Shakilla Khoriri berang difitnah berzina dengan suami orang. Terbaru pelakon kecil molek yang juga ibu tunggal, Shakilla Khoriri telah mendedahkan identiti wanita yang melemparkan komen fitnah terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Shakilla memberitahu seorang wanita yang berasal dari Terengganu telah tampil memohon maaf.

Sebelum ini Shakilla berasa berang apabila dituduh melakukan perbuatan zina dengan suami orang.

Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang

Dek kerana itu juga pelakon tersebut bertindak mendedahkan identiti individu yang melemparkan fitnah tersebut.

Sebelum itu Shakilla telah mengajak wanita tersebut bertemu dengannya memandangkan dia bakal menjalani penggambaran di Terengganu iaitu lokasi sama wanita berkenaan berada.

“Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.

“Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak contact saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih la. Jumpa esok malam,” luahnya menerusi satu perkongsian di Instastories.

Wanita Tampil Membuat Permohonan Maaf Kepada Shakilla

Shakilla juga telah turut memuat naik permohonan maaf yang dilakukan wanita berkenaan di akaun Instagramnya

“Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.

IKLAN

“Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.

“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang.

“Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?” tulisnya.

Pada awalnya Shakilla tidak mahu mendedahkan perkara itu, namun dia terpaksa melakukannya untuk menjaga nama baiknya. Malah Shakilla turut berpesan agar orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen yang masih belum diketahui kesahihannya.

Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang, Dedah Wanita Tampil Buat Permohonan Maaf

Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang, Dedah Wanita Tampil Buat Permohonan Maaf Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang, Dedah Wanita Tampil Buat Permohonan Maaf Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang, Dedah Wanita Tampil Buat Permohonan Maaf

IKLAN

Mingguan Wanita :  Harap mereka yan ingin memberikan komen fikir dahulu sebelum menulis. Ini kerana jika apa yang ditulis adalah fitnah pasti memberi impak negatif pada yang difitnah. Jangan jadikan budaya beri komen dahulu baru fikir ya!

Sumber : mStar Online

IKLAN

Sumber Gambar dan Video : Instagram Shakilla Khoriri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI