Masjid Al-Aqsa bertukar lautan darah, teriakan ya Alllah kendengaran tangisan wanita dipukul tanpa belas kasihan.  Saban tahun setiap kali Ramadan, zionis akan menyerang jemaah di Masjid Al Aqsa. Hal yang sama berlaku saban tahun dan serangan terbaru malam tadi di mana zionis menyasarkan Musalla Qibli.

Menyedihkan, tentera zionis menyasarkan kaum ibu dan memukul mereka tanpa belas kasihan. Mereka nekad untuk mengusir jemaah yang menuntut hak mereka untuk tinggal di masjid melakukan iktikaf.

Masjid Al-Aqsa Bertukar Lautan Darah

Dari video dikongsikan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Palestin, Nadir Al Nuri menyaksikan kaum wanita dibelasah tanpa belas kasihan selain kedengaran mereka menyebut Ya Allah.. Ya Allah diselang seli tangisan mereka saat dibelasah tanpa belas kasihan oleh tentera zionis. Bahkan katanya, perkongsian videonya mengenai penduduk dibelasah zionis ini berkemungkinan besar akan disekat oleh fb dalam satu tempoh terdekat.

Dalam pada itu di fbnya, Nadir turut menulis penduduk dari dalam Musolla Qibli, Masjid Al-Aqsa : Musolla Qibli ibarat lautan darah ketika ini!

Masjid seluruh Baitul Maqdis menyeru penduduk berarak ke Masjid Al-Aqsa bagi menyelamatkan mangsa. Ambulans dihalang oleh penjajah masuk ke Masjid untuk membantu mangsa.

Teriakan Ya Allah Disusuli Tangisan Wanita Dipukul Tanpa Belas Kasihan

Dalam pada itu, dirinya turut menambah beberapa roket dilepaskan dari Gaza ke kawasan Sderot sebentar tadi dan disekat Iron Dome. Masa yang sama, beberapa lokasi di Semenanjung Gaza sedang dibedil roket pesawat perang penjajah ketika ini.

IKLAN

Bahkan Nadir turut berkongsi satu video menyaksikan ratusan pemuda Palestin keluar beramai-ramai menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa tanpa rasa takut pun nyawa terancam.

Tulis, Nadir Al Nuri, “meremang bulu roma melihat video ini. Para pemuda dari seluruh bandar Palestin menyahut seruan mu’takifin dan keluar berarak menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih diserang sehingga kini. Pertempuran juga merebak di lokasi lain antara penduduk dan tentera penjajah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Zionis Kata Tak Sengaja Tembak Mati Sukarelawan Perubatan Palestin, Razan Al Najjar!

RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin

IKLAN

Israel Jadikan Masjid Palestin Kelab Malam, Semua Acara Dibenarkan Kecuali Solat!

Ibu Usung Jenazah Anak Dalam Senyuman, Bahagia Syahid Dalam Perjuangan Di Palestin

Ketegangan di Semenanjung Gaza ini dijangka menuju kemuncak kerana terdapat rancangan  untuk pencerobohan peneroka Israel dan pergolakan untuk upacara korban haiwan mulai esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Bahkan dirinya menyeru agar bantuan segera buat rakyat Palestin.

Bantu kami di http://emergency4gaza.com/kecemasan! Atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan.

IKLAN

Moga pertolongan Allah dan doa semua dapat menyelamatkan Masjid Al-Aqsa selain warga Palestin terus mempertahankan kiblat pertama umat Islam ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan senang melupakan bila suami  cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita. 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI