Ibu Tunggal cukup kental itulah semangat yang ada pada penyanyi ini. Wanita ini juga berdepan pelbagai ujian dan kesukaran hidup sepanjang 2020, dia yang kini kembali membuat penampilan semula dalam industri muzik, Ashira Aziz, mengharapkan sinar baharu untuk tahun 2021.
Wanita ini juga turut bersyukur diberikan peluang kedua dalam bidang seni selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Ibu Tunggal Cukup Kental, Ashira Usaha Dapatkan Sebuah Rumah
Sebagai permulaan, kata ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, dia kini dalam usaha mendapatkan sebuah rumah selepas beberapa bulan menumpang di rumah kakaknya dan terpisah dengan anak.
“Mungkin ramai dah tahu, sebelum menyertai GV7, saya kena keluar dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan bayaran sehingga menyebabkan saya dan anak terpaksa tinggal berasingan buat sementara. Jadi sekarang saya dalam usaha cari rumah untuk kami berdua dan kembali hidup macam dulu.
“Doakan agar usaha itu dipermudahkan dan setelah semuanya selesai barulah senang untuk saya menumpukan perhatian kepada kerjaya seni serta segala perancangan lain selepas itu,” ceritanya.
Bersama anak kesayangan.
Banyak Perancangan Seni 2021
Menghitung hari menunggu detik tahun baharu menebar salam, Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 34, berkata, banyak perancangan seninya diatur pada tahun hadapan.
“Alhamdulillah bersyukur sangat dengan rezeki Allah bagi menerusi GV7 dan tentunya saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.
“Saya tidak mahu kembali kepada kehidupan sukar yang pernah dilalui sebelum ini dan berharap agar ada sinar baharu menanti.
Ads
“Jujurnya saya tidak sabar menantikan tahun 2021 kerana mahu memulakan kembali kerjaya dan membina hidup lebih baik bersama anak,” katanya.
Sedia Cuba Bidang Lakonan
Ashira yang cukup manis juga menyatakan dia turut bersedia mencuba bidang baharu termasuk lakonan jika diberikan peluang mengembangkan bakatnya.
“Kalau ikutkan saya tidak minat berlakon, tetapi ramai yang menggalakkan saya mencuba bidang lakonan kerana percaya saya ada bakat berlakon.
“InsyaAllah jika ada tawaran, saya sedia mempertimbangkannya dan bagi peluang kepada diri sendiri untuk buat benda baharu,” luahnya.
“Setelah sekian lama hidup jauh daripada perhatian orang, sekarang saya kembali berdepan dengan situasi tersebut yang tentunya menuntut saya untuk lebih kental.
“Berbanding dulu, saya kini lebih matang untuk melalui perkara-perkara seumpama ini, cuma apa yang menakutkan, netizen sekarang jauh lebih ‘berani’ berbanding dulu.
“Memang boleh terduduklah, bila mereka dah mula menyerang kerana pendekatan yang digunakan kadang-kadang agak melampau dan tidak masuk akal.
“Perkara kecil pun boleh jadi besar sehingga dikaitkan dengan keluarga dan maruah diri semua.
“Apa pun, setakat ini saya selebih selesa untuk tidak membaca atau mengambil tahu kecaman-kecaman yang dilontarkan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja,” ungkapnya.
Pemilik nama sebenar Sabrina Ali Dad Khan yang sudah tujuh tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan memilih Wanji Aswandi sebagai suami.
Pernikahan pasangan ini melenyapkan gosip hubungannya dengan Saiful Apek. Sabrina Ali dan suaminya, Wanji Aswandi, kedua-duanya sebelum ini pernah melalui kegagalan rumah tangga, Wanji merupakan seorang duda sejak sembilan tahun lalu.
Menerusi perkahwinan pertama, Sabrina dikurniakan cahaya mata perempuan, Ariyana, 13. Dua lagi cahaya mata, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan, 7, pula menerusi perkahwinan kedua.
Anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu.
“Kami mula kenal sejak Ogos lalu. Daripada status kawan ke teman rapat. Barangkali, mungkin disebabkan pernah berkahwin, jadi kami pantas mencipta keserasian dan memahami antara satu sama lain.
“Suami juga berdarah seni seperti saya. Dia bergelar pengarah aksi, penyanyi, pelakon, guru silat, penulis skrip dan buku.
“Kami pernah gagal dalam perkahwinan, sebelum ini. Semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Difahamkan juga majlis pernikahan tersebut telah berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 50 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.
“Saya dan suami merancang mengadakan majlis resepsi, tahun depan sebelum bulan Ramadan. Tetapi, semuanya bergantung dengan situasi pandemik COVID-19
“Cukuplah, orang tahu saya sudah sah bernikah. Butiran lain seperti mas kahwin, wang dan dulang hantaran, saya memilih untuk tidak mendedahkannya,” kongsinya.
Cuti panjang makin dekat, bermakna sudah sampai masa untuk anda fikirkan hadiah istimewa untuk tersayang. Mengapa tidak belikan saja telefon pintar terbaik untuknya? Ini kerana, syarikat-syarikat pengeluar terbesar telefon pintar sudah pun memasarkan produk terkini mereka di Malaysia.
Tentunya HUAWEI Mate40 Pro ini merupakan penciptaan paling hebat dalam sejarah HUAWEI. Dilengkapi dengan ciri-ciri mengagumkan dan menjangkaui inovasi. Baik dalam terma fotografi mahupun berkaitan ciri-ciri kerjanya mahupun fungsinya yang menepati kehendak di zaman moden ini.
Ini enam alasan yang menjadikan HUAWEI Mate40 Pro sebagai hadiah terbaik untuk tahun 2020 berbanding jenama telefon pintar flagship di pasaran.
HUAWEI Mate40 Pro hadir dengan rekaan menawan malah dilengkapi skrin Horizon Display ultra lengkung 88 darjah pada bahagian tepi. Sebagai sebuah telefon pintar flagship, HUAWEI Mate40 Pro mempunyai karakteristik premium yang cukup ekslusif.
Sebagai perbandingan, iPhone 12 Pro mempunyai bingkai aluminium yang digilap dan menyamai reka bentuk tepi rata, sangat mirip dengan reka bentuk yang diperkenalkan Apple dengan iPhone 4. Dengan kata lain, ia adalah reka bentuk lama.
HUAWEI Mate40 Pro dilengkapi dengan Ultra Vision Cine Camera, membolehkan telefon pintar ini menghasilkan foto dan video yang jelas. Terdapat sensor yang besar dalam HUAWEI Mate 40 Pro menjadikannya cekap menangkap maklumat cahaya berbanding kebanyakan kamera telefon pintar di pasaran, seperti iPhone 12 Pro.
Telefon pintar ini juga terbaik untuk vlog baru anda kerana kamera depan HUAWEI Mate40 Pro ni menyokong ciri menarik terbaik seperti video 4K, rakaman pandangan ultra lebar, video pandangan dua depan dan belakang dan slow motion velfies.
Buat vlogger, ini adalah khabar baik buat anda! Anda hanya perlu gunakan ciri Story Creator HUAWEI Mate40 Pro dan sokongan produk HUAWEI Ecosystem untuk hasilkan karya yang kreatif.
HUAWEI Mate40 Pro ini didatangkan dengan perkakasan bateri pengecasan 66W pengecasan pantas dengan kabel yang melengkapinya. Berbanding iPhone 12 Pro yang menyediakan kabel USB Type C to lightning. Menjadikan kerja-kerja pengecasan lebih sukar untuk mereka yang tidak mempunyai pengecas USB Type C.
Telefon pintar flagship ini juga dilengkapi dengan bateri 4,400mAh. Berbanding iPhone 12 Pro cuma menyediakan bateri 2,815mAH. Berdasarkan dua perbandingan ini, jelas HUAWEI Mate40 Pro menawarkan bateri yang lebih tahan lama.
HUAWEI Mate40 Pro ini juga menyokong unlock wajah 3D dan dilengkapi dengan ciri membaca cap jari pada skrin. Menjadikannya telefon yang mampu menyelesaikan pengesahan biometrik berganda. Membolehkan anda membuka kunci peranti dengan selamat dan mahupun ketika membuat pembayaran mudah alih.
Sedangkan iPhone 12 Pro, Face ID adalah satu-satunya bentuk pengesahan biometrik. Pengecaman wajah mungkin teknologi yang bari, tetapi dengan menampilkan ciri yang lebih banyak pilihan itu bukankah lebih baik lagi?
HUAWEI Mate40 Pro membolehkan anda menerokai pengalaman penggunaan yang interaktif dengan tampilan inovasi terkini EMUI 11 yang merangkumi AI Smart Gesture serba baru, Eyes on Display, kolaborasi Multi Screen dan banyak lagi.
EMUI 11 ini menyokong kolaborasi pelbagai skrin, membolehkan anda mempercepatkan kerja-kerja memindahkan fail dengan mudah menerusi HUAWEI MateBook 14.
Walaupun Apple telah mempelbagaikan produknya dengan pelbagai fungsi namun belum mampu menyamai pelbagai fungsi kerja yang HUAWEI lakukan.
HUAWEI Mobile Service, perkhidmatannya telah meningkat dengan pesat sejak beberapa tahun lalu. Sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup pengguna aplikasi pintar. Justeru, apa saja yang dimiliki oleh Google, HUAWEI juga memilikinya. Malah, dalam beberapa kes, HUAWEI mampu buat lebih baik lagi. Misalnya, menawarkan pengalaman dan ganjaran lebih baik kepada penggunanya.
Baru-baru ini HUAWEI melancarkan pekhidmatan pembayaran mudah alih, HUAWEI Pay. Pengguna dapat melakukan transaksi selamat dan terjamin dengan hanya satu sentuhan pada telefon pintar HUAWEI.
Anda hanya perlu memasukkan kad kredit ICBC UnionPay anda. Kad debit dari bank utama, kad prabayar & e-dompet akan tersedia di HUAWEI Pay tidak lama lagi.
Malah, selain HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay, terdapat juga aplikasi baru seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs! Bagi pengguna HUAWEI Mate40 Pro, mereka juga layak mendapatkan tambahan Penyimpanan Awan Mudah Alih HUAWEI 50GB percuma selama 12 bulan, Akses VIP Video HUAWEI 3 Bulan, baucar RM40 untuk Buku HUAWEI dan banyak lagi.
HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh ini ditawarkan pada harga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI sound X bernilai RM1,299.
Pemegang kad Hong Leong Bank boleh membuat pembelian menerusi EPP dan menerusi pelan ansuran, nikmati 0% faedah dengan pembayaran minimun RM500 selama 6 bulan dan RM1000 selama setahun.
Lihat langkah-langkah untuk menebus HUAWEI Sound X baru :
a) Beli satu (1) unit HUAWEI Mate40 Pro dari HUAWEI Brand Store, HUAWEI Operator Store atau HUAWEI Store Online (https://shop.HUAWEI.com/my) di Malaysia;
b) Muat turun aplikasi mudah alih HUAWEI Member Center dari HUAWEI AppGallery ke HUAWEI Mate40 Pro yang dibeli;
c) Lengkapkan borang pendaftaran di halaman Kempen di HUAWEI Member Center dengan butiran yang diperlukan dari 18 Disember 2020 dan 20 Disember 2020.
Seribu (1,000) peserta pertama yang melengkapkan semua langkah di atas akan memenangi satu (1) unit HUAWEI Sound X bernilai RM1,299. Selain hadiah HUAWEI Sound X, pengguna juga boleh menikmati hadiah lain di HUAWEI Member Center.
Selain HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI menawarkan pelbagai produk menarik untuk direbut. Termasuklah HUAWEI Y7a, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MatePad T10s.
Di samping itu, memperkenalkan anda semua HUAWEI Y7a yang merupakan satu-satunya fon pintar di Malaysia yang menyokong 22.5W SuperCharge sekarang. Fon pintar ini berharga hanya RM799 je!
HUAWEI juga melaksanakan kempen Better Together bermula sekarang sehingga 3 Januari 2021. Pelanggan HUAWEI yang bertuah berpeluang menangi hadiah bernilai sehingga RM300,000, di mana SATU pemenang bertuah dapat membawa pulang sebuah Proton baru!
Nikmati pelan ansuran HUAWEI Better Together serendah RM 4.65 / hari dan anda boleh memilih pakej mengikut personaliti OR atau pilihan sendiri. Dapatkan maklumat lanjut di pautan ini : https://huaweitogether2020.3ex.com.my/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook milik pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini, dirinya berasa sebak apabila menziarahi sebuah keluarga yang baru saja peluk Islam.
Malah lebih terharu kerana kedatangannya disambut baik keluarga itu, malah mereka memang berhajat untuk memeluk Islam.
“Sebak sayu ziarah sekeluarga Cina peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah,” kongsi Ustaz Ebit.
Seperti mana hantaran di Facebook, Ustaz Ebit turut menyatakan anak-anak pasangan peniaga cina tersebut begitu teruja melihat kehadirannya.
“Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang disitu. Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook.
“Mereka selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang.
“Malah salah seorang anak pasangan tersebut yang berusia, 11 tahun berkata kepada saya, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz.
“Nak jadi hero. Doakan saya yer. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.
“Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang 7 tahun semua pandai kira. Saya beli buah.
“Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini,” puji Ustaz Ebit.
Ustaz Ebit juga mendoakan agar kehidupan pasangan ini diberkati dan perniagaan yang mereka jalankan bertambah maju.
“Terima kaseh Ustaz Hafiz Ng, Jabatan Agama Perak dan AJK Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kaseh Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu.
“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal.
“Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat.
“Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” doa Ustaz Ebit buat pasangan ini sekeluarga.
Perkongsian tersebut turut mendapat komen yang positif dari pengikut Facebook Ustaz Ebit. Malah ramai yang mendoakan agar Ustaz Ebit dimurahkan rezeki dan memuji kemuliaan hati pendakwah ini.