Kredit foto: myMetro

Bukan kaleng-kaleng, seorang pemuda berasal dari Palembang, Indonesia mengambil keputusan untuk bernikah dengan dua wanita serentak dalam sebuah majlis.

Majlis kelihatan meriah dengan pengantin perempuannya memakai baju sedondon dalam persalinan tradisional Sumatera.

Pemuda yang menikah dua wanita serentak atau pengantin lelaki kelihatan malu-malu bila gambar dirakam kerana tetamu yang hadir asyik memandang gerak-geri pengantin.

Pemuda Nikah Dua Wanita Serentak

Di Palembang, Indonesia, pengguna media sosial di Indonesia kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak.

Kali ini, ia berlaku di kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan pada tarikh 26 Disember.

Menerusi gambar dan video tersebar, kelihatan pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan diapit dua pengantin wanita yang masing-masing bernama Anggun dan Popy Anggraini.

Ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan.

IKLAN

Baca Juga Di sini: 

Isteri Kurang Bergaya Alasan Suami Nak Kahwin Dua

“Jangan Takut Isteri, Kita Yang Beli Beras”! Matanglah Suami Bila Sudah Berkahwin

DUA Isteri Tinggal Serumah, Saling Memahami & Membantu Sewaktu Hadapi PKP

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

IKLAN

Pengantin Lelaki ‘Malu-malu” Bila Gambar Dirakam

Anggun dan Popy Anggraini dilihat tersenyum manakala suami mereka, Suwan kelihatan agak malu-malu ketika gambar mereka dirakamkan.

Keluarga Suwan, Okta ketika dihubungi mengesahkan perkahwinan itu.

“Benar, majlis pernikahan itu berlangsung semalam dan kisah mereka sudah tular.

“Pengantin lelaki itu jiran saya dan kami ada ikatan keluarga,” katanya.

IKLAN

Menurut Okta, majlis pernikahan bermula jam 9 pagi dan diadakan di rumah Suwan .

Ramai Hadir Memberi Sokongan

“Memang ramai hadir menyaksikan mereka disatukan,” katanya.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan apabila tetamu sentiasa memerhatikan gerak-geri pengantin.

Bagaimanapun, kedua mempelai juga dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka.

MW: Salute pada wanita yang mampu berkongsi ini, apa lagi disatukan serta disandingkan dalam sebuah majlis. Semoga ikatan pernikahan ini kekal bahagia ke anak cucu. Insyallah.

Sumber: myMetro/ Agensi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI