Perempuan memang selalu tak cukup baju, walaupun baju dekat rumah bersepah.

“Alasan nak pakai nanti.” Ustaz pesan pakaian tidak dipakai kelak akan dihisab. Begitulah mak-mak dengan kain baju tak pernah cukup. Ada saja hendak dibeli.

Setiap kali majlis, waima menghadiri majlis kenduri kahwin sekalipun pasti dibeli baju baru. Kadang-kadang terpaksa membeli kerana perlu mengikut tema dan pelbagai alasan lagi.

Sudahnya baju mak-mak memenuhi almari, membawa pula ke almari suami dan anak-anak. Punyalah banyak.

Ikuti perkongsian Awatif Osman ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:

Alasan Nak Pakai Nanti

Beberapa tahun dulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.

Tahun tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata tu.

Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut… Tarik semua yang tidak dipakai.

Ustaz Pesan Pakaian Tidak DiPakai

Beli baju ni untuk majlis ni, beli baju tu untuk upacara tu. Allah.. Maka kita ni sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?

Banjir hari itu, memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.

Tapi… Waktu tu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..

Kelak Akan Dihisab

Maulana Helmi dalam kata-katanya, “kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah,kita tak bahagi badan untuk tidur disemua bilik dalam satu masa.”

Macam tu juga lah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.

“Nak pakai nanti… ”

Nanti yang belum pasti.

Hanya kematian saja yang pasti.

Artikel Berkaitan:

Koleksi Pinggan Mangkuk Mahal Bukan Untuk Disimpan, Gunakan! JANGAN BERKIRA Dengan Keluarga

Rupanya Pinggan Mangkuk Isi Lauk Ini, Harganya Boleh Cecah RM24,000

“Alasan Nak Pakai Nanti.” Ustaz Pesan Pakaian Tidak DiPakai Kelak Akan Dihisab
Kredit Foto: Instagram albatul_dina.

“Alasan Nak Pakai Nanti.” Ustaz Pesan Pakaian Tidak DiPakai Kelak Akan Dihisab

“Alasan Nak Pakai Nanti.” Ustaz Pesan Pakaian Tidak DiPakai Kelak Akan Dihisab

“Alasan Nak Pakai Nanti.” Ustaz Pesan Pakaian Tidak DiPakai Kelak Akan Dihisab
Mingguan Wanita : Tak kata orang lain, diri sendiri pun sama perangai. Setiap kali nak pakai baju rasa baju tak ada, padahal banyak baju tak terpakai. Allahuakbar!

Sumber : Awatif Osman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI