Lepas tu baru masukkan sotong, udang dan kerang yang siap rebus tadi. Tumbuk manja manja je atau gaul je bagi ia sebati. Lepas tu masukkan daun bawang. Tak nak bubuh daun bawang pun tak apa. Siappp! Mudah kan?
Somtam seafood ni dia kena ada rasa masam, pedas, sedikit manis dan sedikit masin. Orang kata biar seimbang rasa dia tu baru sedap. Kalau tak masam pun tak sedap juga tau, tak pedas lagi tak umpphhh. So selamat mencuba!
Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.
“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”
Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.
Info Ekstra!
Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Tomato egg muffin, menu mudah dan ringkas. Sedap dan mengenyangkan. Masak pun guna air fryer. Sesuai dinikmati sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh juga dijadikan menu diet.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini tidak banyak. Tempoh masa untuk memasaknya pun singkat. Tidak perlu menggoreng. Bila-bila masa teringin hendak makan boleh terus buat!
Resipi Tomato Egg Muffin
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang daun bawang di hiris
1 batang sosej(optional)
Sedikit lobak merah dipotong dadu
Sedikit lada benggala(optional)
Lada hitam dan lada sulah secukupnya
*serbuk cili (jika suka)
Resipi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer
Cara memasak:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama lada hitam dan lada sulah. Campurkan dengan semua bahan-bahan lain. Kacau sehingga sebati.
2. Tuang bancuhan telur ke dalam cawan kertas muffin.
3. Tabur sedikit serbuk cili.
4. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit atau sehingga masak. Bergantung pada air fryer masing-masing. Enak dinikati ketika panas-panas.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.