Memang ada benarnya,zaman kini ramai yang sanggup buang rasa malu, gadaikan maruah diri demi konten, likes dan views untuk lariskan jualan di media sosial. Ia trend yang sangat membimbangkan, apabila hilangnya sikap malu demi dapat sales dan duit banyak hingga abaikan keberkatan dalam mencari rezeki dan redha Allah.
Hadam perkongsian dan teguran daripada Puan Intan Dzulkeflisebagai panduan;
Ada suatu hari, suami saya ada di tingkat bawah sambil mendengar satu ceramah di telefon beliau. Lebih kurang begini bunyinya.
“Tuan-tuan, kita sebagai suami, banyakkanlah berdoa agar Allah berikan rasa kecukupan kepada kita suami isteri, anak-anak dengan segala pemberian Tuhan, minta doa supaya Allah campakkan rasa ‘cukup’ dalam hati isteri kita, supaya dia tak ‘campak’ rasa malu dia semata-mata nak cari duit lain.”
“Hari ini, banyak kita lihat gagasan yang entah dari mana minta para isteri yang tidak berkerjaya agar rasa malu untuk bergantung penuh pada suami yang memberikan nafkah. Mereka dikatakan perlu rasa malu untuk minta duit dengan suami sebab dianggap beban.
Buang Malu Untuk Dapat Sales Banyak
Lalu, berbondonglah para isteri berjoget, bergoyang, tunjuk mimik muka menggoda yang sepatutnya eksklusif untuk mahram, tapi dipertonton di khalayak dalam video sebab katanya kena buang malu untuk dapat sales, dapat banyak duit.”
“Semuanya sebab hilang rasa kecukupan dengan apa yang ada padanya. Untuk kejar lebih banyak lagi duit, lebih banyak sales – menurut kata guru bisnes mereka. Rasa ‘qanaah’ sudah hilang dalam rumahtangga.”
Allahuakbar.
Deep.
Rasa tertampar sungguh waktu itu. Saya faham, mungkin ada yang rasa tak setuju. Terlalu ‘rigid’ katanya. Wanita pun punya hak mengejar impian mereka. Banyak duit. Banyak aset.
Saya juga faham, kita hanya akan terima apa yang kita nak terima. Kita hanya validate apa yang kita nak validate.
Maaf sangat… Menutup aurat, bertudung labuh, lengkap cover lengan, kaki pakai stokin namun masih tunjuk mimik muka manja, kerlingan mata seksi dengan hiasan berwarna, cebik-cebik mulut bagai, menggunakan filter yang amat berlebihan supaya nampak extra cantik, gerakan-gerakan badan berlebihan untuk ikut audio trending (yang sepatutnya eksklusif untuk tontonan mahram kita sahaja), tetapi berani tontonkan kepada umum atas alasan confident, personal branding.
Kadang ada pula yang terlepas pandang membuat video menggunakan musik yang berlirik lucah pun ada, kerana ‘views’ tinggi. Astaghfirullahal adzhim.
Sekali lagi tanya diri. Berbaloikah? Tanyalah fatwa hati. Itupun kalau hati kita masih cukup sensitif untuk refleksi.
Ads
Mungkin normalisasi yang sedang berlaku. Dulu hanya lihat wanita tak tutup aurat mempamer diri, bergoyang sana sini tanpa malu. Kini para wanita muslimah bergelar anak, isteri, ibu pun mula tidak rasa bersalah membuang ‘malu’ demi konten, demi sales, demi duit.
Lebih menyedihkan para muslimah bertudung labuh, berpurdah, berpakaian menutup aurat pun mula dan makin ramai terjebak sama. (Sedih melihat, tetapi tiada daya untuk menegur semuanya.)
“Malu malu dapat apa? Bukan dapat duit. Yang penting duit. Duit beli aset, duit beli beras, duit bayar bil.”
Harap Keberkatan & Redha Allah
Betul, memang betul. Tapi dalam hidup atas dunia yang singkat ini, jangan lupa kejar keberkatan dalam setiap perbuatan kita. Sebab pengakhirannya kita cuma nak Allah redha dengan setiap perbuatan kita.
Niat mahu mencontohi Ummahatul Mukminin Sayyidatina Khadijah sebagai ikon berbisnes janganlah sirahnya diambil sekerat dan di-adjust mengikut sesuka hati.
Islam itu memudahkan kaum wanita untuk bermuamalah, namun ramai yang bermudah-mudah dalam hal agama.
Mungkin tanpa sedar kita ketepikan matlamat hidup kita yang paling utama, iaitu untuk beribadah kepada Tuhan, menjadi khalifah atas muka bumi serta melakukan amal ma’ruf nahi mungkar.
Ads
Maka, terpulanglah pada diri sendiri, mahu berpegang pada pendapat yang keras untuk menekan nafsu diri, atau berpegang pendapat yang lebih lembut kerana kita percaya dengan pilihan sendiri kononnya. Entahlah…
Tepuk dada, tanya iman. Allah redhakah dengan semua itu? Hati kita takkan menipu.
Muhasabah diri Kak Intan sendiri yang selalu lalai dan selalu berperang juga dengan diri sendiri. Allahul musta’an.
#intandzulkefli
#randomthoughts
P/S : Kak Intan minta maaf sangat-sangat kalau ada yang tersinggung dengan reminder ini. Ingatan dan teguran untuk diri Kak Intan juga terutamanya.
Disclaimer : Tulisan ini bukannya menidakkan usaha isteri untuk mencari duit dan berbisnes dan disuruh hanya bergantung penuh pada suami sahaja. Berniaga itu sunnah Rasulullah SAW, isteri Nabi SAW juga merupakan seorang businesswoman yang sangat hebat bisnes dan infaqnya untuk Islam. Namun Sayyidatina Khadijah juga wanita yang amat bersih, suci dan amat menjaga maruah dirinya waktu bermuamalah.
Point utamanya ialah supaya jangan para muslimah menggadaikan maruah diri (walau secara maya sahaja) demi konten, likes dan views (bagi melariskan jualannya). Kak Intan yakin semua dah cukup matang untuk faham inti penulisan ini.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian dan teguran ini bermanfaat. Sama-samalah kita memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Janganlah sanggup gadai maruah diri semata-mata demi konten, likes dan view di media sosial demi melariskan jualan.
Bila ingat kembali nostalgia lama, tentulah kita imbas kenangan bersama kawan-kawan zaman belajar. Suka, duka, bahagia, semua ada.
Kalau boleh diundurkan mahu saja kembali kepada nostalgia lama dan sebolehnya kita mahu lakukan yang lebih baik daripada itu.
Nostalgia lama ini tentulah tentang zaman persekolahan, mungkin ada yang masih berkawan baik sehinga sekarang, walaupun telah berlalu hampir 20 tahun atau lebih.
Itulah kenangan manis walaupun ada ketikanya geram dan marah dengan perangai kawan-kawan. Itulah nostalgia lama yang akan dikenang sampai bila-bila.
Dalam pada itu, kenangan itu bukan hanya yang baik, ada juga yang buruknya apatah lagi dengan kawan-kawan yang kaki ponteng, perangai yang suka merajuk dan tak kurang juga ‘kaki gaduh’.
Namun, semua itu nostalgia lama dan mungkin kawan-kawan kita tak nakal selamanya. Tiba masa dia akan berubah untuk jadi yang lebih baik. Jadi, bila dah jumpa setelah berpuluh tahun, janganlah sesekali buka aibnya dengan kisah lama. Inilah yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif perihal berkawan ini.
1. Suka ponteng kelas 2. Panjat pagar 3. Kentut sembarangan 4. Suka korek hidung lepas tu sapu kat baju orang 5. Banyak lain perangai gila-gila mereka.
Tapi bila dah besar, bekerjaya, beranak pinak dan dah dewasa gini jangan lah pula kita pergi layan dia macam zaman dulu dulu.
Saya pernah ada seorang kawan sekolah yang dulu sangat nakal. Suka ponteng kelas, mandi dalam kolah masjid, suka merokok dan jadi juara marathon rotan bertubi tubi oleh warden hampir setiap minggu.
Tapi kini, dialah ustaz yang paling disukai murid murid. Dialah ustaz yang paling dicintai murid murid. Kerana kenakalan dia dulu lah menyebabkan dia memahami kenakalan anak anak muridnya.
Cuma yang sedihnya bila kawan-kawan lama asyik menyakat si ustaz ini dengan panggilan panggilan lama yang mungkin sedikit sebanyak boleh menoreh maruah si ustaz ini di depan kawan kawan barunya.
Jangan kita burukkan kawan kawan lama kita di depan kawan kawan baru dia. Tak perlu kita jatuhkan air mukanya di depan circle barunya.
Kita panggil dengan nama gelaran yang memalukan, usik dengan nostalgia lama yang membuka aib lama mereka, kita pergi malukan mereka di depan kawan kawan baru mereka.
Ada Batasnya
Teman-teman semua,
Berkawan ada batasnya. Bersahabat ada limitnya. Jangan main pukul rata. Kita tak tahu sebanyak mana kawan kita dah berubah dan kita tak tahu seberapa bagus perubahan akhlaknya.
Malah, kita juga ada aib kita. Sebab kita juga ada keburukannya. Kita mulia bukan kerana kita asalnya mulia. Ini kerana kita mulia kerana Allah tutup aib kita.
MW: Betul sangat. Beruntunglah siapa yang masih lagi mempunyai kawan dari zaman sekolah lagi. Sebab dia tahu baik buruk kita.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Lumrah menjadi mak-mak selalu terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam demi menguruskan anak-anak. Baik anak mahu menyusu, tukar lampin, anak terjaga tak mahu tidur dan sebagainya. Peluang yang ada, terjaga pada waktu tengah malam ini sebaik-baiknya jangan disia-siakan. Ini kerana pada waktu tersebut paling afdhal menunaikan solat sunat tahajud namun demikian jika tak mampu sekurang-kurangnya
banyakkanlah membaca doa yang disarankan oleh Nabi SAW ini.
Duhai ibu, jangan disia-siakan saat anak kecil ‘mengejutkan’ si ibu pada waktu malam!
Apabila bergelar ibu, lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pasti pada waktu malam si kecil ‘mengejutkan’ ibunya. Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana lampin basah.
Jadi, jangan biarkan ‘aktiviti di tengah-tengah malam’ berlalu begitu sahaja tanpa si ibu memanfaatkannya sambil-sambil menyusukan anak atau menukar lampin yang basah.
Apa kata usai menukar lampin atau ketika menyusukan anak, si ibu berdoa sebegini;
“Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan untukNya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya.” (HR: Muslim)
Doa Terjaga Tengah Malam
Doa ini diajar oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam salah satu kuliahnya di Masjid Hulu Kelang. Kata ustazah, apabila kita terjaga di tengah malam, seeloknya baca doa demikian dan disusuli dengan doa yang kita sendiri hajatkan. InshaaAllah, doa tersebut akan dimaqbulkan. Lebih elok lagi sekiranya kita mampu bangun menunaikan solat selepas membaca doa tersebut.
Mungkin bagi si ibu yang anaknya suka mengempeng, bangun menunaikan solat di tengah malam satu mujahadah yang cukup besar. Ditambah lagi dengan rasa ngantuk, bersengkang mata dengan karenah si kecil memang menjadi bertambah sukar. Setidak-tidaknya, ibu boleh memanfaatkan berjaga malam itu dengan membaca doa sedemikian.
Ummu Haura’
Ingatan buat diri sendiri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan dijadikan amalam seharian setiap kali terjaga pada waktu tengah malam.
Selalunya bila mak-mak potong rambut di kedai, apa yang mak-mak buat dengan lebihan rambut yang sudah dipotong itu? Paling tidak kita biarkan tukang gunting uruskan.. betul tak?
Apatah lagi rambut itu sendiri adalah aurat bagi wanita. Yang mana ia ialah bahagian wajib yang perlu dipelihara daripada dilihat oleh mereka yang bukan mahram.
Namun, bagaimana cara yang sesuai malah terbaik untuk membuang atau melupuskan rambut yang telah dipotong supaya aurat wanita ini tak dilihat oleh sesiapa pun.
Hukum Memotong Rambut Bagi Wanita
Memotong rambut bagi wanita asalnya adalah diharuskan oleh syarak. Tetapi mestilah tidak menyerupai lelaki, meniru orang kafir dan selainnya.
Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim yang mana Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW pernah memotong rambut mereka.
Para ulama berbeza pandangan dan pendapat berkenaan hukum rambut wanita yang telah dipotong sama ada ia dikira sebagai aurat atau tidak.
Mazhab Syafie menyatakan, ia ialah aurat dan wajib dipelihara daripada pandangan bukan mahram.
Sementara itu, Mazhab Hanbali tidak menganggapnya sebagai aurat kerana ia perkara yang sukar dielakkan seperti rambut, bulu dan selainnya.
Cara Urus Lebihan Rambut Yang Dah Dipotong
Adapun, cara menguruskannya yang paling terbaik adalah dengan menanamnya dan ia termasuklah kuku dan bulu-bulu seperti pandangan Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj dalam Mazhab Syafie.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...