Diam tak diam, dah lima bulan ‘si comel kesayangan Malaysia’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bergelar kakak. Sekitar Julai lalu, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi melahirkan anak kedua, Umar Abdurrahman.
Setahun lalu, Ainul pernah diterbangkan ke London, United Kingdom (UK) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut. Sehingga hari ini, masih ramai yang mengikuti perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.
Perkongsian terbaru dari ibu Ainul begitu mencuit hati. Bila mana ibunya maklumkan yang Ainul dah semakin pandai beri respons dengan apa yang ibunya lakukan.
“Ainul sekarang dah pandai tutup telinga bila dengar mama dia membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!.” Terangnya dengan berkongsi dua keping gambar terbaru Ainul yang cantik mengenakan dress set dengan seluar.
Ads
Haa.. dah macam orang besar kan. Comel pun comel bila Ainul Mardhiah jadi kakak ni.
Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Makin Panjang Akalnya
Manakala bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak maklumkan anak sulungnya itu sudah semakin panjang akalnya.
“Alhamdulillah, semakin baik dan panjang akal dia sekarang. Tidur pun dah pukul 12 sekarang. Asyik nak main jer.”
Ads
Jika sebelum ini Ainul sendirian di rumah, sekarang Ainul dah ada kawan a.k.a adik lelaki untuk Ainul bermain sama-sama.
Dalam proses membesar ini, Ainul masih lagi menjalani terapi di pusat fisioterapi dekat Gym Academy. Kata ibunya, “Alhamdulillah Ainul pun sekarang dah pandai jalan, dan juga dah pandai bersosial dengan orang lain.
Ads
“Untuk ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang istimewa, jangan putus asa, sentiasa cari solusi untuk bantu anak-anak kita capai perkembangan mereka.”
MW : Semoga Ainul Mardhiah membesar dengan sihat dan ibu ayahnya diberikan kemudahan untuk membesarkan Ainul. Seterusnya, menyuntik inspirasi kepada ibu ayah lain yang diuji membesarkan anak-anak istimewa.
Pasti ada antara kita segar dengan berita-berita Puteri Diana, Putera Charles, Prince Harry, Prince William, Kate Middleton, Maghan Markle dan lain lagi kerana berita gosip keluarga di Raja Britain ini sentiasa menjadi tumpuan paparazzi. Dan pasti ia sentiasa laris kerana ramai mengikuti perkembangan mereka.
Tidak dilupakan ialah Queen Elizebeth 11 yang merupakan bonda kepada Putera Charles yang bakal dilantik memerintah Britain selepas Ratu mangkat semalam. Ia merupakan berita menyedihkan kerana Ratu merupakan paling lama menduduki monarki Britain iaitu selama 70 tahun.
Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda.
"Ratu mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral (Scotland) tengah hari tadi selepas 70 tahun bertakhta.
Turut berada di sisinya ketika kemangkatan ialah semua anak baginda, Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, berkumpul di Istana Balmoral di tanah tinggi Scotland. Menyertai mereka ialah anak Charles, Putera Prince William, dan adiknya Putera Harry.
Duduki Takhta Pada Usia 25 Tahun & Pernah Menjadi Makenik Kereta
Selain kemasyhuran keluarga Diraja, pasti tidak ramai tahu bahawa Queen Elizebeth 11 menduduki tahhta Diraja pada usia sangat muda iaitu 25 tahun.
Lebih menarik, Baginda Ratu ini merupakan satu-satunya keluarga diRaja yang menyertai angkatan tentera sedangkan tidak pernah terjadi lagi keluarga Diraja berbuat demikian pada Perang Dunia Kedua di Bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Hal ini sangat merisaukan ayahanda, Ratu George V1 kerana minat anaknya itu.
Ia berlaku pada 24 Februari 1945 di mana dirinya berusia 19 tahun dan selepas melalui episod perbincangan panjang, dirinya dilatih memasuki Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita sekaligus menjadi satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.
Unit sokongan ini amat penting kerana ia berkaitan dengan penembak anti pesawat, pengendali radio, makenik dan pemandu. Dan Queen Elizebeth memasuki unit makenik dan pemanduan dan menyertai latihan makenik selama 6 minggu di Surrey di mana dirinya belajar menukar tayar kenderaan, membaikinya dan lain lagi.
Bahkan dia turut belajar memandu kenderaan seperti jeep,ambulan dan lain lagi sebelum lulus dan memasuki Unit Subaltern Kedua Widsor.
Atas komitennya dirinya dinaikkan pangkat sebagai komander junior kehormat yang tarafnya sama seperti kapten dalam pasukan tentera.
Bahkan dirinya mendapat pujian dunia hingga menerima gelaran Princess Auto Mechanic dan dirinya berkhidmat dalam unit itu sehingga Jerman kalah dalam perang tersebut.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang anak yang baik, dia akan terus berbakti kepada kedua orang tuanya. Pemuda ini, rajin kerja, dengan melakukan beberapa pekerjaan walaupun di hujung minggu.
Perkongsian kisah anak sulung ini oleh Pe Chey menjentik hati ramai orang. Dari kecil sudah terbiasa hidup berdikari. Merantau jauh ke negeri orang mencari rezeki yang halal.
Malah, separuh dari pendapatannya diberikan kepada ibu dan adik-adik di kampung yang menumpang tinggal dengan atuknya. Kegigihan pemuda ini boleh menjadi contoh untuk diteladani.
Terserempak Dengan Pemuda Sedang Mengumpul Sampah
Tadi aku pergi isi minyak kereta. Elok keluar lepas ambik baki duit ( aku tak pandai guna kaedah Settle ), ternampak adik ni tengah kumpul sampah.
Aku perati muka dia, budak kita. Aku tegur.
” Sampah dari tong mana ni dik?”
” Sampah dari tong barisan ni bang.”
” Banyak jugak ya.”
” Aah bang.”
Bila dia berabang, terasa aku muda kembali. Perasan.
Teruslah aku tanya dia macam macam.
” Kau duduk mana ni dik?”
“ Seksyen 2* bang.”
” Duduk dengan family?’
” Bukan bang. Duduk menyewa dengan kawan kawan.”
Wah, macam ada benda lagi nak ditanya ni.
” Kampung mana dik?”
” Selatan Semenanjung bang.”
Jauh dalam hati, kenapa jauh sangat datang sini kerja sini ni. Start tulah terungkai kisah adik ni.
Payah Nak Jumpa Anak Muda Rajin Kerja, Ingat Keluarga
Dia 4 beradik. Dia anak sulung. Ayah dah tak ada. Meninggal. Mak kerja kilang.
Dia ada kerja tetap tapi Ahad, dia kerja partime kat stesyen minyak ni. 8 pagi sampai 8 malam. Dapatlah tambah tambah dia kata.
Dia jenis dari kecik dah biasa carik duit sendiri. Dari darjah 6 dah pandai amik upah kerja kampung. Masa sekolah menengah, dapat beli motor 2nd hand pakai duit yang dia simpan.
Motor tulah dia pakai sampai sekarang.
Ayah meninggal sebab sakit jadi dialah harapan. Duit gaji, lepas bayar apa patut, separuh dia hantar kampung. Allahhuakbar. Payah dah jumpa budak gini sekarang. Rajin kerja, ingat keluarga.
Dia sempat sambung belajar. Habis. Masa belajar dulu pun dia dah kerja sini. Bayangkan, habis kelas, dia datang kerja. Hari hari kerja. MasyaAllah.
Masa praktikal, PKP. Azab duduk jauh. Pandai pandailah nak hidup katanya tadi.
” Masa kau datang sini nak belajar dulu, kau datang sorangkan? Ayah tak hantarkan?”
” Ya bang. Saya datang sorang. Pandai pandai nak hidup. Tak tau saya tanya. Jenuh jugaklah dulu. Macam jakun pun ada.”
Allahhuakbar. Budak macam ni aku suka. Suka sebab dia ada jati diri. Kuat jati diri dia. Tak suka nyusahkan mak ayah. Rajin kerja, pandai cari duit, tak lupa pada mak dan adik kat kampung.
Ada satu part buat aku terkedu tadi bila dengar.
” Saya jarang balik kampung bang. Setahun sekali. Saya kumpul cuti tahunan, baru saya balik. Dapatlah seminggu kat kampung.”
Dia bukan tak nak balik. Dia cari duit. Dia gigih kerja. Ada duit dia simpan. Dia takde masa nak lepak huha huha. Dia takde awek. Awek mana nak budak gini. Tapi budak ginilah bagus buat laki.
” Baliklah sesekali kalau boleh. Jangan tinggalkan mak tu lama sangat. Kesian mak dengan adik adik. Buat apa pun, kau kena ingat. Dulukan mak. Jangan lupakan mak dengan adik adik tu. Kau takde siapa kecuali diaorang sekarang.”
Rupanya mak dan adiknya duduk menumpang rumah atuk. Aku makin terdiam. Budak ni memang kuat. Kuat segalanya. Aku tabik dalam hati.
Sebelum aku gerak balik, aku hulur sikit duit minyak motor dengan duit makan. Dia menolak. Tak payah katanya.
Aku kata,
” Abang bagi bukan sebab kesian. Abang bagi sebab abang kagum kau rajin. Susah dah nak jumpa budak macam kau dik. Kerja elelok. Kau pandai dah buat keputusan. Tak payah abang nasihat banyak sebab abang tau kau pandai bawa diri.”
” Terima kasih banyak bang. Terkejut saya jumpa orang macam abang hari ni. Jarang jumpa boleh sembang lama, lepas tu hulur gini.”
” Abang pun dulu baya kau susah dik. Abang pernah merantau, abang pernah takde duit makan. Abang faham sangat situasinya macam mana.”
Dia angguk. Dia senyum. Senyum terima kasih.
Doakan Pemuda Rajin Kerja Ini
Sebelum balik, aku minta izin dia nak amik gambar. Aku minta izin juga nak tuliskan kisah dia. Aku doakan dia berjaya satu hati nanti.
Dia izinkan. Dia sengih sebab aku kata aku nak tuliskan pasal dia. Dia tak kenal aku siapa. Aku tak bagitahu dia aku kerja apa, apa aku buat selalu.
Kalau viral kisah ni, jangan dikecam adik ni. Doakan dia. Kalau nak hulurkan sesuatu ( bayarkan sewa rumah ke atau berikan duit pada maknya ), tu bagus. Jangan je kita nak bantai, kutuk,kecam, persoal orang lain.
Mentang mentang duduk rumah teres, ada kereta Honda hutang 9 tahun, kita dah mula belagak.
Lain kasut, lain tapaknya. Aku balun je ni. Betul ke tak perumpamaan ni entah.
#NfI
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai kisah yang menjadi tular di media sosial terutamanya tentang virus Covid-19 yang menjadi ketakutan seluruh dunia.
Pendamik Covid-19 ini kadangkala boleh membuatkan warganet panik apatah lagi dengan pelbagai berita yang disebarkan menerusi media sosial.
Beberapa hari sebelum ini telah tular tentang kenyataan berita mengenai risiko penyebaran virus ini menerusi gas kentut. Kononnya penelitian oleh sekumpulan doktor, wabak nombor Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui proses kentut.
Dakwaan itu kerana penelitian mendapati banyak virus di dalam najis lebih daripada separuh daripada pesakit wabak berkenaan yang mereka rawat. Lebih menakutkan laporan yang ditulis Dailystart.co.uk itu turut memberitahu kentut mempunyai zarah kotoran yang mampu menyebarkan bakteria tertentu.
Poster Berikan Fahaman Sebenar
Bagi menerangkan penularan perihal tersebut yang boleh menimbulkan salah fahaman orang ramai, menerusi laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) Public Health Malaysia turut berkongsi jawapan tentang dakwaan berkenaan.
Agak mencuit hati, ‘poster’ berkaitan juga dihasilkan bagi memberikan fahaman sebenar tentang dakwaan tidak tepat berkenaan.
“Terkini tular mengenai kenyataan berita mengenai risiko penyebaran virus menerusi gas kentut.
“CDC Beijing telah menafikan kenyataan tersebut dan mengatakan jangkitan hanya mungkin berlaku sekiranya anda menghidu kentut dalam jarak dekat dan individu tersebut membebaskan gas dalam kuantiti yang banyak serta tidak memakai seluar!“Sekiranya semua individu masih berseluar dan berada dalam jarak social melebihi 1 meter, anda tidak perlu bimbang akan perebakan menerusi kentut.”Utamakan jarak sosial 1 meter, anda terselamat dari bau kentut busuk serta kemungkinan mendapat jangkitan.”
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...