Tahun 2020 adalah tahun yang cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Semua sedia maklum tentang pandemik covid 19 yang menjejaskan semua golongan. Keadaan ini termasuklah dalam kesusahan untuk mendapatkan bantuan makanan. Namun, Hidup mesti diteruskan walau apa jua cara dan mungkin ada yang tidak bernasib baik kerana masalah ini.

Dek kerana ini jugalah ada yang tidak bernasib baik dan menempuh ujian dengan tiada pendapatan seperti sedia kala. Asbab itulah ada yang terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarga.

Sehubungan dengan itu, dalam membantu mengurangkan beban mereka, banyak badan kebajikan yang sudi menganjurkan aktivti CSR demi membantu golongan yang terjejas khususnya.

Antara salah satu inisiatif yang diambil oleh beberapa badan kebajikan bersama Community Transformation Initiative Berhad (CTI) telah berjaya membantu golongan yang memerlukan bekalan makanan.

Bantuan Makanan, Cari Peluang Penuhi Keperluan Pemakanan

CTI adalah NGO yang menerajui perlaksanaan utama projek ini yang berkolaborasi dengan beberapa pihak. Ia mencari peluang untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung dan bayi untuk 1000 hari pertama terutamanya semasa pandemik covid 19.

Secara umumnya, bantuan makanan dihulurkan kepada NGO kepada komuniti yang memerlukan adalah barangan makanan tetapi tidaklah mengandungi buah-buahan segar, sayuran dan sumber protein seperti daging, ikan dan telur. Malah, kebanyakan makanan yang disumbangkan adalah makanan kering seperti kentang  dan bawang yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Sehubungan dengan itu, Puan Clara Wan, pengasas Graze Market, sebuah syarikat keusahawanan sosial yang berusaha untuk menyelamatkan sayuran daripada pembaziran telah memberi cadangan kepada CTI yang merupakan pengedar PRUkasih (sebuah rancangan Perlindungan Pendapatan CSR oleh Prudence Foundation) untuk memohon dana ini.

Dari situlah, Pejabat perhubungan Komuniti International Dietetik dan Pemakanan IMU untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. Seramai 2 pensyarah dan 5 pelajar tahun akhir dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pemakanan telah terlibat dalam penyampaian bengkel pemakanan (atas talian) dan bengkel pemakanan dan cara masakan sihat di facebook Live baru-baru ini.

Ibu Mengandung Dan Bayi Antara Terpilih Mendapat Bantuan Makanan, Inisiatif CTI Dan Badan KebajikanBengkel Nutrisi, peserta membuat perbincangan berkumpulan.

Kriteria Kawasan Terpilih

Peranan CTI di sini adalah sebagai pelaksana projek utama dan bertanggungjawab untuk mengambil masuk keluarga yang memerlukan dan memenuhi kriteria, mendapatkan statistik kesihatan pra dan post program melalui ukuran dan mendirikan komuniti Whatsapp dan facebook dalam menyediakan ekosistem sokongan untuk pembelajaran dan sokongan antara satu sama lain.

Kami membuka permohonan kepada penduduk PPR Kota Damansara yang pernah mengikuti program kami sebelum ini.

Malah, penduduk berpendapatan rendah di komuniti PPR Kota Damansara menghadapi cabaran disebabkan kehilangan kerja dan pendapatan. Wang simpanan tidak banyak dan sudah digunakan semasa PKP.Semasa melawat mereka, di rumah untuk menilai keadaan keluarga itu, kami turut bertanyakan mereka siapa lagi yang mereka kenal untuk memenuhi kriteria kami (cara ‘snowballing’).Kami menyenarai pendek berdasarkan kriteria berikut:

  1. Mengandung
  2. Bayi bawah 1 tahun
  3. Bayi bawah 2 tahun
  4. Status ekonpmi (pemohon dengan pendapatan sekeluarga yang rendah akan dipertimbangkan dahulu).
  5. Tindakbalas kepada aktiviti kami (kami keluarkan nama jika mereka tidak menjawab telefon/whatsapp/ tiada di rumah setiap kali kami melawati mereka).

 Sumbangan Yang Diberikan

Makanan basah diberi setiap minggu selama 12 minggu. Nilai makanan basah adalah antara RM65 hingga RM75 setiap minggu. Sementara itu, makanan kering dibekalkan sekali setiap bulan untuk 3 bulan yang bernilai RM120 setiap bulan.

Ibu Mengandung Dan Bayi Antara Terpilih Mendapat Bantuan Makanan, Inisiatif CTI Dan Badan Kebajikan
Makanan kering yang dibekalkan pada bulan September 2020.

 

Ibu Mengandung Dan Bayi Antara Terpilih Mendapat Bantuan Makanan, Inisiatif CTI Dan Badan Kebajikan
Bekalan makanan basah pada bulan Disember 2020.

Malahan, sekiranya terdapat sumbangan daripada pihak lain seperti tepung susu tumbesaran dan pelitup muka juga akan diberi kepada peserta.

Selain daripada sumbangan itu, bengkel pemakanan oleh IMU dan pengwujudan ekosistem sokongan untuk memastikan setiap peserta memahami kepentingan pemakanan yang diperlukan dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan seorang bayi serta cara penyediaan makanan yang sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan kanak-kanak.

 Sukarelawan Terlibat

Dari bulan Ogos hingga November 2020, seramai 65 sukarelawan dari International Medical University (IMU), Eastspring Investments Berhad, Graze Market dan gereja setempat telah terlibat dalam program ini.

Ibu Mengandung Dan Bayi Antara Terpilih Mendapat Bantuan Makanan, Inisiatif CTI Dan Badan Kebajikan
Sukarelawan dari IMU
Ibu Mengandung Dan Bayi Antara Terpilih Mendapat Bantuan Makanan, Inisiatif CTI Dan Badan Kebajikan
Sukarelawan dari Eastspring Investments Berhad, Graze Market, CTI dan gereja tempatan semasa penghantaran makanan kering bulan September 2020.
Ibu Mengandung Dan Bayi Antara Terpilih Mendapat Bantuan Makanan, Inisiatif CTI Dan Badan Kebajikan
Aktiviti kutipan makanan basah bersama Graze Market

Harapan Penganjur

Melalui projek ini, kami berharap dapat memulihkan 50 keluarga terpilih kepada tahap kesihatan yang lebih baik, membantu mereka mendapat akses untuk pemakanan yang diperlukan dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan pemakanan supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik mengenai pemakanan pada masa hadapan.

Kami juga berharap peserta dan keluarga mendapat manfaat daripada program ini dengan apa yang siberi termasuk bekalan makanan, pengetahuan pemakanan, kumpulan sokongan, ibu-ibu dan perkongsian pengalaman, pengetahuan dan resipi dari ahli kumpulan ini.

Peserta juga diharap dapat belajar ilmu pemakanan ibu mengandung dan bayi, cara makan dan masak yang sihat serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Dengan cara ini, kesihatan ibu dan bayi meningkat serta tabiat yang terbentuk akan memberi impak dalam jangka masa panjang untuk kehidupan mereka dan keluarga.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI