Tergamak membuang bayi tidak berdosa dalam beg plastik. Seorang wanita terkejut jumpa beg plastik di kebun, ingatkan mengandungi barang peribadi rupanya bayi tanpa pakaian.

Pada awalnya menyangka beg plastik mengandungi barang peribadi sahaja kerana ditinggalkan di bawah pokok sawit.

Beg Plastik Di Kebun Ingatkan Barang Peribadi

“Saya sangka beg plastik itu mengandungi barang peribadi, rupa-rupanya mayat bayi tanpa pakaian dan digumpal dengan kain telekung,” kata Rosnah Rusni, 47.

Guru sekolah rendah agama itu menyedari terdapat beg plastik berwarna biru di kebun sawit di belakang rumahnya di Kampung Tali Air 11, Pasir Panjang, di Sekinchan, Selangor.
Rosnah berkata, kejadian itu disedari ketika dia membuka pintu dapur kira-kira 8.30 pagi hari ini.

Rupanya Bayi Tanpa Pakaian

“Masa saya buka pintu (dapur), saya ternampak beg berwarna biru di bawah pokok sawit yang terletak kira-kira 10 meter dari pintu dapur.

“Curiga dengan beg itu, saya panggil anak lelaki untuk melihat isi kandungannya. Dia terkejut apabila menemui kain putih dengan kesan darah sebelum memanggil saya untuk melihat sendiri (isi kandungan),” katanya.

Menurut Rosnah, dia kehilangan kata-kata apabila menemui mayat bayi yang masih bertali pusat dan digumpal dengan kain telekung.

IKLAN

Baca Juga Di sini:

Diberi SUSU, Selepas Tiga Jam Tak Sedarkan DIRI, Bayi Meninggal Dalam Tidur

Bayi Tak Sempat Sentuh Ibu, Baru Dilahirkan Ibu Meninggal Akibat Covid-19

Menggeletar Lihat Bayi Tidak Bernyawa

“Seluruh badan saya menggigil dan menggeletar melihat bayi cukup sifat itu tidak bernyawa lagi.

IKLAN

“Dalam keadaan terkejut, saya segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian terbabit,” katanya yang menetap di kampung itu sejak 13 tahun lalu.

Katanya, dia yang berada di dalam rumah sepanjang masa tidak mendengar bunyi mencurigakan dan beranggapan perbuatan membuang mayat bayi terbabit kejam serta tidak berperikemanusiaan.

“Harap polis ambil tindakan tegas sewajarnya ke atas mereka yang melakukan perbuatan ini,” katanya.

IKLAN

Bayi Cukup Sifat Baru Dilahirkan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masih bersambung.

“Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia kurang daripada 24 jam berdasarkan keadaan darah yang belum kering.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.

MW: Sedih bila mengenangkan nasib bayi belum mengerti apa-apa, dibuang dan ditinggalkan begitu sahaja seperti tiada nilai.

Sumber: myMetro

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanitaa
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI