Tahniah diucapkan buat pelakon Risteena Munim yang kini sah menjadi isteri kepada pelakon, Isa Khan. Pasangan ini selamat bernikah dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Majlis bersejarah pasangan popular ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi Intagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan.
Risteena Sah Bernikah, Pasangan Sama Cantik Sama Padan
Ads
Pada majlis ini, Risteena kelihatan begitu anggun dengan sepersalinan busana putih rekaan Ezuwan Ismail.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pasangan itu adalah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies bersama beberapa ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Untuk rekod sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan dek kerana penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Sebelum ini, pasangan selebriti cukup sensasi ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
Prihatin dengan murid-murid kurang berkemampuan, Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya memberi sumbangan sebanyak 50,000 pelitup muka kepada anak-anak ini di 20 buah sekolah di Daerah Petaling Perdana.
Sumbangan disampaikan Yang DiPertuan PEWANI, Datin Rahiman Abdul Rahman bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.
Rahimah berkata, sumbangan itu membuktikan PEWANI mengambil berat dan prihatin terhadap murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid -19 sejak sekolah mula dibuka pada 1 Mac lalu.
“Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial PEWANI dalam membantu murid sekolah patuh kepada prosedur operasi standart (SOP) dalam mendepani pandemik Covid-19.
“Sebagai sebuah persatuan wanita yang bergerak aktif dalam menjayakan pelbagai program pembangunan diri dan kebajikan kepada kakitangan wanita UiTM, kita juga turut bersama-sama memanjangkan keprihatinan kepada komuniti terutamanya murid di sekolah-sekolah berhampiran UiTM.
“Keperluan kepada murid terus diberi perhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan murid dapat melalui proses persekolahan dengan lancar dan selamat.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini dan berharap warga UiTM menjadikan platform sumbangan ini untuk terus menyumbang kepada masyarakat.
“Projek kesukarelawanan sumbangan pelitup muka ini akan terus digiatkan dari semasa ke semasa dan digerakkan oleh pasukan ahli PEWANI seumur hidup yang sentiasa siap siaga mengumpulkan dana sumbangan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan dan melancarkan Program Khidmat Komuniti Pewani : Kembali Ke Sekolah di Dewan Seminar Kesatria, Pusat Kokurikulum UiTM di sini.
Hadir sama Timbalan Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Wan Fauziah Abdullah dan Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Mohd Shahrom Talhah.
Sementara itu, Fauziah berkata pihak Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa berbesar hati dan menerima pelbagai bentuk sumbangan sejak sekolah mula beroperasi.
“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban ibu bapa dari berbelanja dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan kendiri.”
Mohd Shahrom Talhah menjelaskan, pihak sekolah amat berbesar hati kerana terpilih dalam sesi simbolik penyerahan sumbangan yang bakal diberikan yang bakal diagihkan kepada murid yang kurang berkemampuan.
“Sumbangan ini memberi makna yang sangat siknifikan kepada warga sekolah, selain dapat meyakinkan para ibu bapa murid-murid selamat ke sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan terutama dengan pematuhan pemakaian pelitup muka,” jelasnya.
Semua pelitup muka akan mula diagihkan ke 20 buah sekolah secara berperingkat dan akan diperluaskan lagi sumbangan ke sekolah-sekolah yang terpilih dengan kerjasam Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
‘Pakcik’ bekerja bertahun-tahun bersama, menyumbang tenaga dan idea. Disayangi pula rakan sekerja, apabila tiba masa ‘pakcik’ bersara, kehilangannya begitu dirasai. Sebelum pemergian, tentunya rakan-rakan sekerja usahakan mahu meninggalkan memori indah untuk dikenang.
Itulah yang dilalui oleh pekerja ini, Encik Nazari. Sebagaimana kisahnya ini dikongsikan oleh rakan sekerjanya, Ezatul Marini. Sebelum meninggalkan organisasi, Encik Nazari yang dipanggil ‘Pakcik’ di kalangan rakan-rakan meluahkan hajat.
Mahu memiliki basikal elektrik untuk memudahkannya berulang ke masjid setiap kali waktu solat. Dan, bila tiba majlis perpisahan.. rakan-rakan yang berasa senang dengannya, tiba-tiba masing-masing buat tak layan. Malah, maklumkan tak dapat nak tunaikan hajat.
Nakal. Namun, inilah gurauan manis rakan-rakan untuk dikenang ‘Pakcik’ di akhir perkhidmatannya itu. Indah kisahnya.
“Assalamualaikum, saya dah keluarkan Encik Nazari dari grup ini. Ada perkara yang perlu kita bincang, memandangkan basikal elektrik seperti yang dihajatkan melebihi bajet yang ada, kita patut fikirkan hadiah gantian.” Tiba-tiba Ustaz Mior hantar mesej.
Seisi grup jabatan kecoh petang itu. Tak cukup? Berapa banyak lagi yang kurang? Alahai! Bukan kah memang itu lah yang dihajatkan sangat Encik Nazari yang kami panggil Pakcik?
“Apa kata kita cukupkan bajet yang ada. Kita belikan jugalah apa yang dihajatkannya tu. Duit boleh cari.” Dr Salwa keluarkan cadangan dan disokong Ustaz Khir Johari.
Petang itu sebulat suara diputuskan, kami akan cukupkan juga tabungan. Yang penting kami mahu Pakcik gembira.
Apa sangatlah difikirkan dana sedangkan beliau insan istimewa di hati kami. Beliau sudah seperti abang, bapa dan keluarga sendiri.
“Saya nak tegur sikit, saya tak berapa setuju dipanggil Pakcik. Ini pejabat, semuanya perlu rasmi,” beliau pernah bersuara.
Ada kami kisah? Ishhh… tak mampu kami nak tahan diri, tetap juga panggil beliau dengan gelaran Pakcik. Kerana apa? Kerana beliau bukan lagi kami anggap orang luar. Beliaulah keluarga Jabatan Pengajian Am.
Dari semalam suasana sibuk dengan persiapan majlis. Yang menghias buat kerja menghias, yang uruskan hadiah teruskan dengan tugasan masing-masing. Yang penting majlis hari ini perlu meriah.
Alhamdulillah majlis hari ini berjalan meriah dan penuh suasana kekeluargaan. Menepati peraturan, S.O.P tetap dipastikan terjaga.
Masing-masing sebenarnya teruja. Ada kejutan yang sudah kami rancangkan untuk Pakcik yang kami kasihi.
Ucapan demi ucapan kami hayati. Air mata, gelak ketawa bersilih-ganti. Hati sebenarnya berat nak melepaskan tetapi perpisahan ini perlu juga kami relakan.
Sampailah kepada penyampaian hadiah. Hati kami semakin teruja. Pasti Pakcik ternanti-nanti “wishlist” yang beliau dah sebutkan awal-awal semasa ditanya dulu.
“Macamana Encik Nazari? Gembira ke setakat ini?” Emcee sengaja memancing emosi.
“Encik Nazari, kami mohon maaf, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kami tidak dapat tunaikan permintaan Encik Nazari. Kami tak dapat belikan basikal elektrik yang dihajatkan,” sebagai emcee, Lam Kok Wei terus-terusan menguji.
Beliau masih berona gembira biarpun barangkali jauh dalam hati ada rasa yang hadir. Beliau hajatkan sangat basikal elektrik itu. Katanya untuk berulang ke masjid tiap waktu sembahyang.
Tiba-tiba pintu utama dibuka. Kami tidak mampu tahan rasa melihat reaksi Encik @ Pakcik Nazari kala menyedari apa yang dihajatinya sudah berada di depan mata.
Mahal, sungguh mahal melihat airmata yang tumpah dari kolam matanya tengah hari tadi.
Encik Nazari,
Segala jasa dan bantuan Pakcik takkan mampu kami balas
Segala gurauan dan teguran Pakcik kami simpan jadi panduan
Semua memori di hati kami kekal berbekas
Kami simpan indahnya kenangan
Selamat Bersara Encik Mohd Nazari bin Basiran
Semoga Allah selalu rahmati Pakcik
Semoga Pakcik terus menyebar manfaat buat umat
Ernie Zakri meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar. Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu selepas mula rapat ketika menyertai program realiti, Duo Star, pada 2017.
Pada tanggal 26 Mac pasangan penyanyi Ernie dan Syamel telah selamat diijabkabulkan. Dengan hanya sekali lafaz, keduanya telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Sejarah dalam hidup pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Pengantin lelaki iaitu Syamel menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 20 ahli keluarga terdekat bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sejurus selepas bergelar isteri, Ernie meluahkan rasa syukur dan memohon orang ramai mendoakan agar fasa baharu dalam kehidupannya itu dipermudahkan.
Malah menerusi laman Instagram milikinya, Ernie juga berkongsi sepotong doa sebaik sahaja sah bergelar isteri.
“Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Amin Ya Rabbal Alamin,” kongsinya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Rumah kena pecah masuk waktu penghuni tidur, sungguh licik perbuatan pencuri ini apabila dia mampu mencuri di taman perumahan S2 Heights tanpa orang rumah sedar.