Air mata di hari konvokesyen, ibu bapa sebak terima skrol ijazah anak meninggal digilis lori. Setiap ibu bapa mengimpikan bersama meraikan hari bahagia anak menggenggam segulung ijazah. Namun takdir telah tertulis buat kita sebagai hamba-Nya.

Jika hujung minggu lalu adalah hari meraikan graduan di Majlis Konvokesyen Ke-18 Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang tamat pengajian dan menerima skrol ijazah mereka tetapi hal ini tidak dirasai oleh keluarga kepada graduan Asniza binti Adek @Che Ahmad. Hanya airmata kesedihan apabila anak kesayangan mereka dijemput Ilahi kira-kira tiga minggu lalu.

Airmata Di Hari Konvokesyen

Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori

Arwah digilis sebuah lori ketika ke keluar dari rumah di Sri Merlong, Rengit ke tempat kerjanya di tempat kerjanya di bandar kerja Batu Pahat, 20 hari sebelum hari konvokesyennya dijadualkan.

Graduan lulusan kejuruteraan  Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik batch 2019-2020 ini sudah menyediakan semua keperluan untuk menghadiri hari konvokesyennya namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori

Video sedih ibu bapanya, Adek@Che Ahmad dan Siti Yuana Janamin menerima skrol Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan pada hari kedua  semalam dikongsikan olek Tik Tok @umpsmalaysia.

Dapat dilihat kedua ibu bapanya sebak ketika diiringi ke atas pentas selain dilihat rata-rata ibu bapa lain dilihat berdiri di dalam dewan berkongsi kesedihan dilalui oleh ibu bapa Asniza yang menerima skrol bagi pihak anak mereka.

Bahkan meminjam semangat anaknya, kedua ibu bapa serta adik beradiknya berada dalam dewan untuk meraikannya usaha arwah menimba ilmu.

Jelas ibunya, “saya sering ungkapkan, Along kena kuat untuk berjaya ketika arwah mengadu sentiasa sibuk dengan tugasan atau berkongsi masalahnya.

IKLAN

“Kekuatan itulah yang mendorong saya hadir ke majlis konvokesyen ini.

“Walaupun arwah sudah tiada, namun kami sekeluarga amat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi dan menjadi kenangan sepanjang hayat,” katanya.

Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori
Hanya air mata mampu menemani ibu bapanya apabila nama anak mereka disebut di majlis ini. Gambar UMPSA.
Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori
Arwah beria-ria mahu menghadiri konvokesyen arwah di UMPSA. Arwah dah siap semua baju untuk dipakai nanti namun takdir sebaliknya. Gambar UMPSA.
Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori
Kedua ibu bapa arwah menerima  skrol Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan bagi pihak arwah. Gambar UMPSA.

Dalam kejadian 3 Oktober lalu, arwah sedang menunggang motosikal sekitar jam 8.35 pagi sebelum  digilis sebuah lori dan meninggal di tempat kejadian.

Memetik laporan Buletin TV3, ibu arwah, Siti Yuana Janamin, 44, berkata Asniza, anak sulung daripada empat beradik seorang yang rajin, kental dan berdikari kerana akan mencari apa jua pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian.

“Saya tak dapat rasa puas. Pertemuan kami dengan arwah terlalu singkat. Sejak di bangku sekolah menengah, arwah sentiasa berjauhan kerana dia menetap di asrama, sebelum menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak dan terakhir di UMPSA.

IKLAN

“Itulah yang membuatkan saya amat sedih apabila dikhabarkan dia sudah meninggalkan kami. Sedih kerana banyak kenangan kami bersama tapi saya perlu reda Allah lebih menyayanginya.

“Aku tak kuat. Aku tak sanggup ya Allah. Macam mana aku nak hadapi semua ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) semasa kejadian.

Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori

Adik mangsa, Admira, 23, berkata, pagi tadi kakaknya keluar rumah agak lewat kerana hujan.

“Kami beria-ria mahu menghadiri konvokesyen arwah di UMPSA. Arwah dah siap semua baju untuk dipakai nanti.

IKLAN

“Arwah kakak juga bekas Palapes Tentera Udara Diraja Malaysia yang baru tamat latihan bulan lalu. Dia cukup bangga dengan kejayaan dikecapi, walaupun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur, Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah

Lagi Kes Bayi Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas Di Taska. Bayi 2 Bulan Dibiar Tertiarap Selama 1 Jam

Anak Meninggal Di New Zealand, Mak Redha Allah Pinjamkan Buat Seketika

“Bersungguh Sambung Pengajian, Apakan Daya Dia Pergi Dulu.” Isteri Sebak, Terima Diploma Suami

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Kagum dengan semangat wanita prihatin, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak putus-putus mengumpul dana bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza yang ditimpa musibah.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI