Sebenarnya kalau bab cara masak cepat dan mudah, semua mak-mak nak tahu sebab menjadi impian bagi setiap isteri dan ibu untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiri yang sihat, bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang setiap hari. Lagipun air tangan isteri mampu menambat hati suami dan buatkan suami teringat-ingat, ketika jauh di mata.
Namun adakalanya, keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja.Proses penyediaan memasak yang agak remeh dan leceh, membuatkan makan di luar atau beli makanan ‘tapau’ sering menjadi pilihan. Walhal, tahap kebersihan dan cara penyediaannya juga boleh diragui.
Tip dan trik mudah ini boleh membantu para isteri dan ibu yang rajin memasak untuk menyediakan hidangan buat anak-anak dan suami tersayang setiap hari.
1.Rancang menu untuk seminggu
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
Ads
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan menu ikut hari pada bekas yang ingin disimpan
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
Ads
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi kerja
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan kedalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
Ads
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atu beli bekas plastik yang boleh digunakan didalam ketuhar gelombang mikro.Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas2.
Selamat mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, mak-mak yang superbusy!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pagi ini, rakyat Argentina sedang berduka. Meratapi pemergian bintang legenda bolasepak negaranya malah dunia, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dalam usia 60 tahun, pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina meninggal di kediamannya dekat Beunos Aires.
Berita duka itu disampaikan sendiri oleh jurucakap keluarganya. Dan Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari.
Membayangkan betapa bersedihnya rakyat Argentina ketika ini di atas pemergian bintang negaranya yang banyak berjasa.
Kongsinya lagi di laman Twitter,
”Anda telah meletakkan kami di puncak dunia. Anda membuatkan kami rasa tersangat gembira. Andalah yang terbaik, terima kasih kerana hadir untuk kami, Diego. Kami semua akan merindui kamu sepanjang hidup.”
Awal bulan ini Maradona baru saja menjalani pembedahan darah beku di otak. Beliau juga dirawat kerana masalah alkohol.
Malah, beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.
Sewaktu Piala Dunia 1986, Maradona menjadi kapten dan negaranya, Argentina menjuarai kejohanan itu. Jaringan gol ‘hand of god’ ketika menentang England pada suku akhir sehingga ke hari ini masih diingati para peminat bola sepak seluruh dunia.
Persatuan Bola Sepak Argentina turut menzahirkan perasaan berduka menerusi media sosial mereka.
“Anda akan selalu ada di hati kami.”
Diego Maradona dan Pele / Kredit foto : wartakota.tribunnews.com
Sementara itu, legenda Brazil, Pele turut melahirkan perasaan sedihnya dengan kehilangan bintang yang tiada gantinya.
Tulisnya, “Satu hari nanti, kita akan bermain bola bersama-sama di atas langit sana.”
Sepanjang kariernya, Maradona telah menjaringkan 34 gol dalam 91 penampilan bersama Argentina. Beliau juga mewakili pasukan itu dalam empat kejohanan Piala Dunia.
Begitu masyhurnya nama Maradona ini sehinggakan anak-anak kita pun turut sama mengenali. Lagi-lagi aksi hebatnya ketika bermain bola sepak di padang.
Kadang-kadang kerana terlalu fokus kepada kekurangan dan kelemahan orang hingga salah sendiri tak nampak. Ingatlah hidup di dunia bukanlah hidup untuk diri sendiri sahaja. Dari lahir hinggalah dicabut nyawa, kita sentiasa mengharapkan ehsan orang lain.
Jangan sesekali mendongak ke langit dan ingat bahawa kita adalah orang yang baik dan banyak berbuat kebaikan kerana tidak semua amal ibadat dikongsi.
Ikuti perkongsian Hana Shahadan ini dan ingat baik-baik.
Jangan Nampak Salah Orang Saja
Jangan ingat bila kita buat kebaikan, kita sorang sajalah yang baik. Orang lain tu jahat di mata kita.
Jangan ingat kita ini sudah sedekah banyak, sedangkan ada ramai orang sedekah lagi banyak tapi diamkan saja.
Jangan ingat kita ini sentiasa betul saja dan asyik nampak orang lain dalam dunia ini sentiasa salah.
Jangan ingat bila kita selalu berdoa solat mengaji, kita seorang jelah bagus, sedangkan ramai lagi orang dekat luar sana buat lebih banyak amalan tapi tak bercerita.
Jangan ingat kalau kita baru nak berubah tapi kita keji orang lain dengan mudah.
Jangan ingat asyik nak salahkan orang, salah sendiri tak pernah nampak.
Tapi ingat, Allah nak beri hidayah Allah beri. Asbab jaga hubungan dengan orang lain, sebenarnya jadikan hidup kita ini berkah.
Tapi ingat, dunia ni bukan sebab “diri sendiri seorang diri”.
Hiduplah untuk terima kekurangan orang lain, belajar bersyukur, bukan terus menghukum.
Muhasabah diri, kita ni dari lahir sampai bakal jadi jenazah pun orang lain buatkan. Kalau ingat semua ini sebab diri sendiri je, bila meninggal gali lubang dan tanam la sendiri.
#share bila sentap kita sentiasa ingat diri kita ni tak sentiasa betul.
“Isteri Bukan Robot, Tapi Insan Suci Di Sisi Kita Yang Melahirkan Anak-Anak” itulah antara luahan dan pesanan Datuk Yusof Haslam sewaktu ditemubual menerusi rancangan Melodi, TV3.
Seperti yang umum ketahui, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan dia sudah bernikah kali kedua dengan gadis pilihannya Ira Kazar. Perkahwinan tersebut berlaku di Thailand. Malah bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi sendiri yang menjadi wali perkahwinan tersebut.
“Isteri Bukan Robot”
Jelas kekecewaan terpancar di wajah Datuk Yusof sepanjnang sesi temubual berlangsung. Malah dirinya turut menitipkan nasihat bagaimana rumahtangganya bersama isteri bertahan.
Ini dek kerana dirinya bersikap pemujuk.
Katanya lagi jika isteri merajuk tidak boleh dibiarkan saja, berasingan dan isteri memendam rasa kerana kita manusia tidak sempurna.
“Kalau ada masalah selesaikan dan lebih-lebih lagi sebagai suami dan imam dalam keluarga memang akan ada masalah, terutama membabitkan emosi dan perasaan, apabila isteri merajuk.
“Apabila sudah membuat kesilapan, kita mengaku silap itu. Jangan menyimpan rahsia dan insya Allah rumah tangga akan kekal.
“Kita tidak boleh pentingkan diri dan menganggap isteri kena dengar cakap kita 100 peratus. Isteri bukan robot, tapi insan suci di sisi kita yang melahirkan anak-anak,” katanya.
“Bohonglah, Saya Kata Tak Kecewa”
Air mata yang menitis menggambarkan perasaan Datuk Yusof.
“Bohonglah, saya kata tak kecewa. Tapi perasaan dan luahan hati saya tentulah tidak sama dengan isteri. Ibunya berasa sedih dan mungkin rasa marah sedikit. Saya pun berpesan dengan isteri, kita doakan yang terbaiklah.
“Kalau timbul apa-apa permasalahan selepas ini, saya harap Syamsul akan berikan penjelasan sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
“Jika ditakdirkan, saya harap tak berlaku sekiranya mereka tiada jodoh, saya harap Syamsul sebagai suami harus menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dia. Tanggungjawab suami bukan semata-mata untuk kita bagi duit saja, banyak aspek lagi.
“Saya sebagai seorang ayah sentiasa doakan yang terbaik, itu saja. Saya tak mahu lagi cakap soal kecewalah. Syamsul, saya harap lebih bertanggungjawab kerana kehidupan ini bukan satu perkara yang mudah. Hidup ini satu perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, pertahankan isteri.
“Jalankan tanggungjawab suami, bukan sekadar bagi duit semata-mata, tapi tanggungjawab menjaga perasaan masing-masing. Dalam rumah tangga, saya dah berkahwin dengan isteri hampir 40 tahun,” luahnya.
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...