Jodoh tertulis Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin selamat bernikah. Selamat pengantin baru diucapkan buat penyanyi, Zizi Kirana, 36 dan juga pelakon, Yusuf Bahrin, 29 yang selamat disatukan sebagai suami isteri pagi tadi.
Pasangan rupa-rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil keputusan mengakhiri hubungan cinta mereka hingga ke jenjang pelamin.
Jodoh Tertulis Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Bernikah
Zizi selamat bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.
Seperti mana yang dipetik menerusi mStar, Zizi telah menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.
“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.
“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.
“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” ungkap Zizi yang akui majlis terpaksa dilakukan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Bagaikan sudah tertulis jodoh yang ditentukan oleh Yang Maha Esa, Zizi menjelaskan dia berkenalan dengan Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY).
Ads
“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan, sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini. Hjung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama,” terang Zizi yang turut akui mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.
Hanya Jumpa Beberapa Kali Kerana PKP
Sepanjang perkenalan Zizi juga akui dia hanya sempat bersua muka beberapa kali dengan Yusuf.
“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” kongsi Zizi.
Pada majlis pernikahan, Zizi kelihatan begitu anggun dengan mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.
Sumber : mStar
Sumber Foto: Instagram Zizi Kirana & Instagram Shanell Harun
Ads
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mulut manusia bukan boleh ditutup.Kadangkala soalan-soalan yang ditanya tanpa disedari boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.Isu isteri bekerja dan tidak bekerja bukan perkara baru.Namun tetap menjadi pertikaian, lebih-lebih lagi jika ada ijazah dan berpendidikan tinggi namun membuat keputusan menjadi suri rumah. Pasti ada kata-kata sinis, ruginya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja.
Penat nak menjawab soalan sebegini dan ada ketika memang boleh jadi ‘down’ dan rasa sedih.
Jemput baca perkongsian oleh Muhammad Hassan, bagaimana untuk berhadapan dengan soalan-soalan ‘panas’ sebegini.
SOALAN BIDA’AH
“Tak kerja ke? Rugi juga tu ada ijazah tak kerja”
Inilah soalan yang selalu ditanya kepada isteri saya sekiranya saudara mara jauh datang singgah rumah kami.
Tadi pergi pasar kena lagi. Tiba tiba ada makcik saudara sebelah nenek isteri tanya soalan yang sama. Dahlah soalan pertama. Sepatutnya tanyalah khabar ke,berapa orang anak,mana suami. Ini soalan pertama pun dah macam nak perangkap.
Dan biasalah jika jawab tak kerja,nanti mereka akan bandingkan dengan anak anak perempuan mereka yang ada kerjaya.
Mujurlah isteri saya jawab soalan satu persatu dengan tenang.
Jawab isteri saya. Sekarang buat bisnes keropok,serunding dan perniagaan online. Jual kat facebook je makcik.
Tapi biasalah soalan demi soalan kau akan terima. Meniaga ni untung ke.. kenapa tak kerja pejabat je.. sayang la ijazah tu tak guna cari kerja. Soalan soalan ini jika tak sabar memang boleh jadi naga kat depan orang ramai ni.
Tapi isteri saya ni jenis perempuan melayu terakhir. Setiap soalan tu dijawab dengan baik dan lemah lembut.
Dan sangkaan saya tepat,makcik itu mula menceritakan tentang anak anaknya. Anak makcik kerja belaka. Sorang kat putrajaya,sorang kat HKL,sorang lagi kat sabah. Yang tak tahan tu berserta jawatan apa yang disandang oleh anak dia. Haaaa sangka buruk saya tepat walaupun saya membisu dari awal perbualan mereka tadi. Jahat juga saya ya.
Dan perbualan isteri berakhir apabila makcik tersebut berhasrat mahu datang ke rumah kami. Ah sudah… apa lagi dia nak sembang kat rumah kami nanti.
Tapi belum selesai lagi babak ini. Isteri menunjukan wajah yang kecewa ketika dalam perjalanan pulang. Saya kata sabarlah,jawapan awak tu mantap dah.
Isteri membalas. Tapi awak. Kenapa ada je soalan begini dari makcik makcik terutama saudara mara kita sendiri. Saya jawab. Sebelum wujud makcik makcik bawang di media sosial,yang tanya awak tadi tu,itulah antara maha guru persatuan makcik makcik bawang semalaysia. Saya melawak untuk hiburkan isteri.
Saya kata takpa jawab je baik baik jika ada yang bertanya,mungkin itu cara mereka untuk mulakan bicara. Dan mungkin juga ada diantara mereka ini tersepit dek kerana banyak keperluan dan nafkah mereka diabaikan oleh suamai yang tidak bertanggungjawab,sebab itu mereka taknak terjadi kepada para isteri sekarang.
Kerja atau tidak seseorang isteri itu bukan ukuran kemuliaan isteri disisi Allah. Mulianya seorang isteri ini apabila dia Taat Allah Taat Rasul dan Taat Suami dalam perkara hak. Dan Allah janji bagi isteri solehah pilihlah syurga yang mereka mahukan.
Para isteri diluar sana yang bergelar suri rumah,saya tahu anda mungkin rasa down apabila ada soalan bidaah ini dilontarkan.
Tapi saya ada satu idea. Jika makcik makcik bawang tanya balik raya nanti jawab begini.
Oh kerja,bahagian oil&gas, bahagian pengurusan dan juga perakaunan,kadang kadang terlibat juga dalam pengurusan kesihatan bahan bahan mentah. Penat jugalah kana stanby 24jam,maklumlah makcik staffnya tak duduk diam. Gaji tu bolehlah ribu ribu jugalah. Itu pun jika bos ok dapat juga la hadiah gelang emas hujung tahun.
Konpom lepas ini makcik bawang tak tanya lagi kau soalan bidaah.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tak perlu rasa down dan sedih.Apabila membuat keputusan menjadi suri sumah dan tidak bekerja, hanya kita yang lebih tahu apa yang terbaik buat keluarga kita. Pesanan juga, berhati-hatilah dalam menuturkan kata-kata, jangan sampai orang terasa dan terguris hati.
Bukan mudah mengekalkan usia perkahwinan yang panjang, apatah lagi telah memasuki separuh abad. Menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin, dapat melalui usia muda dan tua bersama-sama, malah harapnya hanya ajal yang dapat memisahkan.
Ujian buat pasangan warga emas Itali yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 di Hospital Murri.
Sandra, 71, dan suaminya, Giancarlo, 73, yang dirawat di hospital itu saling berpegangan tangan biarpun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan, lapor Daily Mail.
Majlis Sambut Di Hospital
Seorang jururawat, Roberta Ferretti berkata, dia mengetahui pasangan itu akan meraikan ulang tahun perkahwinan.Katanya, atas keprihatinan petugas perubatan, majlis itu disambut di hospital.
Ferretti berkata, Sandra menangis kerana bimbang keadaan suaminya.
“Dia memberitahu saya betapa dia masih menyayanginya, selepas bertahun-tahun. Ketika saya mengetahui bahawa hari ini adalah ulang tahun mereka, saya fikir mereka harus meraikannya.
“Majlis ringkas diadakan selama 10 minit agar mereka gembira dan terus semangat untuk hidup.
“Petugas perubatan yang memakai alat perlindungan khas berada di tepi pasangan itu sambil membuat bentuk ‘love’ menggunakan tangan mereka,” katanya kepada media tempatan.
50 Lilin Pada Kek
Katanya, mereka juga meletakkan 50 lilin pada kek sekadar simbolik sahaja.
“Kami gembira kerana dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
“Ia adalah detik yang luar biasa, kenangan manis, setiap masa amat berharga untuk bersama orang tersayang. Anda boleh merasakan cinta mereka,” katanya.
MW: Semoga pasangan warga emas ini terus kuat dan diberikan kesembuhan daripada covid-19 ini.
Misteri kehilangan runner bernama Acap atau nama penuhnya, Mohamad Ashraf Hasan, 29 tentu akan mengingatkan kita pada kejadian hilangnya pemuda bernama Mukhriz di Bukit Broga, Semenyih.
Penghujung Januari 2017, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22 pernah hilang selama 7 hari. Sehingga membuatkan ibunya, Rohana Saad, 51 yang telah tua itu bertekad naik ke puncak bukit itu untuk mencarinya.
MW imbas kembali perkongsian yang pernah dibicarakan Mukhriz dalam rancangan Motif Viral sebelum ini. Pengalamannya dibawa ke sempadan perkampungan bunian untuk dinikahkan dengan seorang wanita bunian di alam sana.
Pemuda Broga Disorok Dekat Sempadan Perkampungan Bunian
1. Mukhriz hilang selama 7 hari di Bukit Broga tanpa makanan, tanpa tempat berlindung apatah lagi kelengkapan hutan. Hilang bersendirian. Ditemui oleh dua pendaki warga Britain kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu.
2. Dia bersama lima rakannya mendaki Bukit Broga. Daripada lima rakan ini, dia yang pertama sampai ke puncak. “Saya sampai puncak, diaorang tak sampai lagi,” kata Mukhriz.
3. Di puncak terakhir Mukhriz bertembung dengan seorang budak perempuan kecil. Memakai purdah serba putih. Bagaikan terpukau dia mengikut budak perempuan itu dalam remang senja. Kira-kira, 6.30 petang.
4. Maklumnya, ketika di alam lain dia dijaga oleh bunian. Itu yang dimaklumkan oleh makhluk yang menjaganya. Dibawa masuk ke sempadan bunian. Sempadan bunian ini ada di dalam gua. Dan dalam gua itulah dia diletakkan.
5. Gua itu lapang, ada pasir dan luas kawasannya. Tiada rumah di persekitarannya. Melainkan jika Mukhriz masuk ke perkampungan bunian, barulah dia akan menjumpai rumah. Ketika itu, dia cuma berada di sempadan perkampungan bunian.
6. Penjaga bunian itu terdiri dari ibu ayah dan 2 anak perempuan. Memakai purdah putih. Wajah lelakinya, sederhana saja di pandangan matanya. Fizikalnya lebih tinggi dari manusia.
Ingat Keluarga, Tolak Pinangan Gadis Bunian
7. Mukhriz ditawarkan berkahwin dengan anak perempuan bunian yang sulung. Dia menolak kerana masih ingat akan keluarganya. Anak perempuan kecil itu adalah adik yang membawanya masuk ke alam bunian. Untuk ditawarkan berkahwin dengan kakaknya.
8. Biarpun cuba berusaha untuk keluar, Mukhriz tetap tidak berjaya. “Saya jalan.. berpusing-pusing di situ saja. Tak boleh keluar.” Tapi tiada rasa takut dalam hatinya. Fikirnya cuma mahu keluar dari tempat itu.
9. Seminggu hilang di Broga, bagi Mukhriz di alam bunian, dia merasakan cuma tidak pulang selama 3 hari.
11. Aktiviti pagi makhluk bunian yang menjaganya bersolat pada sebelah pagi. Membaca Al Quran yang saiznya lebih besar dari manusia. Malah Al Quran yang dibaca, boleh menegur jika bacaan itu salah.
12. Ketika hari terakhir di alam bunian, ular tedung selar jatuh ke atas tubuhnya. Ular itu bercakap mintanya ikut cahaya matahari yang menyuluh mata.
Kata PU Taha Tentang Kewujudan Bunian
Persoalannya, betulkah apa yang dikongsikan Mukhriz? “Iya, jawapannya betul.”
“Apa yang dikatakan oleh pemuda Broga ini ada kaitannya dengan jin dan syaitan. Syaitan ini bukan makhluk, dia adalah sifat. Sebab itu, manusia boleh jadi syaitan dan jin pun boleh jadi syaitan.”
“Jin ini berasal dari api. Manusia dari tanah sama ada tanah yang gelap atau cerah. Bunian itu adalah jin. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berdakwah kepada golongan jin.”
Bermakna jin itu wujud. Dan jin ini beragama. Ada agama Islam dan kafir. Yang diceritakan itu, jin Islam kerana dia solat, baca Al Quran.
Dia culik sebab berminat nak kahwin. Andai lamaran diterima, maka Mukhriz akan terperangkap dalam alam itu. Target calon suami untuk bunian itu adalah lelaki bujang, dan kalau dah berkahwin dia tiada zuriat.
Bagaimanapun perlu diingat dalam Islam, dilarang untuk manusia biasa berkahwin atau bersetubuh dengan jin.
Isteri mengandung rentung bersama empat anak, terperangkap di pintu berkunci. Tragedi kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam cukup menyedihkan bagi Muhammad Khairudin bin...