Nampaknya rezeki sememangnya tidak pernah salah alamat!  Itulah yang dapat digambarkan buat  pelawak dan juga Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 35, Bell Ngasri yang dilantik sebagai duta wangian Sky, Bell Edition.

Rezeki Bell Ngasri Jadi Duta Produk Wangian Pula. Anggap Rezeki Keluarga, Tawaran Tak Pernah Putus!

Bell  Ngasri atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43, jelas teruja apabila pertama kali diberi peluang menjadi wajah rasmi jenama minyak wangi keluaran tempatan. Menurutnya, dia tidak pernah terfikir suatu hari nanti diberi peluang untuk menjadi duta  wangian meskipun kontrak tersebut hanyalah selama sebulan kerana ianya merupakan satu pengalaman baharu yang mengujakan.

https://www.instagram.com/reel/CzAsCGiBdfV/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

IKLAN

Selaras dengan perlantikan tersebut, Bell Ngasri juga bakal muncul di Festival Kedah Best yang dianjurkan oleh Iconic Sky Entertainment untuk mempromosikan wangian terbaharu tersebut. Acara Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai wajah rasmi produk keluarannya bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan. Tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.

Melihat penampilan yang Bell bawakan dalam karektor sebagai pelakon dan pelawak, produk ini dijangka bakal mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat selain harganya yang mampu milik.

IKLAN

“Memang saya selalu bawa watak orang kampung, namun Bell Edition merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia. Ia satu percubaan yang baru dan kami akan melihat bagaimana penerimaan orang ramai terhadap produk ini,” tambahnya lagi.

Rezeki Bell Ngasri Jadi Duta Produk Wangian

Rezeki Bell Ngasri Jadi Duta Produk Wangian Pula. Anggap Rezeki Keluarga, Tawaran Tak Pernah Putus!

IKLAN

“Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.

Anggap Rezeki Keluarga, Tawaran Tak Pernah Putus!

“Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI