Apa saja yang dilakukan anggota kumpulan K-Clique bernama MK ini pasti akan meraih perhatian, tular dan sohor kini. Aura dan penangan jejaka kelahiran Tawau, Sabah ini cukup padu.

Termasuklah ketika artis yang sinonim dengan imej ‘bad boy’ itu berkongsi gambar menayang badan. Malah ketika dia memakai gelang emas pun yang terang terangan dianggap satu dosa bagi golongan lelaki teruk dia dikecam.

Malah setiap entri tak kira video atau gambar pegun di laman Instagram pemilik nama penuh, Muhammad Hairi Amin Hamdan ini pasti akan mendapat tanda suka dan tontonan ramai.

MK Sudah Berubah, “Doa Saja Yang Baik- Baik”’

Khabarnya kini imej MK kelihatan sudah berubah dan ada yang mengaitkan kerana dia merupakan duta pusat akademik dan tuisyen PTTI sejak awal tahun ini selain menyertai kelas agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang sekitar bulan lalu.

“Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.

IKLAN

“Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu.

“Pastinya setiap sudut kecaman dan kritikan itu saya akan nilai. Yang mana perlu dielak, saya akan cuba mengelaknya termasuk dalam soal imej diri. Saya tak pernah sempurna.

“Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup,” katanya.

IKLAN

Baca Disini Juga: 

Bukan Sekadar Penghibur, MK Jadi Idola Generasi Kini “Beri Semangat & Dorongan Calon SPM”

Tanda Kesyukuran Kelahiran, Ilmu Lengkap Bab Aqiqah Anak Mak Ayah Kena Fahamkan

IKLAN

Modal Kecaman Warganet

Mengenai serba serbi kisahnya yang menjadi ruang atau modal kecaman warganet, MK sudah mula terbiasa dengan rentak permainan sebegitu.

“Saya anggap rezeki dalam hal apa dikongsi di media sosial tular dan mendapat perhatian. Dikecam itu biasalah. Macam jadi duta PTTI pun saya dipertikai kerana dianggap tak layak. Mereka hukum saya tanpa tahu latar belakang akademik saya. Sampai ada anggap saya tak sesuai dek imej yang dipaparkan ketika menjadi artis.

“Apa lebih utama peranan itu buat saya jadi lebih bertanggungjawab. Saya sendiri dapat membentuk diri ini untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin. Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita