Raya hanya berbaki sekitar seminggu lagi. Dengan kelonggaran PKP, pastinya ada yang memasang niat untuk menziarahi keluarga (bagi yang tinggal berdekatan). Tetapi bila berpeluang untuk ziarah tu, jagalah adab dan tutur kata. Raya musim PKP ni, pastikan anda kekal menjaga penjarakan sosial, tak perlu adegan salam laga-laga pipi,bersentuhan tangan, pastikan anda memakai topeng muka serta sentiasa memastikan tangan dalam keadaan bersih. Bagi yang tak sihat, dinasihatkan batalkan saja keinginan nak berziarah atau menerima tetamu. Begitu juga menziarahi mereka yang baru menyambut kelahiran bayi. Jika tak ada keperluan, tak ziarah pun tak ada siapa yang berkecil hati. Sebab masing-masing aware dengan pandemik ini. Berziarah tetapi patuhi lah SOP PKP dan sentiasalah berjaga-jaga. Selain menjaga diri, diingatkan jaga juga perilaku dan tutur kata. Pesanan Dr Redza Zainol ni ada benarnya juga dan boleh dijadikan panduan.

Bila Ziarah, Mulut Tu Hati-Hati, Jangan Niat Nak Ziarah Mengundang Amarah Jadinya

Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe. Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi. Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.

IKLAN
  • Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak payah nak main cak cak dengan bayi tu. Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
  • Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
  • Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
  • Jangan tegur bayi tu mata dia juling. Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan. Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.
  • Kurangkan bagi tips itu dan ini pada ibu muda. Kalau dia tanya, bolehlah kita kongsi tips dan pengalaman. Yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental. Kita ada di situ, dah cukup untuk buat dia rasa selesa.
  • Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
  • Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
  • Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
  • Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Memang boleh bikin mak tu naik gila dan stress.
  • Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang lebih prihatin masa pergi melawat rumah keluarga terdekat semasa Raya ni.

IKLAN
IKLAN

SUMBER : REDZA ZAINOL

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI