Umum telah mengetahui, permohonan i-Sinar telah dibuka mulai hari ini. Oleh itu mak, ayah yang ingin membuat permohonan pohon ikut kategori kriteria kelayakan.
Permohonan i-Sinar Dibuka Bermula Hari Ini
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan permohonan i-Sinar dalam talian dibuka bermula hari ini.
Bagi tujuan itu, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.
Bagi kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Pohon Ikut Kategori Kriteria Kelayakan
Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan, kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan dan ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Ads
.
Status Permohonan Dalam Masa 2-3 Minggu
Tambah KWSP, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Dalam pada itu, KWSP berkata jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran Akan Dibuat Secara Berperingkat
Ads
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Sehubungan itu, ahli KWSP digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif.
Seramai lapan juta ahli KWSP layak memohon i-Sinar.
MW: Diharap mak ayah yang terjejas akan diluluskan permohonan KWSP. Sekurang-kurangnya beban yang ditanggung dapat dikurangkan dalam situasi pendemik sebegini.
Hari konvokesyen pastinya menjadi detik bersejarah dan menjadi saat paling bermakna apabila diraikan bersama mak ayah tersayang. Namun impian seorang anak untuk meraikan hari istimewa ini bersama keluarganya tidak kesampaian apabila bapanya meninggal dunia sebelum majlis berlangsung.
Hari yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga bertukar menjadi duka apabila ayah kepada seorang graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini meninggal dunia pada jam 1 pagi semalam, kira-kira 6 jam sebelum majlis graduasinya berlangsung.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), graduan yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, memaklumkan bapanya Mokhtar Mat Isa berusia 65 tahun jatuh di sebuah inap desa di Teluk Ketapak, Terengganu, pada awal pagi semalam disebabkan mengalami serangan jantung.
“Melihat keadaan ayah semakin teruk, saya terus membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menaiki kereta, namun sampai sahaja di hospital ayah disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Dewan Al Muktafi Billah Shah.
Gagahkan Diri Terima Skrol Ijazah
Meskipun masih berduka dengan dugaan kehilangan insan tersayang, Muhammad Hafiz tetap menggagahkan dirinya untuk hadir menerima skrolnya di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-14 semalam, yang disampaikan oleh Pro Canselor UniSZA, YM Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian itu berkata, bapanya itu sangat teruja hadir untuk ke majlis konvokesyen tersebut kerana ia adalah pengalaman pertama untuk keluarga mereka.
Jenazah bapanya telah dibawa pulang ke kediaman mereka di Kampung Selayang Baru pada jam 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selayang Baru, hari ini.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat graduan ini atas kehilangan ayah tersayang ini. Semoga keluaraga ini diberi kekuatan dan kesabaran tinggi dalam menghadapi ujian ini. Al Fatihah
Aidiladha ini pastinya paling meriah buat keluarga pelakon dan selebriti Fizz Fairuz.
Niatnya mahu memiliki tujuh cahaya mata, pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 41, akan menumbangkan tujuh lembu untuk ibadat korban sempena Aidiladha, tahun ini.
Sembelih 7 Lembu
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, tujuh lembu itu adalah simbolik pada niatnya dan berharap Allah akan mengurniakan hasratnya di sebalik pengorbanan dilakukan.
“Untuk Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana ibu berada di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga akan menyembelih tujuh lembu.
“Alhamdulillah, paling meriah tahun ini. Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh cahaya mata, itulah nazar saya.
“Ibu saya mempunyai sembilan anak, tetapi saya mahukan tujuh. Insya-Allah,” katanya
Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, termasuk seorang anak angkat.
Pengorbanan Isteri Beri Makna Besar
Menyingkap erti pengorbanan dalam kehidupan sehariannya, Fizz menyifatkan pengorbanan isterinya, Almy antara yang memberi makna besar dalam hidupnya.
“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak. Apa yang saya maksudkan adalah pengorbanan Almy pada anak.
“Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menuntut tanggungjawab sebagai ibu.
“Jujurnya, saya terharu melihat apa yang dikorbankan Almy selama ini. Kalau duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana Almy berkorban setiap hari.
“Banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan media filem Sue-On, malam kelmarin.
“Setelah 3 Hari Mencari Gambar Nampak Sedikit Kurus Akhirnnya Jumpa”. Lucu dan bersahaja kapsyen terakhir ayat daripada Haris Ismail,27 yang merupakan suami kepada Neelofa,34 ini. Meskipun hari lahir isteri tersayang Hajjah Noor Neelofa Mohd Noor,34 ada 10 Februari lepas, namun selepas 3 hari, baru berkesempatan berkongsi doa dan ucapan di media sosial.
Secara berseloroh, Haris mengatakan kelewatan berkongsi ucapan dan doa di media sosial tersebut berpunca daripada tiada ‘gambar kurus’ yang sesuai untuk dikongsikan. Malah sedang meniti bahagia dalam kehidupan.
“Setelah 3 hari mencari gambar yang nampk sedikit kurus akhirnnya jumpa Alhamdullillah. Sekarang pun bukannya gemuk cuma bahagia”
Berikut antara ucapan dan doa sempena ditujukan khas buat isteri tersayang yang dikongsikan;
Selamat Hari lahir buat isteri solehahku. Semoga hari Jadi pada kali ini lebih bermakna dalam hidupmu dengan doa orang orang soleh solehah sekelilingmu inn sha Allah dihidupkan dirimu dengan kehidupan yang baik.
Terima kasih kerana menjadi ibu yang penyayang Pada Muhammad Bilal & isteri yang baik pada diriku.Moga Allah kurnia جنة untukmu.Sungguh dirimu adalah antara insan yang hebat pernah kukenali.
Akhir kata agar Allah kurniakan affiyyah dalam kehidupanmu dan terus menjadi wanita yang menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.
Penuh bermakna ucapan dan doa Haris buat Neelofa ini. Sungguh bermakna dan rasa segala pengorbanan dihargai sebagai isteri.
Ramai yang turut mengucapkan Hari Lahir dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini.
Terdahulu, Neelofa ada kongsikan rasa begitu terharu apabila suami tercinta menghadiahkan seutas gelang tangan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 baru-baru ini.
Pasangan Usahawan dan selebriti berjaya, Haris dan Neelofa mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021. Mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, 1.
Mingguan Wanita: Semoga segala doa dan ucapan Haris buat isteri tersayang ini di makbulkan tuhan. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna bagi seorang isteri apabila mendapat doa dan redha daripada suaminya sendiri.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...