
Sebelum penyakit singgah, jom belajar petua turunkan gula dalam darah dengan mengamalkan minum air putih lebih tepat.
Ini ramai sangat ambil mudah, padahal bukan susah pun untuk amalkan cara sihat dan lebihkan air putih setiap hari. Dikongsikan oleh saudara Hangnuat di media sosial, tidak sukar untuk kita sama-sama ubah.
Petua Turunkan Gula Dalam Darah

1 . Kurangkan gula obvious (minuman manis & dessert)
Ini paling basic tapi ramai gagal. Teh ais, kopi 3 in 1 — buang dulu. Ini punca spike paling cepat.
2 . Kawal karbohidrat, bukan hentam nasi
Nasi putih, roti putih = naik gula laju. Tukar ke portion kecil atau pilih karbo lebih lambat serap (contoh: beras perang).
3 . Makan protein setiap meal
Protein bantu stabilize gula. Telur, ayam, ikan — jangan makan kosong karbo je.
4 . Jalan 10–15 minit lepas makan
Ini bukan optional. Ini hack paling cepat turunkan spike gula lepas makan.
5 . Minum air kosong cukup
Kurang air = gula dalam darah lebih pekat. Simple tetapi ramai ignore. Jangan tunggu haus baru minum. Anda kena tahu apabila mula haus maknanya badan sudah mula degidrasi. Gula dalam darah jadi pekat masa ini.
Sebaiknya, pagi bangun terus minum. Ini reset badan lepas tidur dan membantu stabilize gula awal hari.
Cara Nak Minum Air Putih

- Minum sedikit tapi kerap. Bukan sekali minum 1 botol besar.
Aim: Setiap 1–2 jam, minum beberapa teguk.
- Minum sebelum makan. 1 gelas air 10–15 minit sebelum makan. Ini membantu kawal selera dan elak overeating.
- Lepas makan, jangan terus minum manis. Ini habit paling merosakkan. Spike gula terus naik balik.
Ini Bukan Pilihan Tapi Hack Paling Cepat & Berkesan!

6. Jangan skip makan, tapi elak binge (makan berlebihan)
Bila kau skip → lapar gila → makan berlebihan → gula spike teruk.
7. Tidur cukup (6–8 jam)
Kurang tidur buat insulin jadi lemah. Ini ramai tak sedar.
8. Kurangkan makanan ultra-processed
Biskut, snack, makanan paket — nampak kecil tapi penuh gula tersembunyi.
9. Kurangkan stress
Stress tinggi naikkan hormon kortisol → gula darah ikut naik.
10. Konsisten bergerak (exercise ringan pun jadi)
Sebenarnya tidak perlu pun pergi gym hardcore. Jalan laju, naik tangga pun dah cukup bantu kawal gula.
Jadi sekarang ini terpulang kepada anda mahu amalkan dalam kehidupan atau masih buat ‘pura-pura’ tidak tahu macam mana nak ubah cara makan dan minum lebih sihat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




