Janganlah Bawa Anak Ke Tempat Awam, Mereka Berpotensi Jadi Penyebar Senyap Covid-19
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : Ismaweb , Utusan Borneo

Menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan telah membenarkan kanak-kanak duduk semeja di kedai makan bersama orang dewasa, boleh bawa anak-anak balik kampung. Bagaimana pun, mak ayah masih perlu patuh dengan langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Dengan mengamalkan Standard Operation Procedure (SOP) seperti memakai topeng muka, mengamalkan kerap membasuh tangan dan jaga jarak 1 meter. Ditegaskan, mak ayah perlu patuh dengan arahan ini jika mahu bawa anak keluar jalan-jalan.

Ini kerana, mak ayah perlu faham bagaimana risiko dan penularan Covid-19 ini di kalangan kanak-kanak. Menurut Pensyarah Perubatan Unisza, Dr Safiya Amaran (author) dan Pensyarah Perubatan Unisza & Pakar Bius, Dr Abdul Karim Othman (co-author), jangkitan Covid-19 di kalangan kanak-kanak ini agak unik.

Malah, kanak-kanak juga berpotensi menjadi penyebar senyap Covid-19.” Macam mana pula kanak-kanak boleh jadi penyebar senyap? Ini penjelasan Dr Safiya beri.

Janganlah Bawa Anak Ke Tempat Awam, Mereka Berpotensi Jadi Penyebar Senyap Covid-19
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : Sinar Harian

Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Kanak-kanak Agak Unik

Masa awal pandemik dulu, ramai ingat kanak-kanak tidak kena jangkitan coronavirus ini macam orang dewasa dan warga emas.

Malah, ada yang jangkakan kanak-kanak ada daya tahan dan imunisasi tersendiri terhadap jangkitan ini.

Bukan apa, memang jarang sekali kanak-kanak dibawa ke klinik sebab nak test COVID-19. Mereka tidak alami apa-apa gejala dan kalau ada kes positif pun, hanya tahu lepas buat contact tracing.

Menurut Profesor Dr Andrew Pollard, iaitu profesor dalam bidang jangkitan dan imuniti pediatrik, Universiti Oxford (Sinha et al., 2020), apa yang lain untuk kanak-kanak ialah gejala yang mereka alami adalah jauh lebih ringan berbanding orang dewasa dan warga emas.

Kebanyakan kanak-kanak ini cuma alami demam, batuk, hidung tersumbat, selsema dan sakit tekak.

IKLAN

Sama macam jangkitan lain?

Ya sama sahaja, tak nampak beza yang ketara.

  • Kenapa kanak-kanak kurang mengalami komplikasi COVID-19?
  • Hmm.. memang ada kanak-kanak yang alami komplikasi akibat COVID-19 tetapi tidak ramai, sikit sangat. Menurut kajian oleh Sinha et al. (2020), ada beberapa penjelasan yang boleh diberikan berkenaan keadaan ini.

Janganlah Bawa Anak Ke Tempat Awam, Mereka Berpotensi Jadi Penyebar Senyap Covid-19

Pertama, SARS-CoV-2 perlukan protein di permukaan luar sel saluran pernafasan untuk ia masuk ke dalam sel badan kita.

Protein ini namanya Angiotensin Converting Enzyme II (ACE-2) receptor.
Bagi kanak-kanak, bilangan protein ini ada sikit sahaja di bahagian paru-paru, sebaliknya lebih banyak di bahagian rongga pernafasan atas, iaitu mulut dan hidung.

Ini mungkin sebab kenapa gejala COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih kepada demam, batuk, selesema dan sakit tekak manakala dalam kalangan dewasa dan warga emas lebih kepada jangkitan kuman paru-paru dan sindrom akut kegagalan pernafasan.

Janganlah Bawa Anak Ke Tempat Awam, Mereka Berpotensi Jadi Penyebar Senyap Covid-19
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : Sinar Harian

Kedua, kanak-kanak di taska, tadika atau sekolah sudah biasa terdedah kepada jangkitan kuman di saluran pernafasan.

Mereka mungkin sudah terdedah kepada jangkitan empat jenis coronavirus yang lain seperti 229E (alpha coronavirus), NL63 (alpha coronavirus), OC43 (beta coronavirus) dan HKU1 (beta coronavirus).

4 jenis coronavirus ni tidak bahaya & memang biasa menjangkiti manusia selama ini dan tidak menyebabkan jangkitan yang teruk.

Pendedahan dengan keluarga coronavirus yang lain mungkin menyebabkan daya imunisasi kanak-kanak terhadap jangkitan SARS-CoV-2 adalah lebih tinggi berbanding dengan golongan dewasa dan warga emas.

Ketiga, cytokine storm.

Cytokine storm ni adalah satu tindak balas dari sistem imunisasi badan kita untuk melawan SARS-CoV-2. Tapi, dalam usaha nak serang SARS-CoV-2, cytokine storm ini juga boleh pergi serang badan sendiri dan mengakibatkan kerosakan organ badan yang terlibat.

Kalau bandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak ni sistem imunisasi badan mereka tak berapa matang dan sebab tu mungkin belum mampu untuk hasilkan cytokine storm untuk lawan SARS-CoV-2.

Jadi inilah 3 sebab kenapa gejala untuk kanak-kanak jauh lebih ringan berbanding orang dewasa.

Janganlah Bawa Anak Ke Tempat Awam, Mereka Berpotensi Jadi Penyebar Senyap Covid-19
Gambar sekadar hiasan / Kredit foto : Bernama

Bolehkah Kanak-kanak Menjangkiti Orang Lain?

Ini soalan paling kritikal!
Ramai nak tahu ni.

Kajian menunjukkan walaupun kanak-kanak tidak mengalami apa-apa gejala atau cuma mempunyai gejala ringan, mereka mampu menjangkiti orang lain di sekitar mereka, sama seperti orang yang mempunyai gejala yang teruk.

Apabila mereka tak ada gejala, ini yang buat penyakit ini boleh tersebar dengan cepat tanpa disedari (Sinha et al., 2020). Malahan kanak-kanak berpotensi menjadi penyebar senyap yang merbahaya dalam komuniti kerana orang tidak menyangka mereka sebenarnya pembawa virus SARS-CoV-2.

Oleh itu, ibubapa janganlah bawa anak-anak ke tempat awam dan kena elakkan percampuran sesama kanak-kanak dan juga dengan orang tua.

Kesimpulannya golongan kanak-kanak pun berisiko untuk dapat penyakit COVID-19 sepertimana golongan dewasa.

Walaupun golongan kanak-kanak ni kurang berisiko untuk dapat komplikasi yang teruk tetapi mereka juga perlu dilindungi, terutama sekali kanak-kanak yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang optima.

Lindungi kanak-kanak
Lindungi orang tua.
Dua dua perlu kita lindungi.

Sumber:

  • Epidemiology of COVID-19 among children in China. Dong et al. 2020. Pediatrics, 145(6).
  • COVID-19 infection in children. Sinha et al. March 27, 2020 The Lancet Respiratory Medicine
  • Systematic review of COVID-19 in children shows milder cases and a better prognosis than adults. Jonas F. Ludvigsson Acta Paediatrica. 2020;109:1088–1095.
  • Substantial undocumented infection facilitates the rapid dissemination of novel coronavirus (SARS-CoV-2) Li et al., Science 368, 489–493 (2020) 1 May 2020

Baca sini :

*Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis, Dr Safiya Amaran