Bila sakit dah tentu-tentu kita akan makan ubat. Kiranya, demam, batuk atau selesema dengan pengambilan ubat, bolehlah menyembuhkan. Tapi bagi yang ada penyakit ‘khas’ jangan pula nak skip atau terus berhenti.
Kebiasaan penyakit 3 serangkai seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung, dah tentu kena makan ubt untuk mengawalnya. Bukan untuk sembuhkan atau hilangkan.
Inilah yang berlaku pada kita. Bila dah rasa diri sembuh, mulalah tak makan ubat. Hakikatnya, kena teruskan untuk kawal, bimbang akan muncul masalah yang lagi teruk.
Perkongsian daripada Dr Malar tentang pesakit warga tua yang tidak lagi makan ubat kerana merasakan diri dah sembuh. Tapi, akhirnya ‘menyerah diri’ ke hospital bila badan mula menggigil-gigil dan muntah-muntah.
Hai pakcik, saya Dr Malar, doktor kat jabatan kecemasan ni. Pakcik tak sihat ye hari ni?
Pesakit : Dah seminggu dah tak sihat, demam seram sejuk, muntah muntah, tak larat lah doktor. Doktor tolong bagi inject vitamin sikit kat pakcik boleh tak?
Saya (sambil tersenyum) : Boleh nanti saya bagi vitamin. Sekarang pakcik cerita kat saya dulu. Pakcik ada kencing manis, atau darah tinggi atau sakit jantung ke?
Ads
Pesakit: Takde
Saya : Ada alahan apa apa ubat ataupun makanan tak?
Pesakit: Kalau makan ubat putih bulat tu, pakcik rasa tak sedap perut, macam gastrik
Saya : Ubat putih tu pakcik makan untuk apa? Siapa bagi? Pesakit: Doktor kat klinik tu lah bagi. Dia kata nak turunkan gula. Ni ha pakcik ada simpan ubat tu dalam beg pakcik (sambil menghulurkan ubat kencing manis (Metformin 500mg)
Saya: Ehh ni ubat kencing manis pakcik! Tadi pakcik kata, pakcik tak ada kencing manis. Tapi pakcik makan ubat ni..?
Alahai.. rakyat Malaysia ni memang kreatif dan comel lah.
Ads
Sebenarnya pakcik ni ada kencing manis, dan dia sedang mengambil rawatan, kena makan ubat.
Bila dia pergi follow up appointment dekat klinik, doktor di situ memberitahu bahawa tahap gula dalam badan pakcik sudah terkawal dan bagus.
Dah tentu pakcik dengan gembiranya rasa kencing manis dia dah takde, ye lah sebab gula 4.9.
Maka, dengan bangga nya pakcik pun mula berhenti makan ubat kencing manis.
Sebab tu dia tak sihat seminggu, muntah muntah, tak larat.
Cucuk hujung jari sket check tahap gula : 22 !!
Kan dah tinggi melangit. Sekarang saya kena buat macam macam ujian darah untuk test kadar asid dalam darah dia, tahap kekeringan, ada jangkitan kuman ke tak dan sebagainya. Kalau tahap gula Dxt 22 tu bukan boleh buat main. Lambat beri rawatan, boleh jadi tahap koma tau.
Ads
Adoi, makan ubat kencing manis hanya mengawal kencing manis.
Ubat ubatan Tidak MENYEMBUHKAN atau MENGHILANGKAN kencing manis.
Tolong lah terangkan kat MakPak masing2 ye.
Sebab bila gula dah tinggi melangit camnih, badan dah kering dah berasid, kena letak 2-3 jarum, masuk ubat air beberapa jenis, sampai ada yang kena masuk ICU, memang kesian sangat dengan pakcik makcik uncle aunty yang naif ni.
Tolong lah ingat kan Mak Pak masing masing ye. Kalau doktor kat klinik cakap tahap gula dah cantik sejak makan ubat, teruskan makan . Jangan berhenti.
Sesungguhnya, Sabar itu Sebahagian Dari Iman.
Nasib baik pakcik ni comel macam Abah saya.
Mingguan Wanita: Tak kiralah orang tua atau muda, bila dah ada penyakit macam ni, jangan eseskali rasa dah sembuh. Kena teruskan. Takutnya lagi terus penyakit itu nanti.
Setiap hari, mak-mak mesti memasak untuk keluarga terutamanya masak nasi dah menjadi rutin harian kan!. Biasanya, semasa membasuh beras, air basuhan itu dibuang terus ke sinki. Malah, rasa tiada apa-apa kepentingan.
Walau bagaimanapun, bagi mak-mak yang tahu, air basuhan beras bukan hanya dikatakan untuk petua kecantikan tetapi ia turut bermanfaat pada pokok yang mak-mak tanam.
Cara yang paling mudah dan murah untuk elakkan serangan serangga terutamanya pada daun cili.
Cara paling mudah dan murah untuk elak serangan pada daun cili.
Pokok cili kecil lagi tapi daunnya dah kena serang. Siap ada bena putih yanbg banyak duduk pda belakang daun.
Pernah terbaca tentang orang kongsi cara nak elakkan daun pokok cili kena bena putih, elak daun kerinting dan bergulung-gulung.
Banyak versi sebenarnya. Tapi saya guna cara ini sebab barang mudah nak dapat. Murah pula tu. Alhamdulillah menjadi.
Caranya boleh lihat pada gambar:
1. Sebelum masak nasi, kita basuh beras dulu. Air basuhan jangan buang. Boleh buat baja.
2. Simpan air basuhan beras yang pertama dan kedua.
3. Simpan dalam botol. Boleh biarkan dalam sehari dua.
4. Selepas biarkan dalam sehari dua, tuang air basuhan beras ke dalam botol spray.
5. Bolehlah spray kat tanaman. Kat depan dan belakang daun. Spray jugak kat batang pokok cili dan tanah.
6. Inilah hasilnya, dari pokok cili kecil sampai lah besar saya spray dengan air basuhan beras. Daun cili cantik dan serangan serangga pun kurang. Kena buat selalu baru menjadi.
MW: Sebenarnya, ada macam-macam cara dan petua yng boleh dikongsi untuk pastikan pokok yang kita tanam sentiasa subur dan sihat. Ini salah satunya. Selamat mencuba!
Memang panik juga bila tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik. Lebih-lebih lagi jika hanya seorang diri yang berada di rumah.Waktu kecemasan begini, yang terlintas di fikiran pastinya nak pecahkan/ umpil pintu, tak kisahlah pintu rosak pun, janji diri selamat.
Sebenarnya ada cara paling jimat untuk ‘adjust’ tombol ni, pintu tetap boleh dibuka tanpa perlu pecahkannya. Jadi hanya yang perlu diganti baru nanti adalah tombol berbanding tukar keseluruhan pintu.
Ikut tip dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Iqbalini sebagai panduan.
Hari ni saya nak share sikit ilmu.Incase terjadi tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik air sorang diri dengann phone tak bawak. Dan ni cara paling jimat selain dari pecahkan pintu.
Harap ilmu ni berguna untuk semua. Pakat-pakat share kot-kot terjadi malang tak berbau.
Bahan Di Perlukan:
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Perhatikan pada bahagian ‘gegelang’ tombol, ada lubang kecil.
2. Cucuk lubang tersebut, dan cabut ‘kepala’ tombol.
3. Kemudian, cabut bahagian belakangnya.
4. Cabut dan buka skru yang ada.
5. Tolak keluar bahagian tombol tersebut.
6. Cungkil bahagian ‘lock’ dan pintu boleh dibuka seperti biasa.
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...