Watie dituduh mandul, baru tiga bulan kahwin Shuib & akui merancang keluarga buat masa ini. Hari ini netizen menjadi hakim di media sosial. Langsung tidak sensitif dengan sesetengah isu, ada sesetengahnya mempunyai jiwa yang rosak.
Rosak kerana sakit hati melihat orang bahagia, rosak jiwa kerana cemburu orang ketawa serta pelbagai hal lagi. Terkini isteri Shuib, Watie Hanifah menjadi mangsa serangan seorang individu yang menulis komen berbaur sakit hati dan sensitif iaitu hal berkaitan anak.
Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib
Mengakui baru tiga bulan berkahwin iaitu pada 23 Jun lalu dan merancang keluarga buat masa ini, dirinya ditohmah sebagai mandul hanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika tidak dikurniakan rezeki anak sebaliknya akan memberi tumpuan membesarkan empat anak Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.
Dilihat sering berkongsi kebahagiaan dirinya dan keluarga di media sosialnya, Watie bagaimmana pun tidak melenting bila dituduh mandul oleh individu tersebut di instagramnya.
“Cakap jela kau tu dah mandul, kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi.
Ads
Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”
Walau dihentam individu tersebut, jawapannya masih rasional.
“Saya baru 3 bulan berkahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalua Allah bagi Alhamdulillah & kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur. Sebab ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.
“Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak. Kalau baik, baiklah untuk awak juga,” katanya.
Usia bukanlah penghalang bagi supermodel Naomi Campbell apabila dia selamat lahirkan anak pertama pada usia 50 tahun. Ternyata lebih baik terlambat daripada tiada. Paling penting kedua-duanya selamat.
Naomi Campbell yang sering memperaga jenama-jenama terkenal dunia. Dengan keunikan wajah dan sosok tinggi lampai, tidak hairanlah wanita kelahiran Britain itu mampu bertahan di pentas peragaan lebih tiga dekad.
Usia Bukan Penghalang
Sesuatu yang mengujakan, model berkulit gelap tersebut berkongsi khabar gembira apabila bergelar ibu pada usianya mencecah 50 tahun. Momen manis dikongsikan wanita berdarah kacukan Tunisia di laman sosial Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Campbell menitipkan foto mempamerkan kaki kecil puteri kesayangannya berserta kapsyen yang menggambarkan keterujaannya memiliki anak sulung.
“Si kecil ini telah memilih saya sebagai ibunya. Saya berasa sangat dihormati kerana diberi peluang untuk memiliki jiwa manis ini dalam hidup saya.
“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan tentang ikatan kasih sayang antara saya dengan ‘malaikat’ kecil ini,” tulisnya.
Supermodel Naomi Campbell Selamat Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 50 Tahun
Dalam laporan Mirror.com, Campbell kini tinggal bersama pasangannya di Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun lalu ketika negara tersebut melaksanakan perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.
Campbell yang dilahirkan pada 22 Mei 1970 menjalani kehidupan bahagia bersama pasangan sejak awal kehamilan hingga beliau selamat bersalin.
Model yang sering bekerjasama dengan jenama besar seperti Marc Jacobs, Yves Saint Laurent, Chloé, Diane Von Furstenberg, Prada, Chanel, Givenchy dan Dolce & Gabbana itu sudah mula memikirkan tentang pada masa hadapan sehingga memasang impian memiliki sebuah keluarga bahagia.
Malah, ada sumber yang menyatakan sudah 10 tahun model itu menyimpan impian menjadi ibu.Baca Juga Di sini:
Kehamilan pada lewat usia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini, dunia pernah dikejutkan dengan berita seorang wanita India melahirkan bayi lelaki pada usia 70 tahun menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF).
Kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan wanita walaupun pada usia agak lewat. Cuma bilangan telur wanita yang berkualiti seiring peningkatan usia dan ovari akan berhenti menghasilkan telur apabila terputus haid.
Namun, kehamilan tidak mustahil meskipun sudah berusia kerana terdapat segelintir wanita ‘usia senja’ berpeluang hamil dan melahirkan anak dengan selamat.
MW: Pendek kata, usia wanita bukanlah halangan untuk seseorang melahirkan anak. Namun negitu mengandung di usia agak lewat menimbulkan beberapa risiko dan mak-mak perlu lebih berjaga-jaga serta perlu merujuk doktor.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Seorang bapa tidak menyangka anaknya yang kerap memuatnaik status tentang akhirat di Whatapps kebelangan ini adalah petanda. Apabila remaja ini meninggal dunia dalam kejadian lemas setelah menyelamatkan orang lain.
Kehilangan remaja ini amat dirasai bapanya kerana sejak kecil lagi mereka amat rapat dan kerap ke mana sahaja berdua. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan remaja ini di kalangan para solihin.
Muat Naik Tentang Akhirat
Di Kuala Berang, seorang bapa tidak menyangka tindakan anaknya yang sering memuat naik status berkenaan ‘akhirat’ di aplikasi WhatsApp sejak minggu lepas, merupakan petanda,
Bahawa anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya akibat kejadian lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di sini petang semalam.
Menurut bapanya, Mohd Radhi Kamarudin, 41, anaknya, Faris Iskandar, 19, yang merupakan pelajar di Kolej Penerbangan Admal itu menunjukkan perubahan sikap dari seorang yang pendiam menjadi banyak bercakap dan bercerita.
“Apabila saya baca status yang dimuat naik arwah sebelum ini, saya merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku, namun saya tidak ambil pusing sangat hal berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang dilakukan oleh remaja seusianya.
“Arwah juga seorang yang pendiam, tetapi akhir-akhir ini dia banyak bercerita, memberi nasihat serta mengingatkan teman-temannya akan kehidupan di dunia yang singkat. Dia seolah-olah tahu ajalnya bakal tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu lewat malam tadi.
Dalam pada itu jelas Mohd Radhi, anaknya juga dilihat keberatan untuk pergi ke Sungai Kelemin semalam, namun tetap menyertai aktiviti perkelahan bersama keluarganya itu.
“Sejak kecil lagi Faris Iskandar selalu mengikuti ke mana sahaja ‘trip’ saya pergi dan sentiasa menjadi peneman ketika saya memandu, tidak sangka perkelahan kali ini merupakan ‘perjalanan’ terakhir saya bersama arwah.
“Walaupun sedih dan terkilan dengan kehilangannya, tetapi saya reda. Sewaktu saya melihat jenazah arwah tadi, arwah seolah-olah sedang tidur seperti kebiasaanya di rumah,” katanya dalam keadaan sebak.
Meninggal Setelah Menyelamatkan Orang Lain
Mohd Radhi berkata, anaknya lemas selepas berjaya membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun yang hampir lemas ketika mandi di sungai yang sama.
Sementara itu Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kes lemas itu pada jam 6.10 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba dan orang awam.
“Mayat mangsa ditemui pada jam 7.33 malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BERNAMA.
MW: Semoga keluarga arwah tabah menerima ujian ini. Perginya dalam usaha menyelamatnya orang lain, tindakannya amat mulia dan terpuji. Al-Fatihah.
Kalau tengok video berdurasi 1.39 minit yang viral dirakam oleh pemandu motosikal semalam, aksi pemandu bas Rapid KL yang melanggar beberapa buah kenderaan dah macam dalam filem. Habis disapunya sampai sebuah gerai burger pun jadi mangsa!
Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.
Bayi 2 Bulan Turut Jadi Mangsa
Lagi kasihan, seorang wanita yang memangku seorang bayi berusia 2 bulan pun turut jadi mangsanya. Sampai terpelanting bayinya.
Manalah orang tak tibai dia selepas dicekup orang ramai. Sekarang pemandu berusia 32 tahun itu yang mengalami kecederaan dan dalam keadaan separa sedar kini menerima rawatan di Hospital Ampang.
Sepanjang aksi mengejar bas itu, empat cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Dalam kejadian lapan buah kenderaan yang membabitkan sebuah bas dan tujuh kereta terbabit dalam kemalangan pada 8 malam itu bermula di hadapan bangunan RISDA di Jalan Ampang dan berakhir di simpang Jalan Ampang atau MRR2.
Kenderaan Lain Yang Terlibat
Semasa cubaan melarikan diri itu, bas berkenaan turut melanggar beberapa kenderaan lain iaitu Toyota Innova, Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Saga sebelum berhenti.
Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu (tangkapan).
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....