Bulan puasa adalah bulan yang terbaik untuk mengeratkan dan memperbaiki serta hubungan yang telah renggang antara pasangan yang berkeluarga. Perhubungan tersebut boleh bertambah erat, bahagia dan lebih harmoni di atas beberapa faktor yang jelas dan yang tersembunyi di bulan Ramadan. Kadang-kadang suami isteri tidak sedar kan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Jadi, bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk muhasabah diri masing-masing.

Bagi menjayakan keeratan dan hubungan suami isteri, ia memerlukan persefahaman, pemahaman, komunikasi, perasaan emosi kasih sayang, saling hormat-menghormati dan mempunyai budi bicara serta belas kasihan terhadap pasangan. Hubungan suami isteri yang baik, berharmoni dan kasih sayang ini juga boleh dilihat dan ditiru oleh anak-anak apabila mereka berkeluarga nanti.

Di dalam faktor kelakuan diri yang disebut di atas ia hendaklah dilakukan tanpa disedari, dengan perasaan semula jadi tanpa dibuat-buat atau mengada-ngada serta berpura-pura atau dalam paksaan terhadap keadaan di hadapan pasangan sendiri.

Kelakuan harmoni dan kasih sayang semula jadi ini akan dibentuk sekiranya diikuti dengan perasaan kasih sayang secara tulus ikhlas, jiwa pengorbanan pasangan masing-masing dan bekerjasama menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Di bulan puasa inilah banyaknya dugaan yang akan ditempuhi seperti kemarahan, ketidak sabaran, membuat sesuatu keputusan terburu-buru, tidak bermuafakat, stres dan berbagai-bagai lagi. Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat mengupas lebih lanjut.

Sentiasa Berkasih Sayang, Bila Besar Anak-Anak Akan Tiru Apa Mak Ayah Buat

Ketelusan Perasaan

  • Ketelusan perasaan hendaklah tetap dan tidak berubah mengikuti keadaan yang dihadapi. Walaupun perasaan itu ada kalanya berubah mengikut keadaan, perasaan kasih sayang tidaklah berubah dengan mendadak hingga boleh menggugat keharmonian atau membuat kesangsian terhadap pasangan. Kasih sayang perlu datang dari hati, minda dan emosi serta dilakukan dengan fizikla. Bermaksud, melakukan sesuatu perkara seperti yang dikata.

Persefahaman

  • Saling faham dan memahami bermaksud memahami dengan apa yang berlaku dengan apa yang pasangan lalui dan hadapi seperti memahami tentang stres dan kemarahan yang dihadapi di pejabat atau di persekitaran disebabkan kepenatan, kelaparan dan kehausan. Pasangan tidak perlulah menambahkan stres atau menokoh tambah kemarahan dan mengeruhkan keadaan. Memadailah dengan memahami dan mendiamkan diri serta tidak bersuara, jika tidak dipinta.

Keputusan Bersama

Dalam bulan puasa ini, membuat keputusan bersama adalah penting, ia boleh dilihat bermulanya di dalam memilih juadah untuk berbuka puasa. Perasaan kasih sayang akan bertambah sekiranya pasangan sama-sama membuat pilihan dan keputusan.

IKLAN

Seterusnya, apabila anak anak melihat ibu bapa mereka bersama, bermesra, saling bantu-membantu serta mengeratkan hubungan keluarga dengan kasih sayang, tanpa disedari akan mengikut jejak langkah ibu bapa apabila mereka telah berkeluarga. Dari segi psikologi apa yang di lihat itulah yang akan mereka lakukan dan ikuti.

Berkomunikasi adalah faktor penting di dalam bulan puasa. Pasangan tidak berdiam diri dengan mengharapkan pasangan boleh memahami tanpa berkata apa apa. Jangan sesekali bersuara tinggi, dalam keadaan menjerit-jerit atau menyuruh.

Perasaan pasangan akan cepat terasa dan terguris jika sesuatu yang dikatakan itu menyakitkan hati dan memperkecil-kecilkan perasaan pasangan. Menyelami dan memahami hati pasangan anda. Hindarilah dari berkata-kata dengan perkataan yang curiga dan menyakiti hati. Di samping itu kedua-duanya juga hendaklah mengurangkan ego masing-masing agar menghormati di antara satu sama lain.

Budi Bicara

Pada bulan puasa ini, perasaan kasih sayang bukan sekadar percakapan atau perasaan sahaja, ia hendaklah diikuti dengan perbuatan seperti mengambil hati pasangan dan membantu membuat kerja rumah, mengemas, menukang atau menghiasi isi dalaman rumah.

IKLAN

Ia menambahkan lagi keharmonian keluarga, jika pasangan menitik berat tentang apa yang terjadi dan berlaku di sekeliling keluarga mereka. Ini termasuk menggunakan budi bicara dengan bijaknya. Budi bicara juga adalah keputusan diri yang dibuat sendiri untuk kebaikan keluarga. Gunalah kebijaksaan agar tidak mementingkan diri sendiri dan juga memberi manfaat pada keluarga.

Buka & Sahur Bersama

Berbuka dan bersahur bersama pasangan dan keluarga pada bulan puasa adalah sangat-sangat diperlukan. Di ruang makanlah suami dan isteri boleh memahami di antara satu sama lain dengan perbincangan dan perbualan. Banyak masalah yang remeh dan sulit boleh diselesaikan dengan segera dengan perbualan terutama sekali hal-hal rumah tangga, hal anak-anak, perancangan masa depan dan kewangan. Setiap permasalahan di bincang bersama demi mengeratkan dan mengukuhkan lagi komunikasi bersama.

Solat Berjemaah

Sembahyang maghrib dan isyak berjemaah serta bertahajud bersama isteri memberi suatu perasaan kasih sayang yang tidak terhingga bagi kedua-dua pasangan. Suami isteri bukan sahaja meraih pahala dengan berjemaah tetapi ia juga dilakukan di dalam bulan puasa. Berjemaah suami isteri juga memberi perasaan kasih sayang, saling memohon kemaafan di akhir solat di antara satu sama lain dan tidak perlu menunggu pada pagi hari raya.

Keputusan untuk bersolat bersama di masjid adalah idaman untuk para isteri dan melalui perjalanan ke masjid bersama sambil berpimpin tangan juga memberi ikatan dan perasaan kasih sayang yang tidak terhingga. Ia juga membuat perasaan kita rasa sejuk bila melihat pasangan berjemaah dan mengumpul pahala di masjid seperti mengaji al-Quran, mendengar tazkirah pada bulan Ramadan bersama serta membuat amal kebajikan.

IKLAN

Membantu Kerja Rumah

Seringkali kerja rumah dilakukan oleh para isteri. Tetapi tidak salah sekiranya suami memberi pertolongan atau bantuan dengan sama-sama membuat kerja rumah tanpa disuruh atau diminta, sudah tentu isteri akan lebih menyayangi suami kerana merasakan tugas dan beban yang dihadapi dipikul bersama atau diberi bantuan tanpa di minta atau disuruh serta si suami memahami apa yang si isteri hadapi.

Inilah masanya untuk suami mendapat ganjaran lebih dalam bulan Ramadan. Namun, jangan hanya menunggu bulan Ramadan kerana hari-hari biasa pun suami perlu membantu bagi meringankan tugas isteri.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI