Suami Tolonglah, Duduk Rumah Diam-diam, Bukan Bermakna Semua Kerja Isteri Buat

Dah nak habis pun minggu ke-5, rakyat Malaysia patut ikut arahan Duduk Rumah diam-diam. Minggu depan pun umat Islam dah nak mula berpuasa. Bermakna makin rancaklah mak-mak buat persiapan sambut puasa.

Bukannya nak sedia makanan mewah pun. Cukuplah dapat siapkan pes-pes ke stok bahan mentah siap-siap. Tak adalah penat sangat nanti bila tiba Ramadan.

Jadi, kesibukan di dapur tu boleh mak-mak alihkan untuk fokus mengaji ke solat sunat ke. Memasak pun ibadah juga, cuma bila berpuasa dan duduk rumah dia punya letih tu memang berganda.

Beza kalau bekerja di luar ni. Kesibukan dengan kerja dan kawan-kawan, itulah buatkan mak-mak tak hirau penat letih berpuasa.

Baca sini : Bila duduk rumah ramai-ramai, semua kena keluarkan bahagian masing-masing

Tahun ini nampaknya Allah beri kelebihan dan kelapangan waktu untuk orang perempuan. Berpeluang duduk di rumah bersama anak-anak dan suami malah ada yang dengan mak ayah di kampung.

Mungkin ada mak-mak pernah berdoa nak duduk rumah, jaga anak-anak. Dan doa segelintir mak-mak yang pernah terlafaz inilah, tuhan nak beri untuk dinikmati. Bila kita lihat Covid-19 sebagai rahmat dan kasih sayangNya, dapatlah tenangkan hati tu serba sedikit.

Apa pun dalam mengharungi sehari-hari duduk rumah itu, dicampur pula dengan semua sekali dah berkumpul.. keprihatinan suami dan anak-anak itulah yang serba sedikit isteri harapkan.

Sebab bukan semua isteri yang duduk rumah itu tidak bekerja. Malah, lebih berganda kerjanya bila ada syarikat beri arahan Work From Home.

IKLAN

Kenalah sama-sama ambil peranan. Untuk suami, ini serba sedikit guideline untuk mudahkan urusan isteri. Taklah hari-hari isteri semput.

Suami Tolonglah, Duduk Rumah Diam-diam, Bukan Bermakna Semua Kerja Isteri Buat

Buatlah Sarapan Untuk Anak Isteri

Kalau dah setiap hari dari Isnin sampai Ahad, membawa ke Isnin lagi isteri saja yang memasak di dapur memanglah ‘bengkok’ isteri dibuatnya.

Jadi, dalam seminggu tu.. ambillah dua hari ke tiga hari surprisekan isteri dan anak-anak dengan air tangan suami.

Tak tahu masak? Boleh je google resepi, ikut stepnya satu-satu. Isteri pun dulu waktu memula kahwin gitu juga. Sampai sekarang, tak pernahnya letih google resepi cari macam-macam menu best untuk familinya.

IKLAN

Tak rugikan berkorban sikit untuk anak isteri.

Suami Tolonglah, Duduk Rumah Diam-diam, Bukan Bermakna Semua Kerja Isteri Buat

Basuh Baju Pun Dah Tak Janggal Untuk Suami Buat

Betulkan.. sekarang ni tak pelik dah tengok suami basuh baju dan sidai pakaian famili.

Suami yang baik dia tahu macamana nak gembirakan hati isterinya. Salah satunya cara tulah.

Bila kering, mintalah anak-anak angkatkan, masuk bakul dan lipat sama-sama. Sampai selesai.

IKLAN

Baik anak lelaki atau perempuan dah kena dedahkan dengan tanggungjawab ini. Barulah tidak kekok bila duduk rumah mentua nanti.

Suami Tolonglah, Duduk Rumah Diam-diam, Bukan Bermakna Semua Kerja Isteri Buat

Buat Giliran Menyapu, Kemas Rumah

Kalau mak ayah tak ajar anak-anak siapa lagi kan. Betul! Waktu cuti panjang ini memang anak-anak paling melekat dengan gajet.

Kena tegur, dan ingatkan anak-anak, (bahkan suami) jangan sampai gajet menjadikan kita manusia yang lagha.. leka. Guna cara paling praktikal yang sesuai dengan mereka. Kadang ugutan tutup wifi pun menjadi jugak.

Bila dah ada kesedaran, kadang tu tak payah nak membebel pun. Anak-anak faham tugasan siapa kena menyapu, siapa pula mop rumah. Begitulah!

Duduk rumah ini akan jadi mudah dan membahagiakan bila masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Apa pun, ajarlah hati supaya belajar bersyukur. Bersyukur kerana geram macamana pun, anak-anak dan suami ada depan mata. Doakan mereka.. jangan pernah berhenti berdoa. Kerana doa itulah senjata ampuh untuk hati-hati yang tersakiti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI