Waktu senja, senjakala yang berwarna oren di langit menandakan matahari hampir terbenam. Orang cakap waktu begini syaitan berkeliaran.
Sebab itu, bila tiba waktu senja jangan dibiarkan pintu terbuka, tutup tingkap dan semua orang berada di dalam rumah.
Kadang-kadang pelik, bila tiba waktu senja mualah anak-anak buat hal, nak bergaduh la. Ada yang menangis dan sebagainya. Masa ni, mak-mak ‘darah dah naik ke kepala’. Nak marah pun ada.
Mungkinkah waktu senja ini ‘syaitan’ berkeliaran dan menghasut. Boleh jadi juga waktu inilah paling mudah berlaku perkara yang tidak elok. Apa yang dikongsikan oleh Mahfuz Ali ini ada benarnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Biarkan Bilik Kosong Dalam Rumah, Bimbang Ada ‘Menumpang’, Jenguk & Gunalah
Letak BUAH KUNDUR Dalam Rumah, Kesan ‘Makhluk Halus’ Sekadar IKHTIAR, Petua Orang Dulu
Info Lebih Menarik DI SINI
Waktu Senja ‘Syaitan’ Berkeliaran
Borak dengan kawan. Bercerita itu dan ini. Kemudian masuklah bab orang dengki sampai tahap guna ilmu santau dan sihir.
Kemudian saya teringat petua orang lama.
Di antara waktu senja. Nabi dah sarankan anak-anak kecil pastikan berada dalam rumah. Pintu dan tingkap di tutup.
Waktu senja adalah waktu peralihan. Yang mana makhluk jin (syaitan) ini berkeliaran ke sana sini. Inilah waktunya paling mudah berlaku perkara di luar jangka.
Sebab itu orang dulu, selalu pesan pada anak-anak. Pergi main sebelum maghrib pastikan dah ada di rumah.
Oh, ya bab petua orang lama tadi.
Jika waktu senja. Ada terdengar tetamu memberi salam. Usah dijawab terus, jika hanya terdengar untuk kali pertama. Ini antara petanda ada yang berniat tidak baik terhadap tuan rumah dan penghuninya.
Jadi, jika dengar orang bagi salam. Pastikan dulu untuk kali kedua dan ketiga salam diberi. Jenguk keluar dan jawablah salam jika benar ada susuk tubuh manusia di luar sedang menanti.
Saya sendiri ada pengalaman seperti ini. Berlaku waktu maghrib. Terdengar bunyi kenderaan sampai. Terdengar pintu kereta di tutup. Terdengar pula suara yang amat dikenali (salah seorang ahli keluarga).
Salam diberi. Cumanya kami di dalam rumah tidak menjawab. Tunggu beberapa ketika.
Sunyi sepi.
Jenguk keluar. Tiada sesiapa pun sebenarnya.
Wallahualam.
Sekadar petua untuk lebih berhati-hati.
Mingguan Wanita : Sekadar peringatan untuk kita semua. Jangan ambil mudah.
Sumber: Mahfuz Ali
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI