
Isi Kandungan
ToggleSedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
- Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.

Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Sumber: Raja Amanina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Penyewa Tak Bayar, CARA Tukar Nama Pada Bil Elektrik Secara Online!

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada cara mudah untuk mengelakkan tuan rumah rugi akibat terpaksa menanggung membayar jumlah besar bil elektrik yang ditinggalkan oleh penyewa. Iaitu dengan menukar bil elektrik tersebut kepada nama penyewa, supaya mereka lebih bertanggungjawab untuk membayarnya atas nama sendiri.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Hazwan Abdullah ini.
Cara tukar nama bil TNB dari owner lama ke owner baru secara online, hanya perlu salinan IC sahaja.
1. Register dulu dekat
https://www.mytnb.com.my/
2. Lepas register dalam port TNB tu, kita boleh monitor bil, bayar bil , tengok penggunaan semasa and etc.
3. Untuk tukar nama, dari owner lama ke owner baru atau dari tuan rumah kepada penyewa, step dia sama, kecuali dokumen saja yang lain.
3.Kalau tukar nama dari owner lama dan owner baru, hanya perlukan ic copy saja.
4. Untuk memohon tukar nama, boleh rujuk screenshot dekat bawah, step by step.
5. Settle je permohonan tukar nama dekat portal, nanti kita akan terima satu email pengesahan untuk tukar nama.
6. Dalam sehari dua macam tu, staff TNB akan call kita untuk confirmkan permohonan kita.
7. Kemudian, TNB akan hantar satu lagi email beritahu no akaun TNB yang baru, dan juga lampiran deposit berapa yang kita kena bayar. Deposit boleh di bayar melalui online banking kepada nombor akaun TNB yang baru tu.
8. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu lagi email from TNB ( welcome email) , so settle dah tukar nama.
9. Let say, bil kita setiap 25 hari bulan dan kita settle sebelum tarikh tu, bil yang baru terus atas nama kita.
10. Dalam proses permohonan tue, kita akan pilih bila tarikh akhir bacaan meter untuk akaun yang lama, sebagai contoh kita pilih 10 hb, so dari tarikh 26 hb hingga 10hb , penggunaan eletrik pada tarikh ni akan ditolak dari deposit owner lama. Selepas tarikh tu, penggunaan akan di caj kepada akaun yang baru
SETTLE !
Ini cara-caranya:
1. Register dulu dekat
https://www.mytnb.com.my/
2. Dekat sini kita boleh add berapa banyak akaun TNB yang kita nak, boleh letak rumah sendiri, rumah parents rumah mertua.
3.Untuk permohonan, tekan garisn tiga dekat atas tu.
4. Tekan apply.
5. Untuk tukar nama dari owner lama ken owner baru atau tukar nama dari owner kepada penyewa, tekan
“I am moving in, get me started”
6. Dekat property address tue , isi alamat sama dengan alamat semasa bil TNB, dia akan automatic keluar.
7. Then, pilih i’m applying as
8. Pilih individual.
9. So kalau unit tue residence, kita hanya perlukan ic copy sahaja untuk new owner.
10.Then, isi semua personal details owner baru.
11. Ok dekat sini, electric supply date adalah bacaan akhir meter akaun yang lama, so penggunaan eletrik pada tarikh yang kita pilih tue akan di bil kan depada owner baru.
Pilih jugak masa untuk bacaan akhir meter tue.
Kalau meter tue boleh access by TNB, tick jer
Yang address tue, just clikc dekat same address kalau kita nak bil hantar dekat adress yang sama.
12. Choose date.
13. Choose time.
14. Click same premise address.
15. Step 1 tue, boleh download permohonan kita, just untuk reference kita
Step 2, upload ic copy new owner.
16. Then, click all the requirement tue and click submit!
17. Kemudian dalam sehari dua macam tu, TNB akan hantar email beritahu nombor akaun yang baru, lepas tu berapa deposit yang kena bayar.
18. Ni deposit yang kena bayar, berbeza jumlah berdasarkan jenis kediaman. Kalah apartment, RM 263.

19. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu email macam ni, so settle urusan tukar nama tanpa pergi kaunter.
Siap! Selamat Mencuba, Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Begini Caranya TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Secara Online!
CARA MUDAH Nak ‘Renew’ Lesen Memandu Tamat Tempoh Secara Online!
Mingguan Wanita: Mudah rupanya nak tukar nama bil elektrik kepada nama penyewa. Barulah penyewa rasa lebih bertanggungjawab kerana bil elektrik atas nama sendiri. Malah tuan rumah juga boleh mengelakkan rugi, bila penyewa tak bayar sebab bukan atas nama sendiri.
Sumber: Hazwan Abdullah, Vanilla Kismis
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sesuai ‘Quick Cleaning’, WIPER MOP Guna Tisu Macam Ni Lebih Mudah & Jimat!

Bagi kerja rumah untuk pembersihan harian atau ‘quick cleaning’ memang sesuai sangat pakai wiper mop guna tisu macam ni. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa serta kerja. Terutamanya jika rumah kerap berhabuk dan banyak rambut-rambut gugur, guna wiper mop dan tisu ni ia mudah melekat dan boleh terus dibuang, tak perlu dicuci.
Baca perkongsian daripada Puan Fatimah Abdul Rahiman ini.
Saya ada cordless vacuum cleaner . Tapi saya rasa wiper mop guna tissue ni macam lebih mudah dan jimat. Puas hati. Rambut saya pula memang tengah gugur teruk. Jadi memang nampak rambut aje merata tempat.
Best guna wiper mop ni, sebab tak payah caj-caj. Tak payah bersihkan filter macam vacuum. Pasang tisunya mudah sangat. Lepas siap cabut dan buang aje tisu. Setitik peluh pun tak keluar lepas bersihkan lantai keseluruhan rumah tingkat bawah.
Sebenarnya dah beli dekat 2 Tahun. Tapi tak gunakan sangat sebab tissue dia mahal. Masa tu ingat cuma ada jenama scotch aje. Tiba-tiba jumpa pula tisu ni kat lotus. Murah. Terus beli.
Boleh beli di sini
Nak beli yang lebih murah boleh cari di sini juga : https://invol.co/cl6km0w
Saya pilih ‘dry’ lagi ok untuk rambut dan habuk. Wet ni Kalau ada tumpahan minyak ke makanan sesuai. Saya ada dua-dua jenis. Lepas gunakan dry boleh juga guna wet. Macam kita sapu dan mop.
Lepas tu cuba cari kat shoppee. Banyak rupanya tisu untuk wipers yang murah-murah.
Ni dah bersihkan dapur bahagian belakang. Sini memang banyak habuk. Saya pula suka buka tingkap.
**Wiper mop tak sesuai untuk karpet ye. Rumah saya buat masa ni memang tak gunakan karpet.
**Wiper mop ni sesuai untuk quick cleaning atau pembersihan harian. Untuk Deep cleaning, saya pakai mop biasa, air dan cecair floor cleaner macam biasa.
Semoga bermanfat. Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
‘Setiap Pagi KAKAK Kemas, Mop, Jaga Adik’ Leganya Ibu Berpantang Dalam PKP
Tip Karpet Lebih Bersih & Nampak Baru, Mop Dengan Air Panas!

Sapu KAPUR MAKAN Kuali Berkerak Licin Berkilat, Tak Perlu Susah Payah Sental!
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ‘quick cleaning’ dekat rumah, banyak habuk dan rambut tu boleh guna wiper mop dan tisu macam ni. Lebih memudahkan kerja dan jimat masa.
Sumber: Fatimah Abdul Rahiman
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tutorial Lengkap Masak Nasi Lemak Pukal, Sambal Sedap, Cantik Buat Niaga

Isi Kandungan
ToggleKata empunya resepi ini, Noorastella Muhamma tutorial step by step menghasilkan nasi lemak yang dikongsikan ini, boleh menghasilkan nasi yang banyak untuk nasi lemak dalam masa satu jam, dan sambal nasi lemak yang sedap dan tahan lama.
“Ini juga cara mudah menghasilkan sambal yang sedap, warna sambal yang menarik dan tahan lama.” Punya lengkaplah tutorial ini sampai 39K sharingnya.
Penyediaan Sambal Nasi Lemak Untuk 200 Bungkus
Tutorial Sambal Sedap, Cantik Warna Lagi Tahan Lama
Kita mulakan dengan cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, saya gunakan 2 mangkuk cili kering yang halus dan 6 mangkuk cili kering yang besar. Saya gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yang terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar.
Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.
Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.
Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau untuk pastikan cili kering masak dengan seimbang.
Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.
Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yang saya gunakan, proses blender saya sebanyak 5 kali. Simpan dalam besen dan ketepikan.
Sukatan air untuk blender : Cili kering 2/4 jug blender. Air 3/4 jug blender.
Kemudian, sediakan bahan-bahan untuk menumis sambal. Saya gunakan :
Bawang besar 8 biji
Bawang putih 3 labu
Serai 6 batang
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Halia sebesar ibu jari
Belacan 1 1/2 inci dibakar
Serbuk cili 6 sudu makan
*Bawang Bombay lebih manis
*Belacan yang bagus adalah belacan yang agak lembut. Bakar dengan cara letak atas dapur gas guna penyepit atau garpu. Atau pun goreng.
Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.
Untuk blend bahan-bahan tumis, saya tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.
*cara cuci blender yang berminyak tu : masukkan cecair cuci pinggan dalam blender, masukkan air sedikit dan blend. Pastu bilaskan.
Masukkan sekali serbuk cili. Serbuk cili tak perlu tambah air. Bila blend semua akan jadi sebati. Kemudian blend sampai halus. Penggunaan serbuk cili akan mantapkan rasa dan cantikkan warna sambal.
Sekarang kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Saya gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.
Anggaran minyak : sebesar pinggan alas cawan kopi. Tak perlu banyak sebab bahan blend tumis tu pun dah mengandungi minyak.
Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yang disimpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!
Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.
Kemudian masukkan cili kering yang sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dalam semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang ditapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi sambal yang terbaik.
Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang di masak dengan waktu lama. Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu malam. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu dipanaskan dan fokus pada nasi pula.
*Gunakan api slow bagi mengelakkan sambal hangit.
Inilah sambal yang telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yang lama. 3-4 jam.
Penyediaan Nasi Dalam Masa Satu Jam
Sekarang beralih pada penyediaan nasi pula. Kualiti gambar sedikit gelap kerana nasi ini saya sediakan pada waktu subuh.
Saya gunakan 10 mangkuk beras untuk sekali masak. 10 mangkuk beras ini dapat menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan saya. Setiap hari saya akan masak 20 mangkuk beras (guna beras biasa). Bermakna, saya masak sekaligus menggunakan 2 kuali dan 2 periuk kukusan. Harap kawan-kawan jelas bahagian ini.
*guna mangkuk cili kering tadi.
Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih. Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang berwarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi.
Untuk nasi, saya gunakan:
Halia sebesar ibu jari
Serai 4 batang
Beberapa helai daun pandan yang disimpul
Tuang beras dan bahan-bahan lain dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.
Untuk 10 mangkuk beras (anggaran 5kg) ini, saya gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.

Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.
Sukatan : garam, 3 sudu, gula 2 sudu
Kuali tak perlu tutup sepanjang proses memasak nasi dalam kuali.
Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.
Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Saya suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.
Periuk kukus saiz besar : Periuk macam ni banyak dekat Sabah. Macam-macam kualiti ada. Ada yang tebal ada yang nipis. Saya beli terus yang tebal sebab pakai hari-hari untuk berniaga. Alhamdulillah periuk memang tak meragam. Setia menemani bertahun-tahun.
Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan untuk transfer ke dalam periuk kukusan yang sudah dipanaskan.
Transfer nasi dari kuali sampai habis.
*Kalau tak nak kukus, boleh terus masak dalam periuk nasi.
Inilah nasi lemak yang telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit.
Ini sedikit contoh hasil jualan harian saya.
Lagi sedikit petua dari saya :
– Timun yang di gunakan untuk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan timun dari berair yang akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba waktu untuk menggunakannya.
– Kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yang terbungkus dalam plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sebelum goreng, kacang yang terhasil sangat rangup
– Ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang putih. Petua ini berguna untuk mengetahui samada ikan bilis cukup masak atau belum. Bila hirisan bawang putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun sudah cukup masak.
– Telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses pengupasan telur.
MW : Kalau tak buat niaga pun, boleh guna resepi ini jika nak masak untuk kenduri atau majlis.
Sumber/Foto : Noorastella Muhamma
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI