Beberapa hari ini buah ‘donut peach’ menjadi sebutan ramai. Ramai yang ingin mencuba merasai sendiri, kemanisan dan kesedapan buah yang cukup viral ini. Selain rasanya, buah ini dikatakan lebih wangi, manis, juicy dan rendang kandungan asidnya, berbanding buah peach biasa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak lagi khasiat lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Namun demikian, bukan semua orang sesuai dan boleh makan buah donut peach ini. Ada yang beri kesan buruk dan hampir meragut nyawa akibat alergi dengan buah ini.

Pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawa ini dikongsikan oleh pengguna TikTok Sherynaaa02 sendiri.

Alergi Buah Peach, Dikejarkan Ke Unit Kecemasan

Menurut wanita ini selepas 15 minit memakan buah donut peach ini membuatkan seluruh badannya rasa gatal, naik biji-biji dan tak henti menggaru. Bukan itu sahaja ia membuatkan perutnya sebu, muntah-muntah dan sesak nafas sehingga perlu dikejarkan ke unit kecemasan.

Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku. Sekali makan, dalam 15 minit sebu muntah-muntah, naik biji-biji gatal-gatal terus kena gi emergency.

Kena inject baru jadi manusia balik. Kalau tak inject macam beruk weh dok garu-garu. Ini pengalaman aku makan buah viral, berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan.

Sumpah tak boleh stop garu. Muka rasa pedih-pedih, perut sebu angin tak keluar, muntah-muntah lagi. Makan buah tu tak lama pun. Dalam 15 minit macam tu ja terus rasa effect.

15 Minit Selepas Makan Donut Peach Viral, Wanita Hampir Hilang Nyawa Dikejarkan Ke Unit Kecemasan!

Ini pengalaman saya makan buab donut peach viral tu, lain orang lain rasanya. Bila jadi macam ni saya pun tak sangka, memang sesak nafas dah rasa macam separuh nyawa. Nasib suami ada baru balik kerja, kalau tak tak tahu laa macam mana.

IKLAN

Bukan saya gila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya bagi saya hargai.Saya pun tak salahkan dia . Harap jelas yaa.

15 Minit Selepas Makan Donut Peach Viral, Wanita Hampir Hilang Nyawa Dikejarkan Ke Unit Kecemasan!

15 Minit Selepas Makan Donut Peach Viral, Wanita Hampir Hilang Nyawa Dikejarkan Ke Unit Kecemasan!

Ramai Kongsi Pengalaman Sama

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman turut mengalami alergi dengan buah peach ini. Tidak kurang ramai yang lebih berhati-hati untuk mencuba buah peach viral ini.

15 Minit Selepas Makan Donut Peach Viral, Wanita Hampir Hilang Nyawa Dikejarkan Ke Unit Kecemasan!

IKLAN

15 Minit Selepas Makan Donut Peach Viral, Wanita Hampir Hilang Nyawa Dikejarkan Ke Unit Kecemasan!

@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku 😭 sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 😥 terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik 😢 kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 😓 ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan 😑 sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases ♬ suara asli – 𝙁en 𝘽kan 𝙎ad𝘽oy🎭

 Mesti Baca:DONUT PEACH Lebih Wangi, Manis, Juicy & Rendah ‘Acidity’ Berbanding Peach Biasa!
Baca Lagi Di Sini:‘Asalnya Sakit Dada, Badan Jadi Gegata..’ Derita 8 Hari Alami Alergik Tanpa Punca
Artikel Menarik:Tinggalkan Dunia Glamor, Bekas RATU CANTIK Vietnam Pilih Hidup Sederhana Jadi Petani

IKLAN

Mingguan Wanita: Semoga lebih berhati-hatilah iya. Bagi yang tak pernah makan buah peach, pastikan tiada alergi terhadap buah ini, kesannya boleh meragut nyawa.

Sumber:TikTok Sherynaaa02

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI