Ads

Anak Muda Menunggu Hari Bahagia Maut Dirempuh SUV, Perkongsian Pensyarah Undang Sebak

Maut Dirempuh SUV
Maut Dirempuh SUV

Maut dirempuh SUV, seorang anak muda yang sedang menunggu hari bahagia untuk bergelar graduan pergi buat selama-lamanya.

Semuanya berlaku dengan pantas dan sangat tragis, ditambah pula apabila mengetahui pemandunya warga emas lelaki berusia 70-an.

Anak Muda Menunggu Hari Bahagia Maut Dirempuh SUV

Anak Muda Menunggu Hari Bahagia Maut Dirempuh SUV, Perkongsian Pensyarah Undang Sebak

Azim Haikal Noor Aziddin, satu nama yang tular selepas video kemalangan tragis di Petaling Jaya tersebar di media sosial. Di sebalik rakaman itu, tersimpan kisah sedih tentang impian yang tidak sempat menjadi kenyataan.

Baca Artikel Ini: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata

Arwah difahamkan baru sahaja menamatkan latihan industri dengan cemerlang dan sedang menunggu hari untuk naik ke pentas konvokesyen Diploma Komunikasi.

Ads

Perkongsian Pensyarah Undang Sebak

Anak Muda Menunggu Hari Bahagia Maut Dirempuh SUV, Perkongsian Pensyarah Undang Sebak

Namun, Tuhan lebih menyayanginya. Perkongsian pensyarah arwah benar-benar meruntun jiwa. Menurutnya, Azim Haikal bukan sekadar pelajar biasa. Dia dikenali sebagai anak muda yang sangat menjaga adab, lembut tutur kata, disenangi rakan-rakan dan dihormati jiran tetangga.

“Arwah bakal bergraduan dalam Konvokesyen Universiti Islam Selangor akan datang…”

Ayat itu cukup membuat ramai sebak.

Ads

Bayangkan, keluarga sedang menunggu hari untuk melihat anak tersenyum memakai jubah konvokesyen. Pensyarah pula menunggu untuk meraikan kejayaan pelajarnya. Tetapi akhirnya, yang tiba hanyalah khabar duka dan jenazah yang pulang tidak bernyawa.

Anak Muda Menunggu Hari Bahagia Maut Dirempuh SUV, Perkongsian Pensyarah Undang Sebak

Menurut laporan berita Sinar Harian, kemalangan berlaku apabila sebuah Proton X70 dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang ditunggang arwah.

Ads

Azim Haikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Pemergiannya meninggalkan luka mendalam buat keluarga, sahabat dan pensyarah yang mengenalinya. ​

Anda mungkin berminat dengan

Anak Muda Menunggu Hari Bahagia Maut Dirempuh SUV, Perkongsian Pensyarah Undang Sebak

Asbab kecuaian orang lain di Jalan 17/21 Petaling Jaya, seorang anak muda yang penuh impian kini berehat selamanya di bumi Sungai Tangkas. Syurga buatmu, Azim. Pergilah dengan tenang, “ijazah” sebenarmu kini di sisi Pencipta.

Al-Fatihah buat Allahyarham Azim Haikal Noor Aziddin. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan segala urusan keluarganya dipermudahkan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000...

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan