’Inisiatif Ringankan Beban MakAyah’ 20 Sekolah Terima Sumbangan 50,000 Pelitup Muka
Sesi bergambar selepas selesai Majlis Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Sumbangan Pelitup Muka.

Prihatin dengan murid-murid kurang berkemampuan, Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya memberi sumbangan sebanyak 50,000 pelitup muka kepada anak-anak ini di 20 buah sekolah di Daerah Petaling Perdana.

Sumbangan disampaikan Yang DiPertuan PEWANI, Datin Rahiman Abdul Rahman bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.

Rahimah berkata, sumbangan itu membuktikan PEWANI mengambil berat dan prihatin terhadap murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid -19 sejak sekolah mula dibuka pada 1 Mac lalu.

Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial PEWANI dalam membantu murid sekolah patuh kepada prosedur operasi standart (SOP) dalam mendepani pandemik Covid-19.

Sumbangan Pelitup Muka Terus Digiatkan

Sebagai sebuah persatuan wanita yang bergerak aktif dalam menjayakan pelbagai program pembangunan diri dan kebajikan kepada kakitangan wanita UiTM, kita juga turut bersama-sama memanjangkan keprihatinan kepada komuniti terutamanya murid di sekolah-sekolah berhampiran UiTM.

“Keperluan kepada murid terus diberi perhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan murid dapat melalui proses persekolahan dengan lancar dan selamat.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini dan berharap warga UiTM menjadikan platform sumbangan ini untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

“Projek kesukarelawanan sumbangan pelitup muka ini akan terus digiatkan dari semasa ke semasa dan digerakkan oleh pasukan ahli PEWANI seumur hidup yang sentiasa siap siaga mengumpulkan dana sumbangan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan dan melancarkan Program Khidmat Komuniti Pewani : Kembali Ke Sekolah di Dewan Seminar Kesatria, Pusat Kokurikulum UiTM di sini.

Sumbangan Ini Inisiatif Ringankan Beban Mak Ayah

’Inisiatif Ringankan Beban MakAyah’ 20 Sekolah Terima Sumbangan 50,000 Pelitup Muka
Mohd Shahrom (kanan) menerima sumbangan dari Rahimah (kiri) di UiTM.

Hadir sama Timbalan Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Wan Fauziah Abdullah dan Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Mohd Shahrom Talhah.

Sementara itu, Fauziah berkata pihak Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa berbesar hati dan menerima pelbagai bentuk sumbangan sejak sekolah mula beroperasi.

Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban ibu bapa dari berbelanja dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan kendiri.”

Mohd Shahrom Talhah menjelaskan, pihak sekolah amat berbesar hati kerana terpilih dalam sesi simbolik penyerahan sumbangan yang bakal diberikan yang bakal diagihkan kepada murid yang kurang berkemampuan.

Sumbangan ini memberi makna yang sangat siknifikan kepada warga sekolah, selain dapat meyakinkan para ibu bapa murid-murid selamat ke sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan terutama dengan pematuhan pemakaian pelitup muka,” jelasnya.

Semua pelitup muka akan mula diagihkan ke 20 buah sekolah secara berperingkat dan akan diperluaskan lagi sumbangan ke sekolah-sekolah yang terpilih dengan kerjasam Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

Pelitup muka hygiene case pertama, suci lagi bersih tahan 8 jam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI