Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook milik pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini, dirinya berasa sebak apabila menziarahi sebuah keluarga yang baru saja peluk Islam.

Malah lebih terharu kerana kedatangannya disambut baik keluarga itu, malah mereka memang berhajat untuk memeluk Islam.

Ustaz Ebit Sebak 7 Sekeluarga Mengucap Syahadah

“Sebak sayu ziarah sekeluarga Cina peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah,” kongsi Ustaz Ebit.

Seperti mana hantaran di Facebook, Ustaz Ebit turut menyatakan anak-anak pasangan peniaga cina tersebut begitu teruja melihat kehadirannya.

“Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang disitu. Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook.

“Mereka selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang.

“Berilah Saya Nasihat, Saya Nak Jadi Macam Ustaz”

IKLAN

“Malah salah seorang anak pasangan tersebut yang berusia, 11 tahun berkata kepada saya, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz.

“Nak jadi hero. Doakan saya yer. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

“Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang 7 tahun semua pandai kira. Saya beli buah.

“Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini,” puji Ustaz Ebit.

Baca Disini Juga: 

Ini Jawapan Ebit Lew Kenapa Ramai Wanita Mudah Stress Sampai Tahap Alami Kemurungan!

IKLAN

Ustaz Ebit Sebak “RIDER” Sukarela Hantar Makanan, Bantuan Terus Sampai Pintu

Food Bank “Mereka Yang Benar Perlu Boleh Ambil Sahaja. Free Jer” Ustaz Ebit Lew

Doakan Perniagaan Buah Pasangan Ini Maju

Ustaz Ebit juga mendoakan agar kehidupan pasangan ini diberkati dan perniagaan yang mereka jalankan bertambah maju.

“Terima kaseh Ustaz Hafiz Ng, Jabatan Agama Perak dan AJK Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kaseh Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu.

“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal.

IKLAN

“Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat.

“Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” doa Ustaz Ebit buat pasangan ini sekeluarga.

Ustaz Ebit menghadiahkan anak-anak pasangan ini basikal.

“Mulia Sungguh Hati Ustaz” Komen Warganet

Perkongsian tersebut turut mendapat komen yang positif dari pengikut Facebook Ustaz Ebit. Malah ramai yang mendoakan agar Ustaz Ebit dimurahkan rezeki dan memuji kemuliaan hati pendakwah ini.

Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita