Bakat anak seni yang ada pada MK bukan sahaja sebagai penghibur malah juga penyanyi ini menjadi idola kepada generasi masa kini.

Dek kerana popularitinya juga MK turut terpanggil untuk memberi semangat dan dorongan buat pelajar-pelajar yang sedang menduduki kertas SPM pada waktu ini.

Bukan Sekadar Penghibur, MK Idola Generasi Masa Kini

Selepas pelakon Mira Filzah, penyanyi rap sensasi kumpulan K- Clique, MK, 24, pula dipilih memikul tanggungjawab sebagai duta pusat tuisyen.

Penyanyi dari Sabah itu mengiyakan perkara berkenaan seiring dengan video yang dikongsinya baru baru ini di laman Instagram mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 22 Februari lalu.

IKLAN

Amanah Murni

Kata pemilik nama penuh Muhammad Hairi Amin itu, dia percaya tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.

"Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.

IKLAN

"Saya 'dirisik' pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.

"Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini," katanya.

Duta Pusat Tuisyen

IKLAN

MK berkata, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi PTTI hujung tahun lalu.

"Cuma dalam hati saya terdetik kenapa pihak pusat akademi berkenan menyunting saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding diri sendiri.

"Namun rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi amanah yang digalas ini akan saya sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatkan pusat akademi ini dengan generasi masa kini yakni pelajar SPM," katanya yang turut dipilih sebagai duta dek kerana aura, personaliti dan pengaruh dimilikinya.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI