Sesekali mak-mak nak ubah selera keluarga boleh cuba resipi ‘Baked Macaroni with meatball’ ini. Cukup sempurna rasanya makaroni dan bebola daging dengan sos berkrim yang dibakar bersama taburan keju Mozarella meleleh yang enak. Sehinggakan bila dibakar didalam ketuhar, baunya penuh nikmat, semerbak satu rumah!

Boleh cuba perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan Ain Kamis ini yang dia turut digunakan untuk berniaga.

Bahan-Bahan:

(Creamy sauce) :

1 cawan susu segar
2 sudu besar buttercup/marjerin
1 sudu besar tepung gandum

Cara Membuat:

** Masak atas api yang kecil hingga sedikit pekat. Sentiasa kacau dengan whisk supaya tidak berketul. Ketepikan.

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

(Macaroni)

1 cawan macaroni
1 bungkus bebola daging (Terpulang nak guna banyak mana)
1 labu bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (diketuk & dicincang halus)
1 cawan daging hancur/kisar
1 sudu kecil lada hitam (dikisar halus)
1 batang lobak merah & lada benggala hijau (dipotong dadu)
1 tin SOS prego (300gram)
garam secukup rasa

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

Cara Membuat:

1. Rendam makaroni dalam 30min sebelum direbus. Rebus hingga empuk dengan sedikit garam & minyak.

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

2. Basuh, toskan & goreng bebola daging bersama minyak hingga garing.

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dicincang tadi hingga naik bau, jangan hangus.

4. Masukkan pula daging kisar dan letak 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus & garam secukupnya . Kalau nak pedas letak black pepper lebih tak pe.

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

5.Masukkan lobak merah dan lada benggala kedalam bahan tumisan tadi. Kacau rata & masak hingga air daging tadi sedikit kering.

6. Masukkan 1 tin SOS prego ke dalam bahan-bahan tadi, diikuti dengan bebola daging yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.

7. Dah mendidih,masukkan macaroni yang telah direbus & kacau rata. Matikan api.

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

8. Panaskan oven dalam 10min dengan suhu 170 .

9. Susun bebola daging ke dalam aluminium foil. Selepas tu ceduk pulak macaroni. Curah dengan creamy sos yang mula-mula kita buat tadi. Kalau nak pedas, tambah cili hiris kat atas tu. Kemudian bakar selama 20min atau hingga cheese mencair. Dah tu, tabur la mozzarella cheese sebanyak yang suka.Tabur mozzarella cheese untuk effect ‘tarik-tarik’ selepas masak.

 

 

Time membakar ni,, bau diaaa fuhhhh nikmat yakmat 1rumah

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

Selamat mencuba.. Ubahla ikut kreativiti & selera tekak masing-masing .

Wanita Ini Tunjuk Cara Buat ‘Baked Macaroni Meatball’ Sedap Yang Dibuat Niaga!

MW: Menarik sungguh, perkongsian resipi Baked macaroni dengan bebola daging yang dikongsikan ini. Puas rasanya bila buat sendiri di rumah. Paling penting cukup mengenyangkan dan boleh letak berapa banyak cheese mahupun bebola daging yang kita mahukan.

Sumber: Ain Kamis

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI