Rumah tinggal tapak, ini satu-satunya harta saya ada. Nenek sedih rumah berusia 50 tahun lenyap.  Musibah banjir besar yang berlaku beberapa hari lalu meninggalkan igauan buat diri Mek Mas Salleh.Ini kerana rumahnya di Kampung La, Besut hanyut dibawa arus deras dan itulah satu-satunya harga yang ada ada.
Memetik Sinar Harian, tiada kata-kata yang mampu diluahkan untuk menggambarkan perasaan seorang warga emas yang sekelip mata kehilangan rumah didiami selama lebih 50 tahun dalam kejadian banjir besar di Kampung La, di sini Ahad lalu.

Rumah Tinggal Tapak, Ini Satu-Satunya Harta Saya Ada

Rumah milik Mek Mas Salleh, 66, yang dibina pada tahun 1973 lenyap dibawa arus deras bersama semua kelengkapan dan pakaian sekali gus menyebabkan wanita itu tinggal sehelai sepinggang.

“Memang sedih sebab ini satu-satunya tempat tinggal saya, dalam sehari saja semuanya hilang,” ceritanya kepada Sinar Ahad.

Rumah Tinggal Tapak, Ini Satu-Satunya Harta Saya Ada. Nenek Sedih Rumah Berusia 50 Tahun Lenyap Rumah Tinggal Tapak, Ini Satu-Satunya Harta Saya Ada. Nenek Sedih Rumah Berusia 50 Tahun Lenyap

Menurut Mek Mas, struktur utama rumah kayu empat bilik itu musnah sama sekali dan hanya tinggal bahagian bilik air dan sedikit dapur kerana dibina dengan konkrit selain loteng tempat simpanan barang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rumah Penuh Lumpur, Selut Banjir Tapi Al Quran Atas Tilam Bersih, Tak Terjejas

Cameron Highlands Dilanda Banjir Lumpur, Kejadian Kedua Disember Ini

IKLAN

Terpaksa Harungi Banjir Guna Bot, Bawa Keluar Jenazah Nenek Untuk Dikebumikan

Menceritakan kembali kejadian banjir besar itu, Mek Mas yang tinggal seorang diri selepas kematian suami berkata, dia berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan La selepas menyedari air meningkat naik.

Bagaimanapun, dia terpaksa berpindah sekali lagi ke rumah jiran berhampiran iaitu pada jarak kira-kira 20 meter berikutan sekolah berkenaan turut dinaiki air.

Selepas air surut, saya balik dan terkejut mendapati rumah bersama semua barang dihanyutkan arus deras.

IKLAN

Walaupun Kampung La sering dilanda banjir setiap tahun, Mek Mas menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk sepanjang dia tinggal di sini dengan paras air mencecah 5 meter. Arus deras turut menyebabkan kemusnahan besar.

Dia kini berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantunya membina semula rumah yang menjadi tempat lima anak, menantu, cucu dan enam adik-beradiknya berkumpul setiap kali musim perayaan serta cuti umum.

Sementara itu anak keempat Mek Mas, Suraya Mokhtar, 36, berkata, dia tidak menyangka rumah hanyut dalam banjir besar di Besut tular dalam media sosial yang ditontonnya merupakan rumah milik keluarganya.

IKLAN

“Ketika itu saya terputus hubungan dengan ibu selama empat hari, tidak boleh hubungi kerana tiada bekalan elektrik.

“Tidak tahu bagaimana keadaan mak, hanya mengharapkan video-video daripada orang kampung dalam media sosial.

“Selepas laluan ke kampung yang terputus pulih, saya terus balik dan terkejut selain hanya mampu menangis melihat rumah tempat kami membesar hilang dibawa arus banjir,” katanya.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI